Rabu, 14 Ogos 2013

SATU HARI DI HARI RAYA.



Assalamualaikum semua....Hari Raya Puasa tahun ni jatuh pada hari Khamis 08-08-2013M bersamaan 1 Syawal 1434H. Kita posa tak cukup la no...29 hari je...Alhamdulillah sempat juga kita berpuasa. Tahun ni akak beraye kat rumah mak mertua di Kg. Tersusun, Titi Gantung, Bota, Perak. Jauh weh...perjalanan balik ke kampung je dah lebih kurang 4jam sbb musim perayaan. Kalau bukan musim raya ni 3 jam setengah dah sampai. Akak balik ikut jalan lama je sbb hubby suka ikut jalan lama redup katanya. Sehari sebelum raya tu akak koje lagi tapi half day ler... tengahari jam 12.30 dah cabut balik. Sbb sok dah nak raye. Bila akak dah balik ke rumah punya la kalut dok mengemas baju dan kuih yang nak dibawa ke kg. Jam 3.30 petang baru akak dapat bertolak ke kg. Dalam perjalanan akak singgah beli kuih utk berbuka di bazar Ramadhan dekat dengan Cenderong Balai. Niat di hati nak cari kuih limas tapi tak dak habuan sbb kuih tu dah habis. Sempat beli tepung bungkus dan pulut panggang je. Sedap sungguh kuih tu buatan org2 kampung yang ikhlas buat kuih jualan utk org makan. Jam 6.30 ptg ari tu sampai ke kampong. Sempat berbuka dengan ibu mertua dan adik2 ipar duai serta anak2 buah lagi. Sungguh nikmat rasanya...syioq sangat.


Gambar En Hairol Majid yang anto.

Hah ni gambaq buah mangga ni kawan akak yang hantaq kat wassap akak.Besaq nya buah mangga tu En Hairol. Katanya jgn lupa kalau balik kampong tu letak buah mangga kat pintu grill. Almaklumlah kan rumah akak ni asyik raya je kena kopak dah byk kali dah. Sampai panggil ustaz buat baca Yassin buat pagaq sikit. Alhamdulillah tahun ni 5h4m akak balik kampong rumah selamat tiada apa2 yang berlaku. Alhamdulillah. Sbb tu la bila kita nak pi mana2 jgn dok cerita dalam FB bagai  org seluruh dunia baca tu yang jadi tak ketahuan tu. Ini pengalaman akak lah no....




Hari Raya pertama pi solat Hari Raya Idulfitri di masjid Ekor Bota, Bota Kiri. Selepas tu menziarahi pusara bapa mertua dan saudara mara yang lain di tanah perkuburan berdekatan dengan masjid. Sungguh meriah suasana di kubor pada hari raya tu. Sangat berwarna warni dan cantik2 belaka. Kuboq kalau dulu dengaq pun takut tapi sekarang org dah tak heran lagi siap bergambaq lagi di tanah perkuburan tu berlatarbelakangkan batu2 nisan yang beraneka bentuknya.






Balik dari kuboq terus pi rumah Alang(rumah cikgu chop). Kat umah dia pekena nasi minyak, sambal udang, rendang, jelatah dan macam2 lagi makanan yang best2 semuanya. Air? Ribena kelasss gitu......lepas pekena nasi, lemang apa lg semua dok cari bantai pi pulau dudorq la....pakat dok terheley je....ngantuk gini ler ghupe nyer....ha...ha...ha....baru raghe pertama ni....makan dah over limit....hmmm bertambah lg le berat badan. Baru je nak slim....pokok nyer dari pg sampai ptg sampai malam asyik mkn je perut pun jadi tekejut....ada yg sakit perut dan bergilir2 tgu turn utk ke bilik air. Tu la pengalaman yang tak dpt dilupakan semasa hari raya ni. Macam2 pesen.


Raya kedua akak pi Bagan Serai Perak rumah mak sedare belah mak dan sedare belah abah di Penang. Mmg niat di hati nak pi ziarah kuboq arwah Abah akak kat Kg Petani, Penanti, Bukit Mertajam. Bila dah sampai sana rumah mak2 sedara belah abah punya la byk tak sempat nak pi ziarah pun. Sedeyla juga. Tak pa la janji yg penting tu doakan.....kan...kan. Akak pi raya kat Bagan raya kedua ni. Sampai ke tengah malam baru lah balik pi Taman Impian Indah, Alma pula tidoq rumah mak sedara belah mak akak. Letih mmg lah letih tapi seronok dpt jumpa keluarga dan makan sedap2. Jom layan gambaq......

Kat Kg Alor Kubu Bagan Serai Perak. Bersama abg ipo Hj Roslan Nain.
Bergambar kenangan bersama suami tersayang di Bagan Serai.
Rumah maksu kat Kubang Semang.

Ujung Batu, Butterworth.



Bersama Paklang dan Maklang serta kakak.

Rumah Pakteh di Flat Pantai Bersih, Butterworth.
Yang pakai baju belang tu Pakchark.
Rumah Pakcik Rashid di Flat Jalan Mat Saad, Bagan Ajam.



Raye ke3 teman ke Ipoh umah Yong  Rahimah Kushairy(kakak ipo akak le) makan tengahari kat sana dan sebelah petang pula ke rumah Tan(Fasitah Kushairi) adik ipo akak le.Mkn malam kat umah Tan. Melepak kat rumah Tan hga jam 10mlm baru balik ke Titi Gantung, Bota untuk bermalam di rumah ibu mertuaku sbb sok ada kenduri kat Bota Kanan di Dewan Dato' Ahmad Hambal. Sangat2 seronok dan puas berjalan raghe.....bukan senang nak berkumpul adik beradik dan anak beranak ni.....tapi sayang kat Ipoh lupe la nak amik gambo buat kenangan. Untuk koleksi peribadi je. Lupa sungguh sampai tak ade gambo kat Ipoh ni. Kene cari le gambo kot2 anak2 buat ada snap gambo sekeping 2. Rasa rugi pula jika tak amik gambo ni.....tu la asyik bersembang je sampai lupa nak klik klik klik....gitu lah ruphe nyer bile dah ramei berjumpo....tak kering gusi....dok sembang.....jer.

Ayam golek Duan.

Raye ke4 pi kenduri dak Ibah di Dewan Dato' Ahmad Hambal, Bota Kanan. Meriah kenduri anak keduanya buat pertama kali Ibah menerima menantu. Ada ayam golek lagi. Masakan orang kampung mmg sedap ada gulai poyak lagi. Mmg sedap makan dan puas makan semasa kenduri ini. Selepas makan kenduri kami semua pulang ke KL ikut jalan lama sebab takut jem di highway. Rupe2nyer  dua dua jalan jem.....amik ko....Kami selamat sampai ke rumah jam 6 petang lebih kurang 5 jam perjalanan. Itu lah serba ringkas Satu Hari Di Hari Raya untuk akak abadikan dlm entry akak ni. Semuga berjumpa lg di lain entry......tgu ok....minggu depan akak dah nak pi holiday....terbang lagi.....seperti helang....bye....

Tarbiyyah Syawal

MEMAAFKAN ITU ADALAH HIKMAH ISTIGHFAR,
SENTIASA TAHARAH DAN KEMAS ITU HIKMAH SUBHANALLAH,
SENTIASA MEMBERI WALAUPUN SEDIKIT ITU PENZAHIRAN ALHAMDULILLAH.

Salam sayang,

Selasa, 13 Ogos 2013

SAMBAL TUMIS UDANG


Bahan-bahannya:-

Udang 30 ekor
6 sudu besar cili kering blender
Bawang merah 3 ulas
Bawang putih 1 ulas
Bawang besar 1 labu
Secubit belacan
1 sudu besar gula
Sedikit garam 
Setengah cawan air asam jawa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara membuatnya:-

Udang dibersihkan dibuang kulitnya
Semua bawang dihiris kemudian ditumis dalam minyak dan digoreng hingga garing
Masukan cili blender dan belacan tadi kacau hingga masak cili lebih kurang dalam masa 20minit
Masukan air asam jawa dan gula serta garam
Akhir sekali masukan udang
Masak sekejap je angkat
Dah siap untuk dihidangkan 

Orang-orang Utara ni memang suka makan sambal tumis. Tak kiralah sambal tumis apa pun tapi hakikatnya memang depa suka sangat dengan sambal tumis ni dimakan dengan kari ikan. Orang utara kata kari tu gulai. Tapi bila dah dok Selangor ni depa kata gulai tu masak lomak cili api. Hah macam-macam kan. Sambal tumis ni jika nak sedap jangan buat manis-manis nanti hilang semua rasa keasliannya. Selamat Mencuba.

Salam sayang,

Rabu, 7 Ogos 2013

MASAK LEMAK UDANG


Assalamualaikum semua...hah dalam peti ais umah akak hanya ada udang jer. Apa lagi akak pun dok pikir nak masak apa dihunjung2 Ramadhan ni? Dapat ide nak masak lemak cili api campur nenas. Hmm tentu sedap dan menyelerakan. Jom tengok resepinya....

Bahan-bahannya:-

Udang 1/2 kilo
Nenas 1 biji
Santan 2 paket RM2
Cili api 20biji
1 inci kunyit hidup
Sebatang serai diketuk
Sedikit garam

 Cara-cara membuatnya:-

Udang dibersihkan jangan buang kulit
Nenas dipotong dan dihiris-hiris
Cili api dan kunyit hidup diblender halus
Masuk nenas serai dan cili api blender dalam periuk masak dahulu hingga hilang bau maung cili api dan air nenas kering
Kemudian masukan udang
Akhir sekali masukan santan jangan tambah air sbb air udang akan keluar
Masukan garam dan rasa.
Bila mendidih angkat dan siap untuk dihidangkan.
 
 Senangkan masak ni. Cube lah masak dengan penuh kasih sayang dan ikhlas. InsyaAllah masakan kita akan menjadi bertambah sedap. Sekian hingga berjumpa lagi di lain entry bye...
Selamat Mencuba.





Salam sayang,

SAMBAL KETUK



Assalamualaikum semua....pernah dengar tak sambal ketuk ni? Akak pun dulu tak pernah dengar lansung hingga lah satu hari akak pi menghantar adik akak bertunang dan menikah dengan orang Felda Semenchu, Kota Tinggi, Johor. Al kisah mak pengantin perempuan namanya Mak Eton telah masak sambal ketuk ni. Akak makan dan rasa mmg sedap sekali jika dimakan dengan nasi panas2. Jadi akak pun ambil resepinya untuk diabadikan dalam blog akak ni khas buat tatapan semua. Senang je buatnya jika sesiapa yang tak ada lauk nak mkn buat lah sambal ketuk ni boleh dijadikan lauk. Jom kita tengok resepi......


Bahan-bahannya:-

Segenggam ikan bilis
20 biji cili api
Bawang putih 3 biji
Bawang besar sebiji
Bawang merah 2 biji
1 inci belacan
Sedikit minyak untuk menumis

 Cara membuatnya:-

 Panaskan minyak dan tumis semua bahan-bahan tadi dalam kuali
Kacau hingga garing
Angkat dan tumbuk dalam lesung batu
Bila dah lumat perah air asam limau
Siap untuk dimakam









Haaa dah siap pun sambal ketuk ni. Rupanya sambal ketuk ni adalah makanan tradisi orang-orang jawa. Hmmm patut la akak org Penang tak tau pun sambal ni. Yang akak tau sambai belancan.
Kepada semua bloger yang berminat nak mencuba boleh le. Mmg sedap dan puas hati makan. Ok lah ye hingga jumpa lagi di lain entry....bye...Selamat Mencuba dan Selamat Menyambut Hari Raya 1434H bersamaan 8hb. Ogos, 2013.




Salam sayang,

Selasa, 6 Ogos 2013

MASAK TEMPOYAK DAUN KAYU

 

 Assalamualaikum semua, semasa iftar kat rumah mak akak kat Shah Alam hari tu, mak teringin nak makan masak tempoyak daun kayu ni. Bila akak tengok ada pucuk ubi yang mak petik kat kebun, ada daun kunyit, ada serai dan petai mak beli. Akak pun siap2 suruh anak akak hiris daun daun tu semua untuk masak sebagai makanan tambahan untuk berbuka nanti. Sebenarnya banyak bahan yang tak ada lagi macam pucuk labu, pucuk kaduk tapi mak akak kata tak apa buat je daun yang ada tu cukuplah. Jom kita layan resepi nya.

 
 
 

 

Bahan-bahannya:-

Secekak pucuk ubi
Secekak pucuk daun kunyit
Petai 8 papan
Serai 5 batang
Ikan bilis segenggam
Udang besar 6 ekor
  Cili api 20biji ikutlah jika nak pedas tambah le lg
 Pati santan 2 cawan
1 cawan tempoyak
1 inci kunyit hidup
 Sedikit garam
Sedikit gula

Cara membuatnya:-

Semua daun2 tadi dihiris halus2 
Satukan dalam satu kuali bersama udang
Blender cili api, ikan bilis, kunyit hidup, santan dan tempoyak
Kemudian masukan dlm kuali dan jerang atas api hingga mendidih
Bila dah pekat masukan garam dan gula
Kacau sampai pekat dan boleh diangkat
Siap untuk dihidangkan.
 


Anak2 dan adik2 akak mmg sangat suka makan masak tempoyak daun kayu ni. Resepi ni mak sedare akak(Mak Tam) adik mak akak dari Port Dickson yang ajar. Bila ada kenduri je Mak Tam akan masak, masak tempoyak daun kayu ni. Mmg sungguh menyelerakan bila kita makan bersama nasi panas2 dan ikan pekasam goreng. Huhh....Perrrgghhh....Sedap dan enak sekali. Kepada sesiapa yang ingin mencuba ni boleh lah mmg nampak simple tapi lengoh le juga tangan dan jari2 yang menghiris daun2 kayu tu. Tapi bila dah siap masak utk dimakan mmg sedap dan bebaloi le. Ok hga berjumpa lagi dilain entry. Selamat Mencuba.

Salam sayang,

LIMPA MASAK ITAM


Assalamualaikum semua....ni akak nak tulis resepi limpa masak itam ni khas buat anak cucu akak bila akak dah tak ada lg di dunia ni nanti. Anak2 akak mmg sgt2 gemar makan limpa, paru dan hati. Atas permintaan anak2 akak pun masak limpa masak itam ni di satu hari di bulan Ramadhan buat tambahan juadah pada bulan posa ni. Limpa ni mmg susah sikit nak masaknya sbb kadang2 limpa ni berbau sedikit. Jadi sebelum masak limpa akak rebus dulu limpa ni dgn air garam. Biar mendidih dan bila dah kecut sikit baru akak toskan dan potong dadu untuk dimasak. Jom kita tengok resepinya....

Bahan-bahannya:-

1/2 kilo limpa
1 sudu besar lada hitam
1 inci halia
1 sudu besar ketumbar
Sedikit jintan manis
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 sudu besar kicap pekat manis
Minyak untuk menumis

Cara-cara membuatnya:-

Limpa direbus dan dipotong 
Lada hitam, jintan manis dan ketumbar diblender halus
Bawang besar dimayang, bawang putih dihiris dan halia dihiris
Tumis bawang dan halia hingga garing masukan bahan-bahan yang diblender tadi kacau hingga naik bau
Kemudian masukan limpa masak hingga mendidih
Jika suka boleh dihias dengan daun bawang
Siap untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba.

Salam sayang,

Isnin, 5 Ogos 2013

IKAN MERAH MASAK SHENZCHUAN


Assalamualaikum semua... Akak ni dah tak lalu nak makan masa bulan posa ni. Jadi untuk memecahkan selera makan akak masaklah ikan merah masak Shenzchuan ni. Resepi ni mmg dari tok dan mak akak. Dari akak kecik2 lagi dok makan masakan ni. Mmg sedap sangat2. Tambah2 jika mak kita yang buat lagi sedap kan...air tgn ibu tu....mmg sedap. Jom tengok resepi akak dulu....

 Bahan-Bahannya:-

2 ketul isi ikan merah
2 cawan air asam jawa
Satu inci halia
Sesudu kecil halba
Cili hijau dipotong
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
Sedikit minyak untuk menggoreng 
Secubit garam

 Cara membuatnya:-

Basuh ikan dan goreng separuh masak
Kemudian tumiskan bawang besar, bawang putih, halba dan halia yang telah dihiris hingga garing.
Masukkan ikan yang digoreng tadi kacau.
Masukkan air asam jawa dan biarkan hingga mendidih.
Akhir sekali masukkan cili hijau sebiji.
Masukkan garam dan rasa.
Siap.

Masakan ini sedap dimakan dengan ikan masin. Ada juga orang panggil masakan ni masak asam. Cubalah jika selera dah tak ade nak makan tu...InsyaAllah jika buat lauk macam gini tentu boleh selera makan yang bertambah. Akak pun hari tu makan nasi tambah hingga 2 kali. Sungguh menyelerakan. Ok lah hingga jumpa lagi di lain entry...Selamat Mencuba.


Salam sayang,

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign