Isnin, 24 Jun 2013

BERJIMBA JIMBA DI BANDAR MADRID, SPAIN

Hola hola hola......Spain.....
Assalamualaikum semua pembaca yang baik hati dan budiman. Ni akak nak sambung cerita lagi semasa akak g Europe tour pada bulan Mac 2013 tu...Hari ni hari yang ke 12(27 Mac 2013) akak dan kawan-kawan akan ke Spain pulak. Kami semua bergegas bangun jam 4pagi utk siap2 ke airport takut tertinggal kapal terbang pulak. Seawal pagi kami telah keluar dari rumah Bedford ke lapangan terbang Luton untuk ke Madrid. Rasa penat tak abis lg sbb baru balik dari Europe Tour tu... Sampai kat airport sempat juga solat subuh dan breakfast apa yg patut. Airport Luton ni sgt sibuk sekali org terlalu ramai. Kami akan menaiki Easy Jet ke Madrid. Allahhu Akbar... pemeriksaan di airport Luton sgt2 strict semua digeledahnya barang-barang dalam beg dan kasut juga kena buka berkaki ayam lah kami sekejap. Begitu juga beg hanya boleh di hand carry sahaja dan mempunyai sizenya yang tertentu kalau tak cukup size siap lah kene caj. Utk pengetahuan semua masa kat Luton ni beg akak lepas tapi alangkah sedihnya semasa mahu balik dari Malaga ke Luton beg akak sangkut dan kene denda 50Euro. Akak tgk beg dia orang sama je dgn beg akak. Tapi nak buat camna kan dah nasib nak kene denda bayar je la....Penerbangan kami memakan masa lebih kurang 3jam utk tiba ke Madrid.








Kami selamat sampai lebihkurang jam 11pagi kat Airport Barajas, Madrid. Tak lah besaq sgt airport dia....KLIA lagi gah. Kami pun terus cari transport untuk ke Bandar Madrid. Madrid merupakan ibu negeri Sepanyol dan sebuah bandaraya yang terbesar di Sepanyol ni. Akak ni dok dengaq pasukan bola sepak Real Madrid je masa kat Malaysia...rupa2nya pasukan tu dari Madrid Sepanyol ni. Tentu ramai dah penah dengaq kan pasukan tu....Selain terkenal dgn pasukan bola sepaknya, Madrid juga merupakan pintu masuk utama ke Sepanyol ni. Spain atau Sepanyol mmg terkenal dgn warisan sejarahnya, keseniannya, kebudayaannya dan keindahan alam semula jadinya yang memukau. Akak mmg sgt kagum dan terpegun melihat seni bina dan ukiran bgn2 di Spain ni amat unik sekali.

Tengah tunggu bas.














Teksi di Madrid ada line merah.







Dari airport kami naik bas je lebih kurang 10 minit sampai kat Bandar Madrid ni. Kami pun ronda2 dulu kat bandar ni sambil2 shopping sambil2 amik gambo sambil2 heret beg ke hulu dan ke hilir. Ye la sementara kami nak tgu train kami ke Cordoba dalam jam 3.00 petang, sempatlah kami berjimba2 dulu kat Madrid ni. Makan tengahari juga di sini. Kami akan bermalam di Cordoba hotel kami tempah kat sana.Jadi kami di Madrid ni cuma 2 ke 3 jam je.....tak puas rasa nya tak dpt melawat tempat2 bersejarah kat sini. Cuma dapat bergambo je tu pun tak tahu apa nama bangunannya. Jadi lah untuk kenangan masa depan. Puas dgn permandangannya yang cantik dan memukau sungguh2. Walaupun letih berjalan masih terasa akak dan kawan2 yang lain tetap digagahi juga perjalanan kami yang masih jauh ini.....















Bersama Kak Noli tuan rumah kat Bedford, UK.

Memang akak dan kawan2 yang lain terkejar2 kat Madrid ni. Nak kejar train laju (AVE) ke Cordoba....mana nak cari stesen keretapi lagi. Hois gabra jugak takut terlepas keretapi tu. Madrid ni mmg bandar yang sibuk dan ramai pengunjung serta pelancong. Jadi kami pun get ready awal cari stesen keretapi. Alhamdullillah jumpa....dari Madrid ke Cordova lebih kurang 2jam perjalanan. Kami bertolak jam 3...jadinya jam 5 dijangka sampai ke Cordoba. 
 Di Cordoba akak akan tidor di Maestre Cordoba Hotel. Akak rasa cukuplah akak citer pasal Madrid ni nak citer lebih2 pun tak berapa gheti sangat sbb macam lipas kudung je akak kat sini tak cukup masa. Nak citer tempat bersejarah pun akak tak tahu sbb tak pi melawat pun kat sini. Hanya singgah sebentar je di Madrid ni....Bumi Matador yang dahulunya kepunyaan umat Islam....ya sok akak akan sambung pulak citer kat Cordova....tgu ya entry episod tergadainya bumi Matador ke tangan orang bukan Islam.....terlalu sedey sangat....Ok bye.....

to be continue.......

Ahad, 23 Jun 2013

MENAIKI FERI MENYEBERANGI SELAT INGGERIS....

Assalamualaikum semua.....hmm akak ni tak habis2 lagi dok buat citer Europe Tour ni....tak pa lagi sikit ja ni...lepas ni citer Spain pulak. Ok lah nak sambung citer hari tu. Tak sangka akak dapat menyeberangi Selat Inggeris ni......mmg bercita2 pun tapi idak lah nak jadi mcm Abdul Malik Mydin tu...Kalau kat Malaysia ni akak dah lintasi byk Selat dgn menaiki feri ada gak yg guna jambatan....biase le Langkawi, Penang, Tioman, Singapura, Batam, Tanjung Pinang dan lain2 lg lah. Tapi idak lah sama mcm Selat Inggeris ni...feri nya mengambil masa lebihkurang 1 jam 45minit utk seberang dari Calais, France ke Dover, UK. Lama gak kan tapi  Feri tu punya lah besaq mak oi...bukan mcm feri Pulau Pinang dan Langkawi tu....besaq lagi puas lah jalan2 atas feri tu. Setengah org  dia mabuk laut ye la feri tu jalan tehuyung hayang. Tapi akak dan group tak mabuk laut pun rasa pening2 pusin tu ada la. Sikit2 je....
Ok mai nak citer sikit pasai Selat Inggeris ni. Selat Inggeris ni dalam Bahasa Inggeris nya ialah English Channel adalah salah satu selat yg memisahkan Great Britain(UK) dari negara2 Eropah. Panjang selat ni lebihkurang 562km sama dgn 350 batu. Lebar selat ni pulak lebihkurang 240km bersamaan 150batu. Tetapi selat yg paling sempit ialah Selat Dover hanya 34km iaitu 21 batu je. Selat ni lah kami lintas dgn feri tu. Selat Inggeris ni adalah lautan  cetek yg paling kecil di Benua Eropah. Penduduk Eropah yg ingin melawat UK boleh mengambil feri utk ke seberang atau pun dengan menaiki keretapi bawah tanah dlm saluran di dalam terowong yang dipanggil Terowong Selat(Chunnel).Akak hari pertama pi hari tu ikut terowong ni....ha bila balik nak feri pulak nak merase la kan. Nama feri yg akak naik ni Pride Of Canterbury. Ok jom layan gambaq....







Fail:Pride of burgundy.jpg
Ni lah Feri yg kami naik tu besaq kan...






















































Di atas feri ni ada mcm2 kemudahan spt  restoran tapi tak halal la kot....ada byk lg kemudahan yg lain utk para penumpang supaya tak jemu. Kat atas bumbung feri pulak kawasan terbuka jika kita naik ke atas boleh tgk laut yg luas ciptaan tuhan tapi mak ai punya la sejuk dan berangin kat luar tu....tak tahan nak besantai santai sejukkkkk..kami sampai kat UK jam 7 petang. Bas hantar kami kat Canada Water. Kami tgu Dr Raz Abdul dan Kak Noli datang amik beg kami di Canada Water hingga jam 9mlm. Pas tu kami akan balik ke Bedford dgn keretapi. Ok lah akak rasa cukup lah utk entry ni serba ringkas ttg feri dan Selat Inggeris ni. Bila akak dah sampai kat UK ni berakhirlah Europe Tour akak dgn Expat Explore selama 7hari menjelajah di negara2 Eropah Barat. Akak cukup2 puas hati dan enjoy the tour. Ni akak nak pesan kepada semua yg berkemampuan dan berkelapangan  berjalanlah dimukabumi Allah ini untuk melihat dan menikmati keindahan alam ciptaan Allah swt. Ni bila akak sampai kat rumah yg akak tumpang dok kat Bedford tu akak kene terus tukar bag dan kemas bag balik kerana sok pg2 buta nak kejar flight ke Madrid pulak dari lapangan terbang Luton. Kena bgn jam 3pagi utk ke airport....rushing jugak ni....tapi tak pa best jalan2 lagi ke Spain tgu ye entry akak mengenai Spain pulak....bye....bye...


to be continue......
© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign