Jumaat, 26 Februari 2016

GTK TRIP TO MELBOURNE ~MARU KOALA AND ANIMAL PARK (PART TWO - DAY 2)


 
MARU KOALA & ANIMAL PARK
1650 Bass Hwy, Grantville VIC 3984, Australia
Bayaran Masuk Untuk Dewasa: AUD20
Untuk Kanak-Kanak : AUD11
Website - Di SINI

Assalamualaikum semua pembaca yang budiman. Jom kita sambung lagi trip akak ke Melbourne ni. Ok selepas kita orang pi melawat Warrook Farm kami pi melawat pula Maru Koala & Animal Park. Nak masuk kat sini kena bayar juga tau. Alhamdulillah. tiket masuk akak dan group telah pun termasuk dalam package. Makanan untuk kanggaro juga dah termasuk dalam package. Makanan ni dijual dengan harga AUD2 dalam bekas bulat kecil je. Ada juga khidmat juru foto di sini dengan kadar bayaran AUD15 untuk amik gambar dengan Koala. Dekat Maru ni jika kita tengok binatang macam kangaroo tu di lepaskan saja jadi kita boleh pegang2 dan belai2 dia serta bagi makan pada binatang2 ni. Memang excited sangat ok. Semua kangaroo di sini jinak2 belaka. Tapi ada juga yang pemalas berbaring jer....berat badan kot. Lain2 binatang pun ada juga tengok la gambaq sendiri ok binatang2 yang ada ni. Jom layan gambaq........







 













 
Kawasan dalam Maru ni memang luas sangat dan banyak mempunyai berbagai haiwan peliharaan dan ternakan yang boleh kita tengok dari dekat dan boleh di pegang2 seperti kangaroo, koala, burung unta, wallabie, wombat, keldai dan banyak lagi lah. Penat juga nak pusing2 dalam ni sebab luas tapi cukup puas hati bermain dengan binatang2 dan bagi makan kepada binatang2 tu.












 

 


 
 
 
 
 

Haaaa ni lah Koala. Binatang yang suka tidoq. Biasanya koala akan tidoq selama 18 hingga 22 jam sehari. Memang pemalas sungguh koala ni. Aman tenteram sungguh kerja dia tidoq sahaja. Patut lah masa kami pi ni nak tgk mata dia pun tak nampak dibuka pun asyik tutup jer. Takut juga nak pegang sebab takut dia terkejut ok.



 





Lama juga kami kat Maru ni. Memang enjoy sangat2. Dekat sini pun ada disediakan ruang solat akak lupa pula nak amik gambaq nya. Café puan ada jika nak makan2 halal tu tak jamin juga ok. Ok lah no hingga sini jer. Sebab lepas ni nak pi kilang buat chocolate pulak. Hmmm sebenarnya kami nak pi Philip Island, ni on the way ke Philip Island tu yang singgah2 byk tempat tu sebelum sampai Philip Island ok. Memang seronok jalan jalan bercuti ke Melbourne ni. Harus explore semua tempat ok. Ok lah tgu next entry akak ni. Pi kilang chocolate pulakkkk......
 
to be continue.........

Salam sayang dari akak,




Khamis, 25 Februari 2016

GTK TRIP TO MELBOURNE ~ WARROOK FARM (PART ONE - DAY 2)


Assalamualaikum semua pembaca yang budiman. Sambung lagi kisah ceritera akak bercuti dengan family ke Melbourne ni. Hari kedua kami di Melbourne, pagi2 akak dan suami bangun awal dan turun ke bawah dok amik gambaq la kan untuk kenangan sementara menunggu yang lain2 turun sempat lah juga berposing ok.


Pagi ni kami akan ke Warrook Farm yang terletak di South Gippsland Highway, Monomeith, Victoria, Australia. Di Farm ni kita boleh pi tengok bagaimana cara ternakan lembu dan biri-biri. Begitu juga ada demo untuk kita tonton mat saleh ni cukur bulu kambing biri-biri untuk di comercialkan buat selimut karpet dan sebagainya. Seronok ok. Zoo pun ada di sini. Jom layan gambaq ok.....
 


Haaa...kami dibawa naik bende alah ni le. Round-round farm ni. Sungguh enjoy ok. Kawasan farm ni boleh dikatakan besaq juga jadi kalau nak berjalan kaki memang lah tak larat sbb semua dah tua2. Orang2 muda pun tak larat dah. Haaa tgk depa ni punya suka sangat naik kenderaan ni....


 
 
 

Orang-orang muda semua naik satu kenderaan.

Mula-mula kami dibawa ke tempat bela lembu ok. Macam kat Msia tak besa tengok ladang lembu sampai pi tengok kat Aussie ni. Ha....ni special sikit na sebab ada macam2 demo di sini. Memang seronok kan. Boleh perah susu lembu. Ha... pengalaman yang tak dapat di lupakan ok. Bagaimana cara nak perah susu lembu. Bagi minum susu pun ada juga.















 
Lepas tu kami dibawa tengok show pula. Tengok mat saleh ni cukur bulu biri-biri. Sangat2 excellent ok. Takut pun ada juga takut terpotong isi kambing tu. Tapi depa ni dah expert buat kerja tu. Jom kita tengok.
 



 
 


 














Haaa ni pula dok demo untuk menghalau ternakan ke kandang. Haji Nashuki ni buat tak jadi pun sebab tak reti ok. Tapi syabas juga kerana mahu mencuba.

























Dhia Adra Natasya takut tengok Kanggaro ni.






 








 Kami solat di sini. 

Akak rasa cukuplah cerita tentang Warrook Farm ni. Ada keistimewaannya tersendiri. Seronok juga boleh tengok peladang dan petani membela kambing dan lembu. Mungkin cara mereka berbeza dengan cara kita di Malaysia. Selepas melawat Warrook Farm kami pi melawat pula Maru Koala & Animal Park. Ok tunggu entry akak yer.....
 
to be continue......

 

Salam sayang dari akak,



 
© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign