Khamis, 26 Mac 2015

URAP DAUN SELOM DAN ULAM RAJA KECOR AYO LIO.....

Assalamualaikum  semua  pembaca  yang  budiman. Hari ni akak nak buat urap. Daun selom dan ulam raja ada tuan Hj tanam kat luar rumah tu. Just petik dan buat urap. Urap ni kan kalau org belah utara tu panggil kerabu. Sedap sangat kerabu ni. Hmmm puji sendiri  no....



Bahan-bahannya:-

Secekak daun selom (agak2 le)
Daun Ulam raja dalam 15 pucuk
Sekuntum bunga kantan
Selabu bawang besar
Cili api 20 biji (dihiris)
2 Biji cili merah + 4biji cili api + sedikit belacan (ditumbuk)
Sedikit air asam jawa
Ikan bilis sedikit ditumbuk.
Secubit garam
Kelapa separuh biji digoreng kering


Cara-cara membuatnya:-

1. Mula2 goreng kelapa tanpa minyak agak2 kekuningan tu angkat. Kelapa ni jika tak mau digoreng pun tak apa juga just tumbuk dengan cili je. Macam sambal kelapa tu.

2. Daun2 ulaman tu dihiris hiris je

3. Bawang besar, cili api, bunga kantan juga dihiris2

4. Bahan yang ditumbuk tu seperti cili merah, cili api dan sedikit belacan. Buat macam sambal belacan tu.

5. Ikan bilis pun ditumbuk juga

6. Akhir sekali satu kan semua bahan2 yang dihiris tadi dan gaulkan semua. Perah air asam jawa dan gaul lagi. Masukkan garam dan rasa le ok.

Sedia di makan....sedap...
 

Sebenarnya resepi ni mak akak yang ajar. Jadi sebelum akak lupa akak abadikan lah ia dalam blog akak ni supaya semua orang boleh kongsi bersama.  Begitulah juga jika puan2 nak buat urap menggunakan segala pucuk ulaman seperti pucuk kaduk, pucuk mengkudu, pucuk paku dan lain2 pucuk lagi caranya sama je seperti ini. Selamat mencuba ok.  Bye.....


Salam sayang,

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign