Khamis, 26 Mac 2015

URAP DAUN SELOM DAN ULAM RAJA KECOR AYO LIO.....

Assalamualaikum  semua  pembaca  yang  budiman. Hari ni akak nak buat urap. Daun selom dan ulam raja ada tuan Hj tanam kat luar rumah tu. Just petik dan buat urap. Urap ni kan kalau org belah utara tu panggil kerabu. Sedap sangat kerabu ni. Hmmm puji sendiri  no....



Bahan-bahannya:-

Secekak daun selom (agak2 le)
Daun Ulam raja dalam 15 pucuk
Sekuntum bunga kantan
Selabu bawang besar
Cili api 20 biji (dihiris)
2 Biji cili merah + 4biji cili api + sedikit belacan (ditumbuk)
Sedikit air asam jawa
Ikan bilis sedikit ditumbuk.
Secubit garam
Kelapa separuh biji digoreng kering


Cara-cara membuatnya:-

1. Mula2 goreng kelapa tanpa minyak agak2 kekuningan tu angkat. Kelapa ni jika tak mau digoreng pun tak apa juga just tumbuk dengan cili je. Macam sambal kelapa tu.

2. Daun2 ulaman tu dihiris hiris je

3. Bawang besar, cili api, bunga kantan juga dihiris2

4. Bahan yang ditumbuk tu seperti cili merah, cili api dan sedikit belacan. Buat macam sambal belacan tu.

5. Ikan bilis pun ditumbuk juga

6. Akhir sekali satu kan semua bahan2 yang dihiris tadi dan gaulkan semua. Perah air asam jawa dan gaul lagi. Masukkan garam dan rasa le ok.

Sedia di makan....sedap...
 

Sebenarnya resepi ni mak akak yang ajar. Jadi sebelum akak lupa akak abadikan lah ia dalam blog akak ni supaya semua orang boleh kongsi bersama.  Begitulah juga jika puan2 nak buat urap menggunakan segala pucuk ulaman seperti pucuk kaduk, pucuk mengkudu, pucuk paku dan lain2 pucuk lagi caranya sama je seperti ini. Selamat mencuba ok.  Bye.....


Salam sayang,

Ahad, 22 Mac 2015

WINDOW OF THE WORLD (WOW), SHENZHEN (DAY 4 ~ PART 2)

Dalam ni station MTR
Assalamualaikum semua pembaca yang budiman. Ok akak sambung lagi cerita kat Shenzhen ni. Kali ni nak cerita semasa kat WOW pula Window of the World. Dari station MTR, OCT (Luobao Line Hijau) naik dan turun satu station je jumpa WOW ( Shijiezhichuang Station ) dan Exit J. Tengok lah signboard ok.

Shenzhen Metro Map  深圳地铁线路图

 WOW ni merupakan taman miniatur yang seakan2 sama juga macam Splendid of China tu, lebih kurang je ok. Di dalam WOW ada bermacam2 ikon keajaiban di seluruh dunia. Kawasan nya cukup luas mmg tak larat nak jalan kaki dan nak amik gambar semua pun sangat2 memenatkan. Kalau boleh tu pi la kat tempat ni 1 hari baru habis. Akak dan sahabat2 semua berjalan kaki dalam WOW ni. Ada juga sahabat akak yang naik kereta api dalam tu dan motor sikal. Kena bayar la. Akak pun tak larat nak berjalan dalam ni. Sempat lah amik gambaq yang mana dan je. Akak tak susun gambaq dalam entry ni ok sbb dah x kuasa. Seronok juga akak dan sahabat2 mengelilingi dunia dalam satu hari. Hah puas hati. Jom layan gambaq.....
 










Bersama Amira yang comel.


































Selepas semua dah penat, mentari pun dah hampir samar2, kami pun beredar dari WOW tu. Kali ni kami akan terus ke tempat shopping kerana besok kami dah nak berhijrah ke Guangzhou pulak. Memang masa benar2 tidak mencukupi untuk kami shopping kat Shenzhen ni. Kami nak pi Dongmen tempat shopping murah. Bila baca kat blog org semua kata Dongmen ni yang paling murah ye ke? Kami naik train lagi dari WOW ke Laojie Station line masih sama (Luobao Line). 12 station baru sampai Laojie. Exit E untuk ke Dongmen. Kat sini kami beli tiket train dengan mesin kiost tiket yang disediakan. Tapi ingat mesin ni hanya boleh terima duit siling 1 Yuan je dan duit kertas 5 Yuan. Jenuh la jugak dok cari duit kat semua orang nak masukan dalam mesin tu. Kalau tak da duit kecil tu boleh pi tukaq kat kaunter dia ok.




Hmmmm masa kami tak cukup untuk shopping.  Sempat juga tempah cermin mata yang terlalu murah kat sini. Setengah jam siap. Beli casing hp, beli jam G-Shock, beli seluar jeans dan depa ni kalau boleh semua nak beli. Adoi.....dah rambang mata semua. Malam tu juga ada diantara sahabat2 yang nak pi urut. Tempat urut berhampiran dengan hotel kami. Memang byk kedai urut. Semua dah janji nak urut kaki, kerana kaki dah letih menapak. Lagi pun urut ni murah ja CNY50 je. 






 Ada diantara kami buat rawatan kuku tangan dan kaki sbb murah la kan. Ada yang urut satu badan. Jadi semasa urutan dijalankan kami semua berasa sangat sioq la kan. Tiba2 tukang urut tu cakap tip tip tip. Kami semua buat bodo je lagi. Pas tu bila dah habis urut time nak bayar kena bayar lebih la pulak sebab kena bayar tip kat tukang urut tu. Adoi awal2 tak nak cakap ada tip. Bila dah nak bayar baru cakap pulak. Semua kami tak mau bayar. Bergadoh2 dengan pekerja tu semua yang tak pandai cakap omputih tu. Masa tu geram pun ada juga. Last2 semua bayar. Menipu sungguh org Shenzhen ni. Lepas tu kami balik bilik terus zzzzzzzzzzzz. Esok dah nak pi Guangzhou pulak....Tgu ye entry akak seterusnya.....bye....

to be continue.........

Salam sayang,





© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign