Isnin, 17 Disember 2012

TANJUNG PINANG PORT OF SRI BINTAN PURA.....

Kata pepatah jauh berjalan luas pemandangan.....begitulah hakikatnya...aku pergi lagi bercuti dengan kengkawan sepejabat, kali ini ke Tanjung Pinang pula. Tanjung Pinang juga merupakan bandar kedua terbesar selepas Batam di Kepulauan Riau. Tanjung pinang ni terletak di Pulau Bintan. Pertama kali aku menjejakan kaki ku disini sangat-sangat teruja kerana menaiki feri yang lautnya pada masa itu amat bergelora. Mungkin musim ombak besar dan berangin. Ada diantara kawan-kawan yang muntah hijau....mabuk laut la kata kan.....Kami pergi melalui Pelabuhan Pasir Gudang menaiki Feri....

Bergambar semasa menunggu feri tiba di terminal feri.




Pelabuhan Tanjung Pinang.
Salah sebuah restoran minang...cantik dan sedap makanannya.


Batam-balerang.png (500×328)

Jambatan Barelang ini menghubungkan Pulau Batam, Pulau Rempang dan Pulau Galang. Singkatan daripada tiga nama pulau ni dinamakan jambatan BARELANG.



Kami juga sempat ke Pulau Penyengat melihat Masjid Raya Sultan Riau yang dibuat daripada putih telur....terdapat makam raja-raja di sini dan makam Raja Ali Haji....rasanya aku ada belajar dulu kalau tak silap aku masa form six. Banyak sejarah yang ditinggalkan di sini. Kami pergi ke Masjid ini dengan menaiki beca. Best juga enjoy....

penyet2.jpg (300×201)





Pasaraya Sumber Rezeki
Hotel ni la yang aku inap...
Shopping kat sini idak lah best sangat sebab tiada pilihan....kat Batam banyak lah tempat shopping tapi mahal sbb ramai orang Singapura datang shopping di Batam. Apa-apa pun aku merasa puas kerana dapat melihat negara orang yang masyarakatnya berbilang kaum yang berlainan agamanya....Seronok juga percutian kali ini walaupun hanya sekejap. Entah bila lah lagi akan ku jejak kaki ku di sini....aku tidak pasti....hingga jumpa lagi dilain entry....tata...

Sabtu, 15 Disember 2012

UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE....UNFORGETABLE MOMENT'S.....

Syukur Alhamdulillah dapat aku menjejakkan kaki ku kali ke 3 di Pulau Singa ni....Kalau dulu aku pergi dengan kapal terbang tentera....turun di Seletar....pernah juga menaiki keretapi dari Kuala Lumpur turun di Tanjung Pagar.....Kali ini pada 9 Dis 2012 (Ahad) aku pergi dengan menaiki bas pula.....hmmm semua merasa kan....Naik bas ni kan kene turun berjalan kaki dekat check point Imigresen Malaysia dan Singapura....boleh la...tak lah jauh sangat...


Nasib baik ada escalator kalau tidak kene naik tangga untuk g chop passpot. Kawasan ni tidak dibenarkan mengambil gambar....ntah mcmana leh terambil la pulak...takut gak kene denda......

Tiket masuk ke USS + Bas RM200.00.




Bila dah masuk USS cari studio guide dulu.....merata tempat ade...
Bergambar kenangan bersama PR Staff.
Me@pintu masuk USS.
Beratur nak masuk ke USS.
Mata wang Singapura yang aku tukar untuk makan je...masa tu rate dia SD2.51 jadi aku tukar RM100.40 dapat la SD40.00.

Dlm kws USS.




Ita, Me & Pn N.
Pengalaman yang tidak dapat dilupakan menaiki bot dalam sungai buatan. Seronok la juga kerana ada perkara-perkara yang akan mengejutkan kita. Hmm orang tua sesuai sangat la naik bot ni tak le jantung keluar jika dibandingkan dengan games yang lain....santai gitu.....enjoy....




Istana Shrek


Tengah tunggu pintu masuk show Shrek 4-D Adventure. Lama juga tunggu kat sini lebih kurang 15 minit. Memang seronok tengok show ni kene ludah lagi....dengan donkey....ada binatang yang cuit-cuit kaki kita...geli la.... orang tua memang sesuai tengok cerita Shrek ni tak berbahaya....cuma ada kerusi bergegar apabila kereta kuda muncul....




Tengok show Water War dalam Water World....mmg best....mcm tgk film action dlm TV tu....real...sape-sape yg dok dekat sgt kene sembur air le jwb nye lencun le....show ni leh tgk pg atau petang ade 2 masa....tak silap aku jam 11.30 ngan 4.oo petang....tak tau le jika jadual dah berubah kene tengok studio guide....




Jurassic Park Rapids Adventure.....Ha...ha...ha...nak masuk main boat dlm ni kene pakai baju hujan...memang basah jika bernasib malang terkene percikan air masa naik lif tu....kasut sudah pasti basah dan separuh kaki seluar akan basah juga....walaupun pakai baju hujan...Baju hujan yang dijual dengan harga SD3.00 lebihkurang RM7.50sen sehelai.



 Yang ni aku tak main pun....darah gemuruh sikit....faktor umur kot....tapi member kata permainan ni tak lah adventure sgt....boleh je naik....tapi aku malas nak beratur terlalu panjang....mungkin memakan masa lama....tgu lain masa aku pergi bloeh la cube naik....hmmm...


Ni yang aku suka nak story kat ko orang.....Revenge Of The MUMMY....aku nasihatkan kalau ko org ada sakit jantung jangan la main bende ni...buleh mati keras gitu....aku dah tekene dek ajakan budak Ita yang muda tu....darah dia kuat leh le....aku ni darah gemuruh...dah le umur makin lanjut....hai hilang gak separuh jiwa dibuatnya....siap beristigfar lagi....mengucap dan berzikir...pada hal main bende ni 3 minit je.....lagi satu aku nak ingatkan kalau ko org nak naik benda ni jgn makan dulu sbb leh muntah oi....pengalaman aku sekali je beb...TOBAT aku tak kan naik dah....


Food Court merata ada tapi kene cari yg halal le...

Makan dalam USS ni mmg semua ada...siap duit jer....Nasi Ayam SD11.00. Nasi Beriani Ayam SD15.00. Air oren SD3.80. Mahal le jika dibandingkan duit Malaysia yang rendah drp duit Singapura....tu. Boleh le nak kenyang. Bekas air pun ada dijual dengan harga SD8.90 leh isi air cordial...kalau dah habis air tu leh refill dengan harga SD2.00.

Pop Corn ni SD6.00.
Yg ni aku tak naik le....gayat....
Battlestar Galactica Cylon (biru) & Human(merah)

Transformers depa kata the best.....3D thrill ride....aku dah tak masuk sbb dah serik mase naik MUMMY tu.....ye le lepas turun MUMMY badan tak stabil asyik gegar je bedebar-debar berjam-jam tak hilang-hilang lagi.....tak pa la lain kali aku p pulak.... 




Happy sgt...
Dah penat

Merata-rata ada show....
Ada show hantu dalam ni....life concert....

Pada lewat petang lebih kurang jam 6 petang kami beratur untuk menaiki monorail utk ke show Songs Of The Sea di Sentosa Island. Mula-mula kami redeem tiket dahulu di bawah stesen monorail tu....kalau nak beli terus pun boleh...harga tiket SD10.00 je. Nak g berjalan kaki pun boleh jauh le sikit. Naik ketapi tu percuma je. Bila dah naik ketapi kene turun di stesen Beach Central dan semasa balik pula kene turun di stesen Waterfront. Ada tiga stesen je satu lagi stesen Imbiyah. Kalau silap pun tak apa tanya orang le...Monorail tu 2 coach je....tapi byk train. Selesa le juga dan mudah....







Songs Of The Sea ni....show air dengan laser dan warna. Sungguh kreatif dan pandai dia org buat. Sungguh cantik dan terpegun bila melihatnya....rugi jika dah pergi USS tak pi tengok Songs Of The Sea. Dulu show nya 40minit tapi yang aku pi tengok ni dah di pendekkan masa nya ke 25minit sahaja.






Rombongan PR seramai 28orang.
Akhir sekali kami semua merasa puas. Semua rakan-rakan tak habis-habis bercerita tentang pengalaman masing-masing dengan gelak ketawa yang amat melucukan kerana terdapat bermacam-macam karenah dan perangai yang tidak dapat dilupakan seumur hidup ku.....ada yang termuntah, ada yang merangkak, ada yang pusing serta pening dan byk lagi.....Sungguh happening dan enjoy sekali....Hingga berjumpa lagi PULAU SINGA. Bye.....


© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign