Ahad, 29 Jun 2014

HATI KU TERPUKAU DI KRABI ISLAND


Assalamualaikum semua readers. Lama akak tak up date blog akak ni. Malas tahap gaban ok. Ni dah ada mood sikit boleh ler berblog. Ni nak citer ttg akak pi Krabi hari tu 2 hga 4 Mac 2014. Tak plan pun nak pi. Tapi bila airasia buat promo terus grab amik tiket RM0.20 utk 2 org akak dapat tiket tu. Booking tgh2 mlm buta. Alhamdulillah syukur. Akak mula2 booking 2org je utk akak dan hubby. Besok pagi pulak kakak akak dan abg ipar nak ikut jugak. Tiket depa dah mahai la RM224.10 utk 2 orang. Tu la booking tgh2 mlm agak2nya tersalah amik tarikh....pi hari Ahad balik hari Selasa. Agaknya mamun kot mlm tu. Orang amik hari Jumaat balik hari Isnin ok la kan......


 

Hari yang ditunggu2 dah tiba. Kami pun 4 orang pak haji dan mak hajah ni pun pi la kat airport. Rasa macam nak tegelak pun ada sbb pi Krabi weh tempat orang muda-muda ja. Sedangkan kami ni dah tua2 pun dah 5series....Kami pi 2  jam awal ke airpot. Ramai pulak org hari tu. Terus check in luggage sbb kami dah buat web check in utk boarding pass. Perjalanan memakan masa lebih kurang  1 jam 20 minit dah sampai Krabi. Dokek jo igt kot jauh. Masa kat Krabi ni awai sejam dari Msia. Kami terus amik teksi ke destinasi kami di Pekan Krabi. Kat airport tu besepah2 tempat book teksi pi ja kat kaunter amik dan pilih je mana syarikat teksi yang kita suka. Akak pilih Andaman. Dari airport KNO ke hotel kami Ban To Guesthouse yang terletak di Pekan Krabi hanya 350 Baht. Lebih kurang RM35 je satu teksi kami share 4 orang. Teksi Honda lagi. Murah sgt la tu....rasa2 akak ada lg murah kot kalau naik bas la. Malas fikir2 lagi kami amik teksi je. Dia bagi tiket macam kat bawah ni siap ada no lg. No tu la yang digunakan utk tgu teksi di tempat perhentian teksi. Mudah kan.





Tengahari tu naik teksi pi hotel rasa2nya boleh cepat sampai tetapi pemandu teksi tu bawa kami menyinggah merata untuk package ke Phi Phi Island lah dan macam2 lagi. Kami buat bodo je. Sbb tak tahu nak pi mana lagi. Pemandu tu bawa ikut jalan pintas ikut hutan2 kami pun seram je pada mulanya. Dia nak bawa kami pi mana ni lain macam je. Rupanya pi hotel kami yg mmg terletak dlm kampung sikit ada byk pokok2. Tersorok sikit hotel ni. Abang ipar akak dah mula bising, awat hang amik hotel apa ni??? Akak diam je buat2 pekak. Bila dah sampai baru dia puas hati bilik bersih dan kemas. Mmg hotel ni bersih. Tak besar sgt la hotel ni mat saleh dan mek saleh suka dok sini. Baan To Guesthouse.....RM267.48 untuk 3h2m. 2 bilik kelamin. Ok la. Jom layan gambaq bilik hotel dan fasilities yang ada.....ok la selesa.

Kakak ku Hjh Jamilah dan suaminya Hj Roslan Nain
Lobi guesthouse

 




Lepas solat jamak zohor dan asar kami turun ke lobi hotel utk tgk package naik gajah. Hai berani ka nak naik gajah pulak? Tak kira lah ye dah sampai terus nak cuba semua. Oooo rupa2nya kat hotel ni semua ada disediakan. Senang kan x pyh nak amik guide bagai. Hari ni kami naik gajah ja. Jam 5ptg baru pi tempat naik gajah. Kami pun setuju dgn harga sorg berapa RM dah lupa pulak dah. X igt lebih kurang RM..... Lepas dah confirm kami tanya hotel tempat mkn muslim kat mana? Org hotel bagi jalan dan kami jalan kaki lebihkurang 5 minit sampai kedai mkn muslim yg halal. Rasa lapaq bukan main sbb blm mkn tengahari lagi. Hmmm apa lg ode tomyam la kan mesti sdp giler sbb kat Thailand ni. Kami ode teh tarik, nasi putih, telur dadar dan tomyam. Mmg terbaik mkn kat kedai ni dekat ngan hotel kami. Sedap sgt2 dan murah. Mmg bebaloi. Kedai ni buka petang hga ke tengah mlm. Pagi tak buka ok.
Teh tarik yang kow kow





Lepas mkn cepat2 balik ke hotel semula sbb dah cukup masa utk ke tempat naik gajah. Van dah tersedia menunggu kami yang hanya 4org je ni. Perjalanan ke tempat gajah menagmbil masa lebihkurang 30 minit. Jauh juga no...... haaa dah sampai pun kat tempat naik gajah. Ni tgh tgu nak naik gajah ni......seram pun ada....tak biasa naik gajah..... mula2 takut dan cuak juga manalah tau kan mau gajah ni lari nanti abis kami. Bila dah naik mmg enjoy sgt2. Best! Mmg best...jom layan gambaq naik gajah.













Naik gajah lebihkurang 1jam selesai. Habis dah lewat petang kami pun nak pi pasar malam pulak kat Krabi Town. Alhamdulillah hotel kami kat Pekan Krabi jadi boleh pi pasar malam dia. Kami minta driver van antaq kami kat pasar mlm. Balik kami balik sendiri pi hotel. Driver tu siap tunjuk jalan kat kami ada mercu tanda billboard Toshiba. Belakang tu hotel kami la. Kami kena balik berjalan kaki. Dia kata dalam masa 10minit je sampai hotel. Mmg betui pun. Pasar mlm ni bukan tiap2 hari ada. Dia buka 3 kali seminggu kami bernasib baik kerana hari yg kami pi tu ada pasar mlm. Sbb hari kedua kami pi pasar mlm ni tak ada buka. Dia buka hari Jumaat, Sabtu dan Ahad je. Akak dapat pi sekali je pasar mlm ni. Jadi la. Pasar mlm ni mcm2 ada juai semua ada mmg best yang tak bestnya kurang makanan halal. Kami beli pulut durian, pulut mangga yang org muslim juai. Mmg sedap. Beli juga buah2an untuk mkn kat hotel.












Kami shopping kat pasar mlm tu harga boleh tahan la. Beli T-Shirt
 I LOVE KRABI RM10.00 satu helai. Itu je yang kami beli utk bg souvenir kat anak2. Malam tu kami balik ke hotel jalan kaki dan singgah makan malam kat restoran yang kami makan siang tadi. Restoran tu tokeh kedai dia org Ipoh. Restoran tu masa mlm lg happening ramai org mkn kat situ. Lepas makan mlm kami pun balik hotel dan zzzzzzzz. Tu lah citer akak hari pertama kat Krabi. Tgu sok akak akan ke Phi Phi Island pula.....tgu entry akak seterusnya ok....Bye.....

to be continue......
Salam sayang,




Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign