Khamis, 24 Ogos 2017

INDIA-NEW DELHI-SRINAGAR-SONAMARG-JAMMU-KASHMIR-AGRA ~ DAY 1

Image may contain: sky



No automatic alt text available.
 
Image may contain: food and indoor

Assalamualaikum semua, lama aih akak tak taip ni rasa nya dah dekat-dekat setahun dah. Cerita Guilin pun tak siap lagi dah dok buat cerita India pulak. Betoi la kan.... penyakit malas dan kekangan masa dan tugas2 hakiki tak mampu akak nak menaip. Sorry na.  Ni nak cerita kat hampa dulu pada 16 hingga 23 April 2016 tahun lepaih no akak pi India. Pi ngan Syarliz Travel Group memang bebaloi tau. Tu la kan bila syarliz buat trip ni akak dok pikiaq nak ajak sapa tak tau la kan. Tiba2 teringat kakak akak yang sorg ni....masa pi Guilin hari tu pi dgn dia dan berkenalan semasa di Guilin. Bila ajak dia Alhamdulillah berhasil. Kak Azizah Hassim ni nak ikut. Seronok la akak sebab dah ada geng.  



Baru berkenalan semua tapi dah macam lama kenal. 
  


Ni la kakak saya Kak Azizah Hassim

Akak pi naik Malindo Air, first time naik Malindo not bad kapal terbang luas makan sedap. Perjalanan ke New Delhi mengambil masa 5jam. Kami sampai di Indra Ghandi Airport lebih kurang tengahari jam 12.30 th.
@
Baca syarliz punya blog lagi senang tak payah akak nak cerita lagi kan.....

Hari pertama sampai ni Leez bawa kami pi lunch dulu. Makan memang sedap akak memng suka makan masakan kari ni. Pappedom tosei dan lain2 lagi, kemudian solat dan seterusnya sight seeing sekitar New Delhi. NewDelhi ibu negara India. Penduduknya memang cukup padat. 


Lunch kat sini







India Gate






Matawang India Rupee

India Gate ini merupakan monumen yang dibina untuk mengingati 90 ribu tentera India yang gugur semasa perang dunia pertama. Di dinding India Gate ini tertera nama-nama pasukan tentera yang gugur itu. Manakala di bawahnya di antara kedua kaki India Gate ini pula terdapat api yang terus menyala yang dikenali Amar Jawan Jyoti. Bila kita tengok monumen India Gate ini seolah-olah seperti Arch De Triomphe di Paris. Di kawasan persekitaran India Gate ini banyak terdapat penjaja-penjaja yang menjual souvenir. Harga memang murah sangat2 beli ler tak rugi ok.





Kami juga dibawa menziarahi Masjid Jamia (Jama @ Jami) atau Masjid Cermin Dunia adalah sebuah masjid utama dan tertua di India. Masjid ini didirikan oleh Shah Jahan. Masjid terbesar ini dapat menampung seramai 25k jemaah semasa solat Jumaat. 

Ibu negeri India ialah New Delhi. Penduduk di sini yang paling padat sekali di India. Tak heran lah kita boleh tengok macam2 gelagat dan karenah orang2 India ni. Malam tu kami dinner di Asia Kitchen dan seterusnya check in hotel pada malam tersebut. 
Akak rasa sangat2 beruntung dapat jejakan kaki di bumi India ni kerana dapat melihat budaya masyarakat India yang memang cukup2 meninggalkan kesan dalam jiwa raga akak. Haaa korang kena pi tengok sendiri Negara India tu baru happening kan. Macam2 ado.....



Hotel ni yang kami bermalam pada malam pertama kami sampai. Akak dah tak ingat nama hotel apa. Memang tersangat letihnya dan malam tu akak tidoq tak jaga dah esok pagi2 nak usung beg lagi nak pi naik domestik flight ke Srinagar pula...... bye......zzzzz


to be continue......

Salam sayang,






Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign