Sabtu, 12 Julai 2014

KUALA LUMPUR ~ ABU DHABI~ AMSTERDAM.....PERJALANAN KU BERMULA......(DAY 1)


Assalamualaikum semua pembaca budiman....semuga anda ceria dan sihat sejahtera. Di sini akak nak coretkan pengalaman akak ke Europe kali yang kedua. Pada tahun lepas 2013 akak dah pi Europe ni, masa tu musim tak menentu perubahan cuaca dunia pi masa spring tapi masih hujung winter lagi. Jadi tahun lepas kami tak berkesempatan nak pi tengok tulip di Keukenhof, Holland. Kami pelan lain sekali ni pi lewat sikit. 15 April 2014 hingga 04 May 2014. Dulu kami pi naik MAS terus direct ke London kali ni pi dengan Etihad Airways pulak. Kami akan transit di Abu Dhabi International Airport dan tukar flight ke Amsterdam, Holland.


Kami berenam yang mengikuti rombongan mak jemah ni. Sorry gambar blur sikit.


Harga tiket mmg dapat yang terbaik sebab booking awal iaitu bulan Oktober 2013 dah siap2 book tiket flight. Harga RM2,893.00 pergi balik. Ok la kan murah la. Sbb tahun lepas akak naik MAS harga RM3k lebih. Sekali ni kami pergi awal sikit sebelum kami ikut tour Expat Explore pada 18 April 2014 utk ke 10 negara Europe termasuk Europe Timur. Kami akan bermalam 2mlm di Amsterdam. Boleh la kami melawat tempat2 menarik di Amsterdam ni terutamanya Keukenhof. Di Amsterdam kami akan bermlm di LM Meiningger Hotel yang terletak di Amsterdam Sloterdijk. 2 malam dengan harga RM250.35 seorg.


Flight kami jam 3.25 pagi. Selepas terbang lebih kurang 8jam kami sampai di Abu Dhabi International Airpot lebih kurang jam 6.30 pagi waktu Abu Dhabi. Kami transit kat sini lebih kurang 3 jam. Ingat kot boleh la jalan2 cuci mata di Airpot Abu Dhabi ni. Rupa2nya tak sempat pun nak bergambaq pun kena cepat2 sbb nak kejar flight ke Amsterdam di gate lain di terminal 3. Dah la jauh berlari2 kami dan berjalan pantas. Kelam kabut la juga masa tu takut terlepas flight. Bila dah sampai baru rasa legaaaa......









Flight kami ke Amsterdam jam 9.30pg. Fly lebih kurang 6 jam lebih akan sampai di Amsterdam jam 2.40 petang waktu sana. Naik Etihad ni mmg best mewah makan. Mcm2 dapat makan sampai dah tak larat nak mkn. Lepas mkn sambung tdo balik. Sbb jauh lagi nak sampai Amsterdam. Akak layan juga cerita frozen katun tu. Best juga.








Kami sampai petang tu jam 2.40 ptg. Mula2 sekali kami cari macamana nak booking transport nak pi hotel kami. Kami pun pi dok tanya org dan depa tunjuk suruh pi booking kat connexxion mcm gambaq kat bawah tu. Kami amik suttle van utk ke hotel boleh la RM60 seorg. Perjalanan pi hotel lebih kurang 30 minit.



Lepas booking transport utk ke hotel terus pi booking tiket untuk ke Keukenhof pula. Esok kami nak pi tgk tulip kat Kuekenhof tu. Hati suda berbunga2....seronok nya. Kami ikut signboard ni tapi tak jumpa pula tempatnya. Tanya org lagi. Hah org tu ckp beli tiket ke Kuekenhof tu kat kedai buku rupenyer. Selesai beli tiket dgn harga 23Euro seorg. Korang kira sendirilah berapa RM no. Besok pagi kami kena datang sini semula utk amik bas di tempat yang disediakan utk ke Keukenhof tu. Jgn risau ada signboard dan dekat je. Lepas tu lega....baru boleh berposing sementara nak menunggu suttle van tu. Tiba-tiba......Cek Ra buat hal. Hampir menangis dia dan terus ajak balik Msia. Kami tanya pasai apa? Beg duit dia dan passpot dia hilang???? Astagfirullahhalazimmmmm.....macmana boleh hilang ni......Dia kat masa kat imigresen tadi. Kami pun terus berpecah pi cari dalam tempat tu semula. Cek Ra jaga beg. Dia dah tak terkata apa2 lagi....monyok je. Dah cari tak jumpa juga. Mood dah hilang.....dok pikir nak pi kedutaan ja nak repot. Sebelum tu kami pi repot dekat tourist information center dulu. Semuga mereka boleh contact kat dalam tu. Berdoalah kami semua supaya dpt jumpa balik benda Cek Ra tu. Kalau jatuh kat imigresen polis akan cari kita dan pulangkan kembali dokumen tu. Tapi kalau org dah amik leburlah semua. Sbb duit yg byk ada dlm tu.....adoi....pening kepala den. Sedang kami semua dok melengung tu. Kami nampak seorg anggota polis berjalan ke arah kami sambil membawa beg duit Cek Ra kami semua kenai beg duit kulit berwarna coklat tu Cek Ra punya. Alhamdulillah polis tu yg jumpa dan dtg cari kami pulangkan purse tu. Legaa.....Cek Ra dah mula senyum lebo....dia pun amik beg duit tu dan bagi pada polis tu duit sbb sanggup cari kami hantar paspot dan beg duit tu. Punya baik polis tu tak mau amik duit yg Cek Ra bagi utk dia. Last2 Cek Ra bagi juga baru dia amik. Ha baru rasa sedap hati.








Sementara tgu van sampai kami posing dulu kat perkarangan Schiphol Airport ni. Jom layan gambaq.......


Tgu van kat sini le....
 
 

 
   Van dah sampai terus driver van tu isi dan susun luggage dalam van. Seterusnya kami naik van dan terus menuju ke hotel utk check in hotel. LM Meininger.
 
 









Sampai hotel terus masak nasi nak mkn sbb dah lapaq. Malam tu kami tak keluar pun sbb dah penat baru sampai. Lepas mkn mlm kami pun zzzzzzz. Ok lah yer tu lah kisah hari pertama akak semasa di Amsterdam. Tunggggu...... esok akak nak pi Keukenhof pula. Tgu entry akak ok......bye dan selamat membaca.....


to be continue.........
Salam sayang,




Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign