Khamis, 31 Januari 2013

MAXWELL HILL TAIPING PERAK

Jumpe lagi pembaca-pembaca yg budiman...kali ni akak nak cerita pula tentang Bukit Larut yang terletak di Taiping, Perak. Korang nak tahu...akak ni memang dah kempunan sgt nak naik Bukit Larut ni sbb tak penah sampai kat puncak pun....bila p je hanya kat kaki bukit tu je...byk kali jugak p...masa anak buah akak si Norsadiqah Roslan tu belajar kat MRSM Taiping akak selalu p amik dan hantar dia dan singgah di kaki Bukit Larut ni....tapi tak berpeluang nak naik juga sbb tak berkesempatan.....hah nak bagi tau Bukit Larut atau Bukit Maxwell yg dibagi nama ni terletak di negeri Perak. Tingginya 1,200 meter. Kawasan ini merupakan kawasan tanah tinggi yang paling basah di Malaysia. Hampir setiap hari pada waktu petang hujan bukit akan turun di kawasan ini.


Al-kisahnya....aku dan hubby mmg tak plan pun nak pi Bukit Larut ni...kebetulan pula kami balik ke kampung di Bota pada 26 Januari 2013(Sabtu) untuk ziarah ibu mertua dan adik ipar yang kurang sihat. Waktu tu cuti hari Taipusam. Jadi aku pun ajak suami dan ibu serta adik ipar jalan2 ke Bukit Larut. Setelah siap adik ipar dan ibu aku tak jadi ikut. Hanya aku dan hubby saja yang pergi. Kami bertolak dah lewat juga lebihkurang jam 10.30 pagi sampai di kaki Bukit Larut lebih kurang jam 12.00 tengahari. Hati aku sungguh berbunga sebab parking senang dapat dan hati ni tersgt seronok sbb nak naik ke puncak Bukit Larut.



Aku pun berjalan pergi ke kaunter jualan tiket untuk membeli 2 tiket. Alangkah teperanjatnya aku apabila dua org budak muda datang dari Tanjung Malim berkata...kak...kak...tiket dah habis. Hah aku kata apa dah habis....? Jawab org yang menjaga kaunter tu...ye tiket dah habis 1 hari kami keluarkan 100 tiket untuk seratus orang shj. Kalau nak naik Bukit Larut ni kena dtg awal....seawal jam 7.30 pagi org dah beratur utk beli tiket....Aduh...frustnya aku dan hubby...tak dapat naik ke puncak lagi. Nak buat macamna hmmm pusing-pusing amik gambar je la....

Org yg sgt2 keciwa...

Jeep yg bawa org naik ke puncak Bukit Larut.

 



Depa kata harga tiket naik ke atas puncak tu RM6.00 pi balik. Naik jeep je...kerana jalan kat situ bengkang bengkok...terlalu tajam selekohnya. Ada yang berbentuk V...adoi. Pakcik driver jeep tu cerita kete tak dibenarkan naik kat atas sebab bahaya. Kata dia lagi terdapat 108 kelok yang berbiku semua. Selekoh U tak ade pun semua yang tajam-tajam...Dalam hati aku betui ka? Ntah tak tau lah aku pun tak pernah naik lagi....




Bila perut dah bernyanyi apa lagi aku pun singgah beli nasi di gerai kat gambar atas tu...MOM'S...prison....sedap jugak ikan bakar dan gulai tempoyak....harga pun berpatutan. Kami pun berkelahlah di Taman Tasik Taiping pada tengahari tu....sedap makan dgn angin yg sepoi2 bahsa...cuma satu je aku nak kobar kenapa lah PBT di sini tak mahu jaga kebersihan di sekitar tasik ni....sebenarnya kawasan taman tasik ni sgt cantik dan terpelihara. Jika di jaga lagi cantik....boleh tarik pelancong lagi...agaknya depa tak jaga sangat sebab masuk percuma kat sini....patut pun.

Bergambar berlatar belakangkan Bukit Larut.
Selepas makan tengahari tu kami terus santai-santai sekejap dan terus ke surau berhampian dgn Zoo Taiping untuk menunaikan solat. Selesa surau nya. Seusai solat kami terus bergerak ke Kuala Sepetang kerana nak makan Mee Udang Mak Jah. Dah janji dengan adik ipar aku Cikgu Usop dan Cikgu Maznah serta anak buah aku Farra Hanna. Masa tu lebihkurang jam 3.30 petang....Aku dan hubby tak sempat pun nak masuk ke Zoo Taiping pada hari tersebut. Tak apalah lain kali ada umur....InsyaAllah boleh datang lagi ke Taiping ni.

Hah ni lah sebenarnya aku nak tengok pokok tulip kat atas puncak Bukit Larut tu....depa kata ada tulip dari negara Belanda di tanam di atas puncak bukit tu. Gambar ni aku copy dari blog org...nak buat macamna....aku tak pi pun kat atas tu.....kempunan...



Depa kata tulip kat atas tu ditanam dan dituai 4 bulan sekali ada 4 warna sahaja...dijual dgn harga RM15.00 sepasu.....leh hidup ka jika kita beli bawa turun kat bawah....tak cuba tak tahu....ntahlah....aku pun satu hari nak pi naik juga Bukit Larut ni nak tengok ada apa kat atas tu?...Cukuplah untuk entry kali ni....hingga jumpa lagi di lain entry....tgu....aku akan cerita hal Hot Spring Sg Klah pula.....ddaaaaaaaaa.

Selasa, 29 Januari 2013

MEE UDANG MAK JAH, KUALA SEPETANG.

Assalamualaikum semua....ni akak nak cerita kat N3 ni...pada hari Taipusam hari tu...iaitu pada 27 Januari 2013 bersamaan hari Ahad, tertunailah hajat dihati akak untuk pi makan Mee Udang ni...sebenarnya akak pun tak tahu sgt tentang mee udang ni...yang dok dengaq cerita org kata kat Kuala Sepetang tu ja....rupa-rupanya ada banyak mee udang kat Kuala Sepetang ni rupanya....tapi yang paling sedap Mee Udang Mak Jah kat Kg. Menteri tu...sebenaq nya akak tak rancang pun nak pi makan kat sana....kebetulan pada hari tu nak pi naik Bukit Larut...bila dah sampai-sampai kat kaki Bukit Larut tu tiket dah habis jadi tak de la merase naik Bukit Larut tu....kebetulan juga adik ipaq akak yang pi Kedah akan singgah juga kat Kuala Sepetang ni...jadi akak dan Hubby pun terus setuju nak pi makan kat situ...sebenaqnya jalan pun tak tau sangat main redah ikut sign board je...dari bandar Taiping pi terus ke Simpang dan masuk Jalan Kuala Sepetang lebih kurang 8km kami pun sampai kat restoran Mee Udang Mak Jah ni...hois ramainya orang weh...tak dak tempat duduk...terpaksa menunggu meja pula...

Click here for interactive map

Bila dah dapat meja kami ode cucoq udang dan tokua cicah kuah kacang...wah best makan sedap sebab terkenang waktu kecik-kecik dulu mak selalu buat cucoq ni...sepinggan tak tau la pulak harganya sebab adik ipaq yang bayaq...hmmm makan free.




Kami ode jugak ais kacang....sempoi ada lycee 2 bijik...sementara tunggu mee udang special sampai kami dah makan cucoq udang dan ais kacang.


Ha...ni dia mee udang special yang kami ode dah sampai...nah haih udang- dia besaq-besaq sungguh....bukan udang laut, rasa-rasa udang bela kot....ada la lebihkurang 6 ekoq udang aku pun tak kira pun main pelahap ja.... petang tu kami puas makan...sedap sangat....mee dia halus-halus je...aku rasa depa buat sendiri mee ni...kuah pun tak da la pekat sangat...just nice...yang baguih nya berdekatan restoran Mee Udang Mak Jah ni ada surau jadi senang kita nak solat tu yang best......

Rupa-rupanya ada cawangan kedai Mee Udang Mak Jah ni ...........



MEE UDANG MAK JAH @ KUALA SEPETANG
MEE UDANG MAK JAH KUALA SEPETANG, CAWANGAN WANGSA WALK, WANGSA MAJU, KUALA LUMPUR ------- NO TEL : 012-2931101, 03-41314430 ----- Waktu Perniagaan : Isnin hingga Ahad @ 11.00 pagi hingga 11.00 malam ***************************************************************************** ********************KUALA SEPETANG, TAIPING PERAK Waktu Perniagaan : Isnin - Ahad @ 11.00 am hingga 10.00 pm. Rabu - Tutup

Ni kedai kat Wangsa Walk tu...
Depa kata kedai ni kat Wangsa Maju...alamatnya no. 22, Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Maju....hmm aku pun tak penah pi makan lagi kat sini...ntah bila nak pi makan tak tau la...nak rasa jugak sama dak macam kat Kuala Sepetang tu....nanti satu hari aku naj ajak Hubby pi makan kat situ pulak....Ok lah hingga berjumpa lagi di lain N3...tata...titi...titu...

Rabu, 23 Januari 2013

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1434H.

Sok hari maulid Nabi kita....24hb. Januari, 2013 bersamaan 12 Rabiulawal 1434h. Tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini "WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH".


Amalkan lah wahai para blogers sekalian...SABDA NABI S.A.W......siapa yg membaca selawat untukku 100x sehari, maka Allah akan menyampaikan hajatnya, 70 dr hajat akhirat dan 30 hajat dunia. 

Siapa membaca selawat untukku 1x dgn tulus ikhlas dr hatinya, maka Allah akan memberi selawat (rahmat) untuknya 10, & diangkat ke sepuluh tingkat, dan diampunkan bg nya 10 dosa.

  Siapa yg lupa membaca selawat kpd ku maka beerti ia telah keliru (tersesat) dari jalan ke syurga.


 NABI S.A.W. bersabda lg....4 perkara dari kekecewaan: 

1. Jika seorg kencing sambil berdiri.
2. Seorg yg tergesa2 mengusap dahinya seblm selesai sembahyang.
3. Seorg yg nendengar azan lalu tdk mengikuti suara muazin.
4. Seorg yg mendengar namaku disebut lalu ia tdk membaca selawat untukku.

Bacalah selawat untukku sbb bacaan selawat itu membersihkan kekotoran mu (dosa-dosamu) dan mintalah kpd Allah untukku wasilah yakni satu darjat tertinggi dlm syurga yg tdk akan dicapai kecuali oleh seorg, dan saya berharap semoga sayalah orangnya.

Marilah kita beramai-ramai bykkan selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

Saya mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1434h.  

Sekian Wassalam.


Ahad, 20 Januari 2013

DHIA ADRA NATASYA.

Pada tanggal 16/5/2012(Rabu) bersamaan 24 Jamadil Akhir 1433H  jam lebih kurang 2.24pagi di Hospital Selayang lahirlah seorang bayi perempuan seberat 3.52kg. Bayi perempuan ini diberi nama Dhia Adra Natasya bt Mohamad Azraf. Ya...aku dah jadi Datin dah...hah...ha..ha...suke nya hati tidak terucap seronoknya bila menimang cucu sulong ku ini....nampak sangatlah aku dah menjangkau usia....hmm dah jadi nenek.

Dalam laberoom








1 hari.
 

Bersama Tok MUMMY







Semasa Dhia 15hari
MAJLIS AQIQAH DHIA ADRA NATASYA.....pada umur Dhia 54hari majlis ini diadakan dirumah aku....iaitu pada 07/07/2012(Sabtu) bersamaan 17 Sya'aban 1433H. Kawasan umah aku ni mmg tak ada kumpulan Marhaban jadi aku impot kumpulan Marhaban Mak aku dari Shah Alam datang ke Rawang....jauh kan....memang happening sangat pada hari tersebut kerana ramai kawan-kawan dan sanak saudara datang berkunjung kat rumah aku...seronok sangat. Makan? Cater je dari Shah Alam....Kumpulan POP yang masak...nak tahu POP tu apa?...Persatuan Orang-Orang Pencen....sedap masakan depa....menu haru tu kambing kurma, gulai kawah, papedom, jelatah, ulam, ayam goreng rempah dan sambal belacan serta pencuci mulut buah-buahan, kuih muih



Besaqnyaputin...
 



Toknek Dhia tengah gunting rambut Dhia.....Ibu ku....


Toksu yang cukur rambut Dhia.


Dah botak pun
Goodies tema purple pink.
Kumpulan Marhaban dari Shah Alam
Untuk org Marhaban...bunga bear dan coklat ferero roche maktok buat sendiri untuk Dhia.
10/8/12 dhia dah pusing-pusing nak meniarap
Sebenarnya gambar kat atas ni video...tapi aku tak pandai nak masuk kat blog ni macamana yek? Ada sesiape leh ajar tak?

Photo: monink...
Masa 7 bulan.
8 bulan (16 Januari 2013)
Photo: Inilah hadiah hari jadi iyaa yg ke-7bln...thanks acu!!!
Byk nya hadiah Dhia.....Acu bagi ye....
Photo: My name is dhia..and i'm not the terrorist..
Kecik-kecik dah ada passpot nak p mana Dhia.....
Budak bijak.......sekarang.....
Dhia dah pandai berjalan keliling meja dari umur 7 bulan lagi....ni masa Dhia 8bulan.

Walaupun kurang sihat tetap ceria...
Photo: every monink...beginikah agaknya... dhia oh dhia....

Hah ni lah pengasuh Dhia....setiap pagi macam ni lah Dhia dan maksunya....InsyaAllah...aku akan updated lagi cerita tentang Dhia Adra Natasha ni.....selagi hayat dikandung badan....agar Dhia bila besar nanti akan dapat membacanya....walaupun pada masa itu Maktok dah berada di alam lain....hingga berjumpa lagi dientry akan datang.....daaaaaa....
© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign