Jumaat, 27 September 2013

KLEBANG ORIGINAL COCONUT SHAKE


 Assalamualaikum semua rakan blogger......semuga semua sihat sejahtera dan berada dalam rahmat Allah sentiasa. Haaa ni akak nak mula citer ttg Klebang Original Coconut Shake ni.....Sebenarnya akak pun mmg tak pernah nak merasa benda alah ni. Hanya dapat dengar citer dari kawan2 yang pernah ke Melaka dan singgah minum di Klebang Original Coconut Shake ni....Sedap sgt ka? Memang sedap oi....tak pernah akak minum coconut shake yang sedap macam ni. Hari tu pi Kuala Terengganu pun tak sama coconut shake dia dgn kat Klebang ni. Memang terangkat.....


Pada mula nya akak mmg berhenti betui2 tepi jalan stall yang juai coconut shake ni. Igt kot depa ni juai tepi jalan ja. Berhenti lah dan terus ode kat situ utuk minum dalam kete je. Ada coconut shake yang special dan tak special. Harga tak de la mahai sgt. RM2.50 je yang biasa. Ramainya org bukan main berderet. Mmg cekap pekerja nya membuat coconut shake ni. Pantas dan cekap. Bila dapat je akak nyer ode terus lah sedut.....mak ai awesome sungguh delicious....

 
 

 

 

 Rupa-rupanya ada kedai nya kat dalam nun....adoi akak dah ode dah dapat pun ni....akak masuk lorong ke dalam tu. Terus cari tempat dan lepak kat situ. Minum coconut shake yang akak beli tadi tu kat kedai tu. Kedai tu tak lah berapa besar tapi ramainya orang terutama para pelancong yang datang minum kat situ. Pekerja kat situ juga cakap tak pa dok dok dah beli kat luaq pun boleh dok kat sini. Sama ja tokeh dia. Haaa tu dia....Kat kedai ni ada juga makanan ringan spt nasi lemak bungkus, bihun dan mee ready made, Kuih muih pun ada juga. Layan diri. Jom layan gambaq.....
 

 
 



Akhirnya sampai gak hajat akak nak minum coconut shake ni. Selama 2 hari kat Melaka ni akak dah minum 3 kali. Hebatkan. Otw balik ke KL pun singgah beli lagi coconut shake yang berhantu ni....macam ketagih jer bila minum coconut shake ni.....dia letak ape ye?....Ntah lah air kelapa dan isi kelapa dan ais krim vanilla je yang nampak dalam cawan tu. Sesiapa yang turun ke Melaka ni jgn lupa pi minum coconut shake ni. Mmg sungguh lazat dan menyelerakan. Ok lah selamat membaca dan terima kasih kerana sudi singgah kat blog akak ni....hga berjumpa lagi di lain entry....daaa.....


Salam sayang,






Khamis, 26 September 2013

JENJALAN GI GANU KITE


Assalamualaikum semua....perjalanan akak 2H 1M ke Kuala Terengganu pada bulan Jun 2013 sungguh menyeronokkan...yer la pergi ke KT ni ada urusan kerja. Sambil-sambil tu boleh le jenjalan sekitar bandar KT ni. Masa pergi bertolak lebihkurang jam 9 pagi sampai di KT lebihkurang jam 1.30th. Cepat kan? Ye la kami ikut Jabor....Pada hari akak bertolak tu cuaca sgt cantik dan indah sekali tengok gambo kat atas ni cantik kan permandangan semulajadi keindahan awan yang ceria ciptaan Ilahi. Sepanjang perjalanan ini akak dan bos-bos singgah makan pagi di R&R Temerloh...wah apa lagi makan nasi masak tempoyak ikan patin lah... sedap sungguh....jom layan gambaq.....







Sungguh cantik permandangan di Negeri Terengganu ni. Laut yang membiru terbentang luas tenang mata memandang. Org kata jika kita pandang laut je kita dapat pahala kan. Akak suka tgk laut....ombak-ombak nya yang memutih yang membawa seribu cerita. Tapi kita tak tahu apakan cerita yang ombak bawa tu. Begitu juga badai yang melanda laut ada sehingga merobohkan rumah2 nelayan di pesisir pantai. Begitu juga kehidupan kita ada pasang surut seperti air laut dan ada juga duka dan gembira seperti ombak dan badai. Cewah....betui ka? Hmmm lebihkurang la kot....


Kami sampai betul2 tengahari...apa lagi cari tempat makan lah. Ni la tempatnya Medan Selera Pantai Teluk Ketapang. Apa istimewa di sini? Hahhhh...semua makanan laut yang dicelup tepung. Macam2 ada. Air nya pulak Coconut Shake...woish sedap bangat. Waktu kemuncak perut dah bernyanyi apa lagi menjamu selera dgn lahapnya cukup menyelerakan....Kena pulak makan free...Bos belanja ler.....Jom layan gambaq....








Lepas makan tengahari jalan jalan cari makan lagi kepok lekor pulak. Mak ai makan sungguh2 depa ni....Ha ni dia Keropok Lekor Mak Adek depa kata sedap kopok lekor kat sini ada lebih ikang. Hmmm mmg sedap pun bila dah makan nak lagi. Kita ni kan bila pi KT ni asyik nak beli kopok lekor kat Losong je kan. Ha sekali ni jika tuan/puan pi KT cubalah pi kat Seberang Takir ni. Wah promot nampak...ada share ke? Ada juga kedai kopok lekor kat sini sampai kena amik nombor hai kena Q la pulak. Terlalu sedap lah tu. Ntah lah akak rasa kopok lekor kat KT ni mcm sama je rasenya. Semua sedap.




Replika perahu di atas divider jalan raya.





Artikel di bawah ni ihsan dari google
Masjid Abidin yang juga dikenali dengan nama Masjid Besar atau Masjid Puteh telah dibina antara tahun 1793-1808 Masihi oleh Al-Marhum Sultan Zainal Abidin 11.

Rumah suci bersejarah ini tersergam indah di atas sebidang tanah seluas 0.548 hektar (1.354 ekar ) di Kampung Masjid, Kuala Terengganu. Bangunan asalnya diperbuat daripada kayu.Bagaimanapun bangunan asal ini telah mengalami banyak perubahan dari segi struktur fizikalnya ekoran peredaran masa dan keperluan semasa.Di bawah pemerintahan Al-Marhum Sultan Umar ( Marhum Baginda ) kira-kira tahun 1852 bangunan kayu itu telah diganti dengan bangunan baru yang diperbuat daripada batu.

Pada tahun 1901 Masihi semasa pemerintahan Al-Marhum Sultan Zainal Abidin 111, masjid ini sekali lagi mengalami pengubahsuaian. Bangunan yang diperbesarkan bagi menampung jemaah yang kian bertambah. Pembesaran ini melibatkan kerja-kerja pemasangan tiang-tiang di ruangan tengah bahagian dalam dinding, dinding tembok simen, sutuh serta tiga buah menara.

Pada tahun 1972, Sultan Terengganu ketika itu, Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Nasiruddin Shah telah memerintahkan supaya masjid itu diperbesarkan sekali ganda lagi. Pembesaran ini membolehkan masjid ini menampung sejumlah 2,500 jemaah pada setiap masa. Serentak itu sebuah menara tinggi telah didirikan dan turut sama dibina ialah beberapa buah kubah di atas sutuh bangunan tersebut.

Masjid ini telah di naiktaraf dari segi kemudahan dan hiasan dalaman pada tahun 2007.









Dah habis round2 pekan KT baru la check in hotel. Nih...la hotel akak menginap malam tu kat KT....Felda Residence tepi laut cantik permandangan nya. Sungguh indah alam yang Allah Taala jadikan atas muka bumi ni. Syukur....Jom layan gambaq....









Selepas berehat dalam hotel yang awesome ni lewat petang kami pun keluar lagi untuk jalan jalan cari makan untuk makan malam pula di KT ni. Mlm ni mkn mee celup pulak dan nasi minyak yang sedap. Lepas makan malam ronda ronda lagi melihat bandar bercahaya KT macam kat I-City pulak. Cantik dengan lampu-lampu yang bewarna warni menghiasi malam yang suram.


Jus Mangga







Ha....ni la I-City Kuala Terengganu. Igt Shah Alam je ada I-City....ganu ado gok weh.....lebih menarik lagi jika tempat ini diusahakan lagi dan dinaik taraf dgn lebih baik lagi jadi betul2 mcm I-City Shah Alam. Ramai pelancong dtg ke KT ni boleh berlibur di sini. Jom layan gambaq....




KT merupakan Bandar Warisan Pesisir Air sangat indah di waktu malam macam kat Pantai Kuta Bali pulak pintu gerbang dia.







Pagi yang nyaman di bandar KT ni. Sejuk mata memandang. Awal pagi lagi kami dah check out utk misi kami seterusnya. Mencari sarapan pagi dan terus untuk ke pasar Payang untuk membeli baju2 sutera. 


Ni tempat yang pi mlm tadi cantiknya di waktu siang hari.

Di sini dinamakan Pulau Warisan yang turut menawarkan River Cruise menyusuri Sungai Terengganu sehingga ke Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man. Kat masjid kristal tu....

Bazaar Warisan juga terdapat berhampiran sini ia adalah pusat membeli belah popular bagi pelancong untuk mendapatkan pelbagai jenis produk kraftangan Terengganu yang dibuka sehingga lewat malam. Kami pi shopping kat Pasar Payang je.....semua ada di situ.


Selepas sarapan pagi kami semua bergegas ke Pasar Payang nak beli kain batik Terengganu. Cantik-cantik sungguh baju-baju batik ni.....sangat2 bekenan. Selepas membeli belah di Pasar Payang ni kami terus balik ke KL sebab esok nak keje. Jom layan gambaq......

















Telur Penyu






Istimewa nya Pasar Payang ni semua ada. Jualan buah2an, kuih muih tradisional, keropok dan berbagai-bagai juadah lagi ada dijual disini. Sungguh seronok melihat masyarakat negeri Terengganu kebanyakannya kaum wanita yang memonopoli perniagaan di pasar ini. Pengalaman akak ke KT ni mmg lah dah banyak kali pergi tetapi bila dah sampai KT ni tak sah kalau tak datang ke Pasar Payang ni. Walaupun harganya mahal boleh juga kita minta kurang. Pandai pandai lah kita untuk tawar menawar. Sekian dulu cerita akak kat KT ni. Hingga berjumpa lagi dilain entry......daaaa......
Salam sayang,
 
 
 
 
 
© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign