Khamis, 28 Februari 2013

MY RESEPI AT JAMM'S KITCHEN RENDANG AYAM

Semua bahan-bahan ni diblender halus.
Assalamualaikum semua....hmmm ni nak story sikit pasai akak ni sebenaq nya tak pandai nak buat rendang ayam. Selalu try buat tapi tak jadi la sangat. Boleh le makan tapi tak de la sedap sangat. Kalu ada sapa-sapa yang pandai masak rendang ayam tolong lah bagi tau caranya. Ok lah kita layan dulu resepi akak ni:-

Bahan-Bahanya:
Seekor ayam daging
Sekilo Santan
Kerisek 2 senduk
Serai 20 pokok
Lengkuas 5 inci
Cili blender 2 senduk/Cili api 30 biji nak pedas tambah lagi
Bawang putih 5 ulas
Bawang Merah 5 labu
Daun kunyit 5 helai dipotong halus
Serai ketuk 2 batang
Daun limau purut 2 helai

Ayam dibersihkan dan di tos serta dimasukan dalam kuali.
Campur semua bahan-bahan yang dikisar tadi dan campur kerisek dan cili blender.
Masak atas api yang sederhana hingga kering.

Bila dah kering letakan daun kunyit yang telah dihiris tadi.
Masak hingga kering dan kacau.
Rendang ayam ni boleh dimakan dengan pulut kuning, ketupat, nasi impit dan nasik panas-panas dan macam-macam lagi. Ok lah jadi juga rendang akak ni baru belajaq la kan....kan...kan...hingga berjumpa lagi dilain entry....Enjoy....

Rabu, 27 Februari 2013

MY RESEPI AT JAMM'S KITCHEN.....LAKSA PENANG.


Assalamualaikum semua....selamat berhujung minggu. Hari ini akak buat laksa sbb lama dah tak makan laksa buatan sendiri....laksa ni beli jer kat kedai dan rebus. Ok....kuahnya...akak nak kongsi resepi dgn korang la....kuah laksa ni mak akak yang ajar cara-cara membuatnya.....senang jer...cubalah kalau tak cuba kita tak tau nak buat...

Bahan-bahannya:-

Sebungkus laksa kering direndam dan direbus hingga lembut.
Telur ayam direbus

Bahan kuahnya:-

Sekilo ikan sadin atau pelaling atau kembong
Cili kisar satu senduk ikut suka nak pedas boh lebih cili
Asam keping RM1.00
Daun kesum RM1.00
Bunga Kantan 2 kuntum
Belacan 1 inci
Sedikit garam

Cara-cara membuatnya:-



Rebus ikan hingga keluar matanya. Asingkan isi ikan dengan tulang. Kemudian diblender dan di tapis isi ikan tersebut serta dimasukan ke dalam air rebusan ikan tadi. Tulang dan kepala ikan yang diasingkan tadi diblender juga dan ditapis dengan penapis halus dan dimasukan kedalam air rebusan tadi juga. Buat lah 2 atau 3 kali sehingga tulang putih seperti gambar di bawah. Selepas itu bolehlah dimasak atas api yang sederhana hingga mendidih. Masukan garam secukup rasa.Selepas itu bolehlah diangkat dan sedia dimakan 







Gambar ehsan dari google
Gambar ehsan dari google
Gambar ehsan dari google
Gambar ehsan dari google

Air rebusan ikan dicampur daun kesum, bunga kantan, cili blender dan asam keping
Kemudian masukan isi ikan yang telah diblender
Dimasak atas api yang sederhana



Daun Selom, timun, bawang dan cili dihiris.

Till we meet again....Selamat Mencuba.....

Jumaat, 22 Februari 2013

CERAMAH PAGI JUMAAT....DOSA PADA ALLAH TERAMPUNKAH KITA?


Assalamualaikum semua....salam pagi Jumaat buat semua blogger yang membaca blog akak ni. Hari ni pada 22/2/2013 akak nak kongsi ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Drs Ahmad Termizi bin Abdul Razak yang bertajuk DOSA PADA ALLAH TERAMPUNKAH KITA?


Beringat sebelum terlupa, kejutkan sebelum terlena....
Contoh:- Ayam dan manusia siapa yang banyak dosa dengan Allah? 
Manusia yang makin banyak dosa dengan Allah....Ayam makin sedikit dosanya dengan Allah sebab ayam sentiasa berkokok kejutkan kita untuk mengerjakan solat Suboh setiap hari. Siapakah yang lebih mulia...Manusia atau Ayam disisi Allah? Sila jawab.....


Kekuatan kehidupan kita:-
1. Kekuatan kita dengan Allah
2.  Kekuatan kita dengan keluarga
3.  Kekuatan kita dengan diri kita sendiri(Berakal)

Fitrah manusia:-
1. Kebahgiaan
2. ketenangan
3. Keriangan

 Rahsia kecemerlangan hidup:-

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan(semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai kota Mekah) dan engkau akan melihat manusia bebondong-bondong masuk agama Allah maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada Nya, sesungguhnya Dia Maha Penerima Taubat".
Surah Al-Nasr(Pertolongan)

Dosa-dosa kita?

1. Dosa dengan Allah~bila belaku sesuatu kita marah dengan Allah
2. Kita mewarisi akan dosa-dosa kita masa lalu~ dan anak-anak akan mewarisi dosa-dosa kita yang terdahulu....cuba renung-renungkan lah...ada hikmahnya dengan perbuatan kita yang lampau...bertaubatlah...
3. Ketika perbuatan zina dianggap biasa~pembuangan bayi berleluasa.
4. Kita syirik kepada Allah.

KITA CABAR KEKUASAAN ALLAH.

Bila Allah Berbicara Dengan Kita.....
1.  Allah tunjuk kekuasaan Nya~ Allah bagi Tsunami
2.  Allah tunjuk kebenaran Nya~ Allah bagi tanah runtuh
3.  Allah tunjuk kekuasaan Nya~ Allah bagi kebakaran dll lagi bencana alam.
Kita masih tidak sedar dan masih berpanjangan membuat dosa dengan Allah, kita masih lawan dan cabar Allah....Na'uzubillah...

Jalan menuju keampunan Allah swt....
  • Cepat bertaubat di atas dosa-dosa kita. 
Pengampunan Allah:- 
  • Insan mohon ampun
  • Istighfar dan baharui iman
  • Buat Penghijrahan.
Banyakkanlah beristighfar~Astaghafirrullah Hal A'zim Al laddzi La Ila Hailla Huawal Haiyyul Qoiyuum Wa atu Buuilaik....

Untuk perbaharui iman kita baca lah....Laa Ilaa Haillallah...
Bacalah kedua dua zikir ini akan terhapus segala dosa-dosa kita seperti bayi yang baru dilahirkan...InsyaAllah...

Belajarlah dan Perkasakan Ibadat Fardhu.
 1. Belajar solat
2. Buat suruhan Allah
3.Jauhi tegahan Rasul
4. Cuba amal sunnah
5. Tidak syirik.

A.     KITA PERLU BERTAUBAT.
1. Dosa pada Allah
2. Dosa pada Rasul
3. Dosa padaIbu Bapa

JAGALAH ALLAH, ALLAH PASTI MENJAGA KAMU.

B. DUA JALAN PEMBERSIH DOSA
 1. Benteng Diri:-
  • Solat hajat sesal diri
  • Baca Al-Quran Ubat Hati
2. Amalan Tambahan
  • Rayuan Tahajjud
  • Dhuha Keberkatan

Bila solat hajat dalam sujud terakhir baca lah...
Robbana Dzolamna.....
dan Robbana La tuziq Qulu Bana...
baca juga Ayat 19 Surah Al-Syura...Allahhu Latifum Bi i'badihi Yar zuqumai yasakk wahuwal qowi yul Azizz....
 "Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba Nya, Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki Nya dan Dia lah yang Maha Kuat Lagi Maha Perkasa".

 Lagi 2 Doa Rasulullah tak dapat nak catit...akan diusahakan juga...

Buatlah solat Dhuha setiap hari kerana dengan solat Dhuha ini Allah akan memurahkan rezeki kita dan menghapuskan dosa-dosa kita....InsyaAllah....

Senjata orang Mukmin adalah DOA....Subhanallah....

C.  HIDUP DALAM SIBGHAH(ACUAN) ISLAMIAH
Hidup sebagai ibadat~visi dan ikrar diri kerana Allah
Jalan Muslim terbaik hindar murka Allah.

JAGAILAH MULUT KITA:-

Mulut sebagai Ibadah
  •  
  •  
Tambah Dosa ~mengumpat
                 ~mengeji
                    ~menghina
              ~fitnah
                                 Dorong Neraka

Awasi Pakaian Ahli Neraka Allah:-
Tutup Aurat ~ tidak ketat ~ tidak jarang
Fungsi ~ tutup Aib ~ elak fitnah

Aurat Ditutup Akhlak Dijaga
Ingat Pesan Ibu ~ Jangan Lupa Solat....

D. EMOSI BAIK AQIDAH HEBAT

1. Kekuatan jiwa
2. Peluang tersedia
3. Ketegasan Minda
4.Kelemahan diri

Satu lumrah hidup ~ STRESS ~ STOP STRESSING...
Punca Stress Manusia(Jiwa Yang Berdosa)
1. Hati Mati
2. Bertangguh dalam beramal
3. Banyak buat maksiat
4. Tidak Istiqomah dalam amal
5.Gangguan makhluk halus
6.Amalan pemakanan haram
7. Tiada komunikasi dengan Allah

E. SABAR ITU NIKMAT
Sebab ujian  ~ Penghapus Dosa
                                         ~ Menghilangkan Ego Manusia

Insan Redha ~ Naik Martabat
                          ~ Pahala berterusan

Allah bagi ujian kepada manusia:-
1. Ketakutan
2.Kesusahan
3.Kurang harta
4.Tanaman
5.Ancaman

" Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya oleh Nya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.(Mereka Berdoa)"Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau menghukum kami dengan azab jika kami terlupa atau tersalah.Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkan lah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir".
Surah Al-Baqarah Ayat 286.

F. BELAJAR REDHA DENGAN JANJI ALLAH.
Janji Allah pasti benar...penting untuk kita membangunkan diri kita dan bagaimana cara kita capai kecemerlangan diri kita....

KADANG-KADANG...
1. Kita suka ~ Allah tidak beri
2. Kita tak nak ~ Selalu mendatangi kita
3.Benci sangat ~ Tapi kita yang dapat
4. Tak terfikir ~ Datang secara ujian
Redha perlu dicari bukan dinanti.... Allahuakbarrr....

G. KEYAKINAN KEPADA ALLAH SEPENUHNYA.

1. Kekuatan dalaman
2.Mampu bertahan
3.Bantuan orang yang disayang
4. Yakin Boleh

Redhalah dengan:- Ajal-maut~Rezeki-jodoh

H. TIDAK SALAHKAN KEADAAN DALAM KEHIDUPAN
Sifat hamba:-
1.Jangan salahkan orang lain
2. Cabar diri betul kesilapan lalu
3.Jangan putus asa dengan rahmat Allah.

I. ILMU SINAR KEHIDUPAN
Benteng diri:-
1.Sentiasa dalami ilmu untuk tidak jahil
2.Pelbagaikan nilai ilmu dan amal
3.Menjadikan ilmu sebagai wasilah kepimpinan

J. USAHA BERTERUSAN TANPA JEMU.
HEBAT ~ TELUS ~ BAROKAH
Mendapat rahmat dan redha Allah swt
Jangan putus asa

K. CARI JALAN PERBAIKI AKHLAK DIRI
Jika berjaya mesti positif

J. TAWAKKAL
Manusia hanya merancang
Meninggalkan keburukan
Baru berserah melakukan kebaikan

KESIMPULANNYA:-
1. Elak jadi manusia bersifat burung merak
2.Jangan jadi helang terbang tinggi
3.Jangan jadi murai
4. Jangan pula jadi burung hantu.

Itulah serba sedikit ceramah yang disampaikan pada hari ini oleh Al Fadil Ustaz Amhad Termizi bin Abdul Razak. Cukup padat dan amat bermakna untuk kita sama-sama menghayatinya. Setakat ini lah saja akak dapat kongsikan dengan korang....hingga berjumpa lagi di lain entry....ok...Renung-renungkan lah dan selamat beramal.....Bye....

Khamis, 21 Februari 2013

AMALKAN AYAT INI....UNTUK LEMBUTKAN HATI...


Assalamualaikum semua...akak ni nak share dengan semua pembaca yang setia dengan blog akak ni satu ayat yang boleh dijadikan amalan kita setiap hari untuk melembutkan hati manusia.....
Sebenarnya akak pun tak tahu ayat ni mmg elok diamalkan sehinggalah mak akak bagi tahu baru akak tahu...kerana akak ada masalah untuk melembutkan hati....terutamanya anak-anak akak....jadi akak pun cuba menghafal ayat ni...setiap kali selepas solat Fardhu akak baca dan sebutkan nama anak kita tu...InsyaAllah akan lembut juga hati nya satu hari nanti...
Ayat Al-Quran surah Al Hasyr(Pengusiran) Juzuk 28. Ayat 21....
"Lau An Zal Na Ha Zal Qur A' Na A'la....."
Sambung baca sampai habis ayat ni InsyaAllah akan dilembutkan hati anak-anak kita oleh Allah swt.
Maknanya ialah:-
"Sekiranya Kami menurunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyu'(tunduk) serta hancur berkecai kerana takut kepada Allah. Perumpamaan-perumpamaan ini Kami kemukakan kepada umat manusia supaya mereka memikirkannya".
*
*
*
 
 Carilah ayat ini dalam Al-Quran dan amalkanlah mudah-mudahan kita semua mendapat petunjuk daripada Allah swt. Kita kena yakin dengan amalan kita baru lah akan berhasil.....Akak abadikan dalam blog ini untuk anak-anak cucu cicit piut akak pada masa hadapan agar depa boleh jadikan panduan dan amalan.

Selasa, 19 Februari 2013

CERAMAH PAGI JUMAAT 15 FEBRUARI 2013.

Photo: Ceramah agama oleh ustaz drs ahmad termizi abdul razak.



Akak ingin kongsi sedikit ceramah yang akak dengar pagi Jumaat yang lalu yang telah disampaikan oleh Al Fadil Ustaz Drs. Ahmad Termizi bin Abdul Razak untuk renungan semua rakan-rakan blog. Tajuk ceramah ni akak tak berapa pasti sangat la....lebih kurang mcm ni "Nilai-nilai Mulia Dalam Kehidupan". 

Kita hidup mesti ada ASK....
A=Attitude
S=Skill
K=Knowledge

Nilai Mulia Dalam Kehidupan:-
1. Nilai Keimanan
2. Nilai Ketaqwaan
3. Nilai Ketabahan
4. Nilai Kesabaran
5. Nilai Pengabdian
6. Nilai Keinsafan
7. Nilai Kemurnian

Apa yang kita cari dalam hidup kita?

1. Kemegahan ~ Biar pape asal bergaye...
2. Kemewahan ~ Jangan jadi hamba duit....
3. Kepuasan
4. Keselesaan

Barokah Amal

1. Niat Cari Redho Allah
2. Pekerjaan diakui oleh Islam
3. Tidak menganiaya orang lain
4. Bersungguh-sungguh dalam bekerja
5. Tidak meninggalkan tuntutan ibadah khususnya pada Allah.
"ORANG YANG BIJAK SENTIASA MAHU BERUBAH WALAUPUN IA TIDAK DIRANSANG".

Dekatkan jiwa dengan pencipta:-

1. Jaga suruhannya agar jiwa hidup
2. Baca kitabnya agar jiwa tenang
3. Muliakan akhlak dari terpelihara
4. Amal sunnah Nabi hidup ada panduan
5. Cinta kebaikan ia mendorong rahmat
6. Hindar kejahatan punca kebaikan

Redholah dan Bersyukurlah.

1. Syukur sebagai Muslim
2. Redho nikmat dan ketenangan
3. Kasih kepada rakan dan organisasi
4. Syukur dengan apa yang ada dan kerja kita
5. Hargai pemberian orang lain

Jauhilah:-

1. Budaya memburukan orang lain
2. Komplen
3. Budaya cari salah orang


Rahsia Terapi Hati Agar Hati Hidup:-
1. Qiyamulail
2. Baca Kalam Allah
3. Berzikir
4. Duduk dalam majlis ilmu
5. Berdoa
6. Bertaubat

Zikir

1. Subhanallah
2. Alhamdulillah
3.Wala Ila Haillallah
4. Allahuakbar
5. Wala Hau La Wala Quwatailla Billah...
6. La ila Haillallah
7. Allah...Allah...Allah
8. Asbi robbi jalallah ma fi qolbi qoirollah Nur Muhammad sallallah.....

3 Kategori Manusia

1. Orang yang berjaya ~Hari ini lebih baik daripada semalam
2. Orang yang terpedaya ~Hari ini sama seperti semalam
3. Orang yang celaka ~Hari ini lebih teruk dari semalam

Dimanakan kita? Dalam kategori manakan kita berada sekarang?
Renung-renungkan lah dan selamat beramal.....Sehingga berjumpa lagi dilain entry....ikhlas dari akak.

Jumaat, 15 Februari 2013

WALIMATUL URUS ANAK BUAH KU....MOHD SYAFIQ ROSLAN DAN SUHANA HANI BASTANI.

Assalamualaikum....hmm mgu ni la akak paling sibuk sikit sampai tak ada masa nak update blog....nak tau kenape? Haa kenduri anak buah akak la....anak buah akak lelaki...pada 9 Feb 2013(Sabtu) majlis akad nikah di Kg Medan Si Jangkang Klang. Pada 10 Feb 2013(Ahad) kenduri belah pompuan manakala kenduri belah lelaki pada 11 Feb 2013(Isnin) di Taman Batu 3, Shah Alam belakang kilang gula CSR tu....depa pilih tarikh ni sempena CNY laaa...cuti... Awat akak tak letih dok pi balik ke Klang, Rawang dan Shah Alam....penat la juga...ni pun leh update blog ni sbb mc sakit badan dan bp naik sikit....makan daging kot...faktor umuq la tu...dah tak larat....
Photo: Yeyyy! Dah dapat kakak ipar!! :') Alhamdulillah, tahniah Along. Welcome to the club hihi #mybrother #married #alongweddingday   #love #family
Majlis Akad Nikah di rumah pengantin perempuan.
Photo: My happy family  #love #family #alongweddingday #2013
Keluarga kakak ku Hjh Jamilah bt Ahmad.
Photo
Keluarga akak bergambar dgn pengantin.
Photo: Alhamdulillah cuaca baik baik je masa kiteorang sampai ke rumah Kak Sue tadi (kakak ipar itew hihihi) Suka sangattt tengok color theme wedding Along & Kak Sue!  #AlongWeddingDay #Blessed #Sweet

Photo: #alongweddingday #sweet #cakesedapsangat
Makan beradap rumah pengantin perempuan.
Photo: Along & Kak Sue  ...without love, days are sad day. So..please be in love everyday! Take note Along! Semoga kekal bahagia selamanya! aminn.. :') #AlongWeddingDay #sweet #2013 #love
Selamat Pengantin Baru Mohd Shafiq Roslan dan Suhana Hani Bastani.

Photo: Kenduri di Telok Panglima Garang.

Makan beradap di rumah pengantin lelaki.
Photo: Tambah lagi sorang anak tahun ni.. :p #AlongWeddingDay #MakAbah #Family #Love #2013

Photo: Tinggal 4 orang je yang masih membujang hihihi #family #love #AlongWeddingDay

Thats All...semoga bahagia hingga ke anak cucu dan ke akhir hayat. Semoga setia hingga ke ujung nyawa....hingga bertemu lagi di lain post.....

Jumaat, 8 Februari 2013

CARA CARA BUAT TEMPOYAK.

Assalamualaikum....hari ni akak nak ajar korang macamana nak buat tempoyak??? Citer pasal tempoyak ni kan sebenarnya akak dulu mmg tak makan tempoyak. Durian tu makan le...Al kisahnya bila akak dah nikah dgn org Bota....hm apa lagi my hubby asyik suruh masak tempoyak je...jadi akak amik keputusan buat la tempoyak sendiri....kalau tempoyak yang jual kat kedai tu akak tak makan. Akak mula la amik petua daripada mak mertua macamana nak buat tempoyak masam ni? Mak mertua pun bagi tips tips yang boleh diambil kira. Akak pun cuba lah buat...jadi la...
 
 

Isi durian yang elok.
 Kalau kita buat sendiri tempoyak ni kita boleh pilih isi durian yang elok-elok je. Isi yang tak elok tu kita leh buang jgn amik. Baru lah tempoyak kita ada UMMMPH...macam teh la pulak...Mula-mula kita perisi isi durian asingkan dari bijinya. Hari tu my hubby paling suka bila dengar akak nak buat tempoyak...apa lagi dia pun pi beli buah durian sejaras....jenuhla akak dok perisi biji durian tu...naik lengoh tangan dan jari-jari akak....
Biji durian yang telah diperisi....byk kan?
  Lepas asingkan biji dan isi durian tu gaulkan dgn garam. Agak-agak le...kemudian dimasukkan dalam bekas yang kedap udara dan dibiarkan diluar peti ais 3 malam berturut-turut. Hah baru la tempoyak tu masam...Lepas tu mak mertua cakap lagi buang air yang bertakung dalam bekas tu agar tempoyak tahan lebih lama...Bila dah betul betul masam baru lah simpan tempoyak tadi dalam freezer. Tahan 2, 3 tahun kalau letak kat freezer tu. Akak dah cuba memang betul cakap ibu mertua ku itu.... 


 Tempoyak ni memang leh buat macam2. Buat tempoyak masak campur dengan ikan bilis. Buat sambal colek dan buat masak tempoyak ikan bocat....huh sedap....Masak tempoyak ikan patin campur dengan toge kasor pun best juga... cube lah buat dan masak akak dah cuba memang best sangat...ok hingga jumpa lagi di lain entry..... Selamat Mencuba!

Isnin, 4 Februari 2013

HOT SPRING SG KLAH

On the way balik ke KL pada 28 Januari 2013(Isnin) aku dan hubby singgah kat Hot Springs Sg. Klah yang terletak di Sungkai, Perak. Dari jalan besar masuk ke Felda Sg. Klah ni lebih kurang 9km je. Jalan masuk memang lengang macam tak de orang pun....sunyi je...sampailah kami jumpa kawasan perumahan felda/ perkampungan felda dan seterusnya jumpalah kawasan Hot Springs ni....cantik juga kawasannya.





Kami mencari parking kereta....memang senang dapat sbb tempat letak keretanya besar tapi jauh la sikit berjalan kaki utk pergi ke tempat mengambil tiket masuk. Aku kene RM12.00 hubby kene bayar RM7.00 warga emas. Tiket kanak-kanak RM10.00 dan tiket Orang Kelainan Upaya(OKU) RM5.00.


Ni lah tiket masuk nya....
Tram
Naik tram dari pintu masuk ke dalam.







Laluan ke kolam air panas.
Tempat merebus telur...mendidih airnya....


Patut la masa kami nak masuk tadi ada signboard telur dan makanan tidak dibenarkan dibawa masuk ke kawasan perkelahan ini....rupa rupanya telur dan nasi lemak ada dijual disini. Harga telur biasa yang dijual disini 6 biji RM5.00. Satu tray 30 biji RM20.00. Telur omega 10 biji RM10.00. Satu lagi jenis telur burung puyuh  (Quail Egg) 15 biji RM10.00. Aku tak beli pun sebab rasa mahal sangat lagi pun tak berapa suka makan teloq.

Telur yang dijual bersama nasi lemak.

Aku dan hubby pun merendam kaki dalam air panas selama 30 minit....rasa ringan badan selepas rendam kaki dalam air panas berbelerang itu. Kolam air panas di situ ada yang panas dan ada yang sederhana panas. Terdapat 3 buah kolam yang bermacam-macam suhu kehangatannya. Bila aku dah puas pusing-pusing dan posing posing kat Hot Springs ni aku dan hubby pun apa lagi....JOM BALIK....seronok juga pergi Hot Springs ni untuk jaga kesihatan badan. Rasa-rasanya aku nak pergi lagi sebab hari yang aku p tu tak bawa baju mandi pun. Teringin gak nak mandi air belerang ni....Ok hingga berjumpa di lain entri.....chow.....
© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign