Khamis, 19 Februari 2015

HONG KONG ~ NGONG PING VILLAGE 360 DAN CITYGATE OUTLETS (DAY 3 ~ PART 1)


Assalamualaikum semua pembaca yang budiman? Semuga semua sihat sejahtera di samping keluarga tercinta. Ok lah akak ni nak sambung lagi kisah jelajah akak kat HK ni. Pagi 26 Jan 2015 tu akak dan group nak pi Ngong Ping Village 360 yang terletak di Lantau Island. Seawal pagi akak dah bangun solat Subuh dan masak nasi untuk sarapan pagi dan bawa bekalan. Mana lah tahu kot2 nanti lapar pula. Bekalan dah siap ada kan. Kami semua turun awal seawal 7.30pagi. Waktu HK sama ja macam Malaysia. Bila dah turun ke lobi hotel tu ada la pulak 2 org lagi sahabat kami yang tak turun2. Adoi......dah lambat ni. Akak pun tepon la depa.....aish depa tu mandi pun belum lagi. MasyaAllah.....depa boleh kata tak tahu pagi ni nak kuar jam berapa. Mai dari jauh2 tak kan nak dok dlm hotel je kot....hish hish. Kami yang lain pun sementara tunggu depa tu sakan la dok bergambaq diseberang jalan depan hotel kami tu. Jom layan gambaq......







Surat khabar di HK diberi percuma je kepada orang awam.
Aik ada pekerja org Melayu pula cari duit nak tambang balik la tu.......





Penantian suatu penyiksaan.....dok tunggu lagi 2 org tak turun2 lg.

Cuaca pagi tu nyaman. Ok la. Bila semua dah ada kami pun menuju ke Stesen Tsim Sha Tsui ada dalam gambaq kat atas tu cer tgk. Dari stesen Tsim Sha Tsui ni kami akan ke Tung Chung stesen. Kena tukar line di Lai King stesen. Dari Lai King ke Tung Chung lebih kurang 30 minit je. Fee HKD14.90 guna octopus card. Sampai di Tung Chung Exit B ok. Jom layan gambaq.....

 




Sedap ja duduk tempat org cacat.




Exit ja pintu B tu terus nampak City Gate Outlets ni. Kami tak masuk pun sbb bukan kami nak shopping kat HK pun.  Jalan terus lagi untuk pi kat kaunter tiket cable car tu. Kami nak pi naik cable car. Nasib baik kami sampai awai. Orang tak berapa ramai lagi. Tapi kena Q la juga. Sejam juga Q. Jom.....













Kat Cable Car ni ada juga jurufoto Ngong Ping Village ni amik gambar untuk dijual. Depa mmg buat duit sungguh dijualnya gambar2 tu dengan harga HKD500. Depa letak dlm frame lah, dlm kristal lah dan juga depa buat keychain gambar kita tu untuk souvenir. Kami semua tak beli pun.....mahai le....



Ngong Ping Village Opening Hours:
Weekdays10:00am - 6:00pm
Weekends & Public Holidays9:00am - 6:30pm
Scheduled Servicing Days#
Cable Car Service is closed for scheduled maintenance.
The Themed Village remains open.


Ticket Price and Packages


ItemsAdultsChildren *
(aged 3 -11)
Seniors
(aged 65+)
Ngong Ping Cable Car Experience
Ngong Ping Cable Car Experience
Round Trip
Standard Cabin$165$85$115
Crystal Cabin$255$175$205
1+1 Standard & Crystal
Round Trip Cable Car
$230$150$180

Single Trip
Standard Cabin$115$60$80
Crystal Cabin$180$125$145

Terdapat 2 pilihan Cable Car yang boleh kita pilih untuk naik. Satu Cable Car Standard (Biasa) dan kedua ialah Crystal Cabin Cable Car, yang menggunakan kaca sebagai tempat pijak kaki kita sehingga kita dapat menikmati pemandangan yang berada tepat di bawah kita jika ada orang yang sakit jantung ka atau gayat tidak disarankan untuk menaiki cable car jenis ini, begitu juga untuk wanita yang mengandung. Perjalanan memakan masa selama lebih kurang 25 minit, akan membawa kita melewati laut dan hutan, sebelum akhirnya tiba di Ngong Ping Village. Adventure kan....

Di Ngong Ping Village, kita akan menjumpai beberapa spot menarik seperti Walking with Buddha, The Monkey’s Tale Theatre, The Ngong Ping Tea House, hingga International Cable Car Gallery. Di ujung Ngong Ping Village, kita akan menjumpai Big Buddha (yang biasa disebut juga Tian Tan Buddha) setinggi 34 meter dan seberat 250 ton. Jika kita nak naik kena daki anak tangga sebanyak 240 anak tangga. Tinggi weh....kami tak pi tgk patung tu pun.......kena bayar tau HKD28 seorg......jom layan gambaq......








Sempat makan bekai atas cable car....tu la pagi tadi x mau sarapan Eyka ni.
































Yang lambat tu hujung belah kanan dan hujung belah kiri.....he he he elok pulak tu dok.


Kat Ngong Ping Village ni pun ada juga kedai-kedai yang menjual souviner, kasut, hand bag dsbnya. Mcm2 ada jika yang nak bershopping lah ye. Ok lah ye sampai disini dulu....lepas ni kami turun untuk pergi ke Disneyland pula. Tunggu ok entry akak seterusnya ke Disneyland dan Masjid Ammar.....ada cerita di Masjid Ammar.....jeng jeng jeng.....tguuuu.....


to be continue......

Salam sayang,





Komen
2 Komen

2 ulasan:

Jamaliah Ahmad berkata...

..

Jomjalan Sanasini berkata...

Assalamualaikum sis, boleh inform berapa budget utk seorg?

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign