Kata pepatah jauh berjalan luas pemandangan.....begitulah hakikatnya...aku pergi lagi bercuti dengan kengkawan sepejabat, kali ini ke Tanjung Pinang pula. Tanjung Pinang juga merupakan bandar kedua terbesar selepas Batam di Kepulauan Riau. Tanjung pinang ni terletak di Pulau Bintan. Pertama kali aku menjejakan kaki ku disini sangat-sangat teruja kerana menaiki feri yang lautnya pada masa itu amat bergelora. Mungkin musim ombak besar dan berangin. Ada diantara kawan-kawan yang muntah hijau....mabuk laut la kata kan.....Kami pergi melalui Pelabuhan Pasir Gudang menaiki Feri....
|
Bergambar semasa menunggu feri tiba di terminal feri. |
|
Pelabuhan Tanjung Pinang. |
|
Salah sebuah restoran minang...cantik dan sedap makanannya. |
Jambatan Barelang ini menghubungkan Pulau Batam, Pulau Rempang dan Pulau Galang. Singkatan daripada tiga nama pulau ni dinamakan jambatan BARELANG.
Kami juga sempat ke Pulau Penyengat melihat Masjid Raya Sultan Riau yang dibuat daripada putih telur....terdapat makam raja-raja di sini dan makam Raja Ali Haji....rasanya aku ada belajar dulu kalau tak silap aku masa form six. Banyak sejarah yang ditinggalkan di sini. Kami pergi ke Masjid ini dengan menaiki beca. Best juga enjoy....
|
Pasaraya Sumber Rezeki |
|
Hotel ni la yang aku inap... |
Shopping kat sini idak lah best sangat sebab tiada pilihan....kat Batam banyak lah tempat shopping tapi mahal sbb ramai orang Singapura datang shopping di Batam. Apa-apa pun aku merasa puas kerana dapat melihat negara orang yang masyarakatnya berbilang kaum yang berlainan agamanya....Seronok juga percutian kali ini walaupun hanya sekejap. Entah bila lah lagi akan ku jejak kaki ku di sini....aku tidak pasti....hingga jumpa lagi dilain entry....tata...