Aku ingin abadikan perjalanan ku ke Pulau Karimun di entry ini. Aku pernah menjejakkan kaki ku ke Pulau Karimun satu ketika dahulu. Aku pergi dengan menaiki feri daripada pekan Kukup, Johor. Kukup merupakan sebuah mukim yang terletak di selatan negeri Johor, di dalam daerah Pontian berhampiran Pontian Kecil, Tanjung Piai. Kukup mempunyai sebuah jeti dan feri menuju ke Pulau Karimun di Indonesia. Kukup di bawah pentadbiran PBT Majlis Perbandaran Pontian, Johor.
Me@Jeti Kukup. |
Kami bertolak lewat malam dari Kuala Lumpur menaiki bas persiaran yang disewa ke Jeti Kukup. Sampai diawal pagi sambil menunggu perkhidmatan feri dibuka kami minum pagi dahulu di Terminal Feri Kukup. Setelah membeli tiket RM85.00 pergi balik kami bertolak ke Pulau Karimun yang mengambil masa satu jam untuk sampai ke sana daripada Jeti Kukup.
Dalam feri |
Jeti Tanjung Balai Karimun |
Tidak lah istimewa sangat Pulau Karimun ni jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain di Indonesia. Tapi boleh le jika nak luaskan pemandangan tengok tempat orang. Yang istimewa di sini hmmm...urutan tradisionalnya...huh sungguh hebat. Tiap-tiap hari aku mengambil kesempatan membelai badan di bilik hotel. Urut selama 2jam sangat-sangat happening...segar dan sihat. Hmmm puas.
Munsi dan Zana. |
Puas kami naik beca di pulau ini.....bas tak nampak la pulak cuma yang ada beca je.....ojek ada la....
Me & Masahila. |
Shopping....memang la acara paling best sebab yang pergi ni....semuanya jutawan segera. Tapi kebanyakan kedai-kedai di sini menjual pakaian lelaki sahaja seperti seluar jeans, bag dan kasut kulit. Pakaian wanita ada juga tapi tak banyak. Aku ada juga membeli seluar jeans Mercedes yang hingga kini masih elok dipakai.....cuma lusuh sedikit le....murah sangat lebihkurang RM45.00 sehelai.
Kami tinggal di Hotel Rasa Sayang. |
Memang best pergi melancong ni. Kita dapat melihat budaya satu-satu masyarakat di tempat tersebut. Saya juga merasa puas dengan percutian kali ini. Jika ada ruang dan waktu saya akan pergi lagi ke Pulau Karimun, Tanjong Balai ni. Ok then.....bye...PERMISI BU hingga berjumpa lagi di entry yang lain.