Isnin, 29 April 2013

LONDON, ENGLAND (DAY 1)

Assalamualaikum semua...Alhamdulillah syukur kehadrat Allah swt masih memberi peluang kepada akak utk mencoretkan perjalanan akak seterusnya...Lanjutan drp entry terdahulu akak meneruskan perjalanan ke London dengan keretapi dari Bedford, UK dengan harga tiket 13GBP untuk 1 hari perjalanan iaitu dari pagi sampai ke malam. Beli tiket macam ni bebaloi la sikit sbb byk lagi tempat yg nak pi melawat kat London tu. Mula-mula sekali kami belapan naik keretapi dari Bedford ke London pas tu sampai London cari pula keteapi bawah tanah tu, weh line dia byk sgt weh macam2 warna ada putih, merah, hijau, coklat, biru, kuning, pink dan mcm2 lg penin la juga.Buka peta dan tanya orang la apa lg....sib baik omputih tu habaq dgn betul...hmm lega. Akak tak ingat dah kami ikut line warna apa. Bila sampai Rotherhithe kami tanya org lagi sbb hotel kami terletak di area situ. Kami tgk peta dan tanya orang hotel kami terletak kat mana dan jalan yang nak dituju ke hotel. Omputih mmg baik-baik mereka tunjuk dengan betul. Kami pun berjalan kaki lebih kurang 10 minit sampai la ke Hotel YHA Theamsite. Dalam perjalanan sempat bergambar di tepi jalan menuju ke hotel permandangan sungguh indah dengan bunga-bunga yang mulai keluar menandakan waktu spring akan bermula terutamanya bunga Daffodils. Jom layan gambaq.....



Dalam keretapi dr Bedford ke London. Kami berlapan Kak Miss, Mak De, Kak Meen, Yaya,
 Che Det, Kak Ra, Kak Moon dan Me,







Sambil berjalan kaki ke Hotel sempat berposing dulu.....


Dah sampai hotel.......Ni la hotel kami duduk kat London.
 YHA London Thameside, 20 Salter Rd,  London, Greater, London SE16 5PR, United Kingdom.

Boleh tahan le hotel kami ni murah je....RM112 semlm. 4org sebilik. Tdo 2mlm je.....


Selepas check in hotel kami pun kuar bejln kaki lagi utk ke stesen keretapi. Kami akan pergi ke Madame Tussauds, Bays Water dan Oxford Street tempat shopping la depa kata murah kat situ. Mula-mula pi Madame Tussauds kami tak masuk pun sbb ada juga group kami yang tak nak masuk kerana mahai depa kata. Baut apa masuk hanya nak tgk patung2 lilin buatan tu je....bila nak amik gambaq kene guna perkhidmatan camera man dia dan kene bayar lagi. Tak bebaloi kan...kan...kami pun posing amik gambaq kat luar je le....jadi la...merasa la jugak pijak Madame Tussauds tu. Masa tu hujan renyai2 telah turun adoi punya la sejuk mak ai sampai ke tulang itam chek no.



Berjalan kaki sesaje....byk berjln luas pandangan....






Sistem keretapi di London ni gunakan Line macam2 line yang mengikut warna ada. Kita boleh ikut warna apa utk ke destinasinya. Antara nya:- 

Biru Piccadilly Line

Hijau District Line

Kuning Circle Line

Coklat Bakerloo Line

Merah Central Line

Pink Hammersmith & City Line

Terqois Waterloo & City Line

Hitam Northern Line

Unggu Metropolitan Line

Silver Jubilee Line

London Tube Map ni boleh didapati di stesen Underground secara percuma. Tau dgn tak tau je nak bace map tu...akak ni mmg tak pandai lansung la sikit2 boleh le.....

Ni la Yaya kami nye taiko yg bawa kami jalan2 gi Europe tu....asyik tgk peta je....TERBAIK.










Hujan beb....hujan....




Pas dah beposing depan Madame Tussauds tu kami pi pula Bayswater sempat jugak beli payung I LOve London sbb hujan. Kami jalan sungguh hingga ke malam byk tempat kami pi terutama tempat shopping. Malam tu la kami shopping sakan beli T Shirt untuk kenangan dan beli key chain utk suoviner. Boleh tahan la juga harganya. Dek kerana hujan sepanjang malam sejuknya bukan main main terlalu sejuk gediii...akhirnya kami dah penat dan singgah makan di restoran Turkey yang halal. Sedap gak nasi dia....lapaq mkn je la....1 pinggan tak kongsi pun kali ni sbb lapaq sgt....





Malam tu kami dah pancit tak larat jalan dah sbb yg pi trip ni pun semua golongan yg dah pencen jd lutut pun dah sakit bila ckp nak balik ke hotel naik underground depa semua tak mau sbb terlalu byk kene naik tangga...kesian pulak jd kami semua setuju balik ke hotel naik bas. Akhirnya kami selamat sampai kat hotel. Awal juga kami sampai kerana berkejar masa utk jumpe DrRaz dan Hazwan yang hantar beg kami ke hotel malam tu. Kami juga poskan barang2 yg kami shopping siang tadi utk diaorg bawa balik ke Bedford.  Selesai amik beg kami semua berehat untuk hari esoknya pulak. Esok kami akan pergi ke London Bridge, Tower of London, Big Ben, London Eyes, Buckingham Palace, Harrods dan Oxford Street. Tgu tau nti akak citer lagi....jika ade masa la....cibuk cikit nak PRU13 ni....hi..hi..hi........
To be continue........

Khamis, 18 April 2013

BEDFORD, BEDFORDSHIRE, BICESTER VILLAGE, UNITED KINGDOM.

Hari pertama Sabtu 16/3/2013 sampai kat Bedford dah petang dah gelab pun malam tu letih tdo je...akak dan group bincang-bincang mana nak pi besoknya...kat rumah semua setuju nak pi car boot sales around Bedfordshire lah. Pada keesokannya 17/3/2013 hari Ahad mmg ada car boot sales. Seawal pagi kami semua dah besiap nak pi...bekobar-kobar semangat nak pi...kami pun keluar rumah seawal jam 9pagi dengan van yang DrRaz sewa dan bawa kami ke tempat yang nak dituju....tiba-tiba dipertengahan jalan kami jumpa hujan salji weh....apa lagi behenti dan terus snap gambaq...macam org jakun la pulak...ha..ha..ha..Korang nak tau sebenaqnya kami pi tu dah musim spring(bunga) akan tetapi masih winter...snow pulak yang turun...hmm rezeki kami la yang tak penah nak tgk salji ni...apa lagi mcm org peghak la...punya la posing dan main-main salji yang turun tu...Alhamdulillah rezeki kami la no...sungguh happening giler beb akak cakap lu....sejuukkkk geeedddiii...

Ni la rumah yg kami duduk...No2, Trinity Road, Bedford, UK.
Bergambar di depan rumah

Dapat rasa pegang sajli....mcm ais kepai...


Kaki sapa la no...

Dari kanan...Kak Missnah, Kak Missara, Mimie, Kak Mymoon, Kak Meen, Che Det dan Mak De.
 

Bersama tuan rumah Kak Noli.

Bersama Kak Missnah Mohd Yusof
Bersama Kak Missiah Mohd Yusof (Mak De)
Kat sana pun ada Tesco.
Hari tu punya la ghalid main salji kami pun tak pi la car boot sale tu sbbnya mesti tutup kerana hujan salji. Jadi kami semua amik keputusan pi Bicester Village...tempat outlet shopping ala-ala JPO kat Johor tu....exacly....apa lagi melontarlah...memang murah sesangat...semua ada sampai tak larat nak berjalan je dgn sejuk dek salji lg....otw to Bicester Village tu kami singgah kat Tesco...beli air dan apa lagi cari washroom lah.....sejjuuukkk...akak sempat beli kasut Clarks sepasang je...jadilah...ha jgn lupa amik VAT nak claim kat airport nanti....Nak citer pasai VAT(Value Added Tax) ni boleh claim bila kita shopping kat UK dan Europe. VAT refunds for visitors to UK & Europe mmg untung beli dah lah murah pas tu dpt claim lg VAT. Janji brg yg dibeli tu jgn diguna/pakai lg sbb nak tunjuk bukti masa claim tu. Boleh je amik cash atau credit je dalam kad credit. Kene isi borang claim VAT juga jgn tak isi pulak...untung untung.....




Kak Moon, Me, Mak De dan Kak Meen.
Zara dan ibunya Mak De

Kak Meen Zulaikha novelis terkenal.
Lima adik beradik yg turut serta Kak Missiah, Kak Mymoon, Kak Meen, Kak Missnah dan Kak Missara.
Bersama Kak Moon duduk dlm van sbb sejuk kat Bicester.
Yaya,Me,DrRaz,Mimie,Kak Meen,MakDe,KakNoli,Kak Ra,Che Det,Kak Miss dan Kak Moon.


Otw balik dari Bicester kami semua lapaq dan terus singgah di Bedford. Kami mkn dekat Al Badar restoran. Restoran ni mmg halal apa lg masing2 ode le....akak mkn chicken briani je...mak ai byk nya boleh mkn 2 org. Ada yg mkn ayam goreng dan kentang goreng je....hmmm mmg sedap...Harga pun boleh tahan murah la juga....5GBP harganya....jika amik set siap dgn air sekali...kami mkn hga kenyang tapau utk mkn mlm juga...sbb balik umah nak tdo je. Sok dah nak bertolak gi London dgn menaiki keretapi. Sbb kami akan gi Europe tour ke 5 buah negara tu naik coach kene naik di Canada Water, London. Jagi kami dah booking online hotel YHA Theamsite utk bermlm di London. Kami dok London 2hari. Kat London kami jalan sendiri je naik bas turun bas naik keteapi turun keteapi hish penat naik tga turun tga tau....tp best....



Stesen Keretapi Bedford.
Dlm keretapi....
Selamat tinggal Bedford. Kami pi tour Europe selama 7 hari lepas tu kami akan balik ke Bedford lagi....Ok lah lepas entry ni akak akan cerita pasal jenjalan kat London pulak....tungggguuu ok...bye.....terima kasih kerana sudi baca blog akak yg serba kekurangan ni....hga jumpa lagi di lain entry......

Bedford yg indah....we're in LOVE........

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign