Dalam keretapi dr Bedford ke London. Kami berlapan Kak Miss, Mak De, Kak Meen, Yaya, Che Det, Kak Ra, Kak Moon dan Me, |
Sambil berjalan kaki ke Hotel sempat berposing dulu.....
Dah sampai hotel.......Ni la hotel kami duduk kat London. YHA London Thameside, 20 Salter Rd, London, Greater, London SE16 5PR, United Kingdom. |
Boleh tahan le hotel kami ni murah je....RM112 semlm. 4org sebilik. Tdo 2mlm je..... |
Selepas check in hotel kami pun kuar bejln kaki lagi utk ke stesen keretapi. Kami akan pergi ke Madame Tussauds, Bays Water dan Oxford Street tempat shopping la depa kata murah kat situ. Mula-mula pi Madame Tussauds kami tak masuk pun sbb ada juga group kami yang tak nak masuk kerana mahai depa kata. Baut apa masuk hanya nak tgk patung2 lilin buatan tu je....bila nak amik gambaq kene guna perkhidmatan camera man dia dan kene bayar lagi. Tak bebaloi kan...kan...kami pun posing amik gambaq kat luar je le....jadi la...merasa la jugak pijak Madame Tussauds tu. Masa tu hujan renyai2 telah turun adoi punya la sejuk mak ai sampai ke tulang itam chek no.
Berjalan kaki sesaje....byk berjln luas pandangan.... |
Sistem keretapi di London ni gunakan Line macam2 line yang mengikut warna ada. Kita boleh ikut warna apa utk ke destinasinya. Antara nya:-
Biru Piccadilly Line
Hijau District Line
Kuning Circle Line
Coklat Bakerloo Line
Merah Central Line
Pink Hammersmith & City Line
Terqois Waterloo & City Line
Hitam Northern Line
Unggu Metropolitan Line
Silver Jubilee Line
London Tube Map ni boleh didapati di stesen Underground secara percuma. Tau dgn tak tau je nak bace map tu...akak ni mmg tak pandai lansung la sikit2 boleh le.....
Ni la Yaya kami nye taiko yg bawa kami jalan2 gi Europe tu....asyik tgk peta je....TERBAIK. |
Hujan beb....hujan.... |
Pas dah beposing depan Madame Tussauds tu kami pi pula Bayswater sempat jugak beli payung I LOve London sbb hujan. Kami jalan sungguh hingga ke malam byk tempat kami pi terutama tempat shopping. Malam tu la kami shopping sakan beli T Shirt untuk kenangan dan beli key chain utk suoviner. Boleh tahan la juga harganya. Dek kerana hujan sepanjang malam sejuknya bukan main main terlalu sejuk gediii...akhirnya kami dah penat dan singgah makan di restoran Turkey yang halal. Sedap gak nasi dia....lapaq mkn je la....1 pinggan tak kongsi pun kali ni sbb lapaq sgt....
Malam tu kami dah pancit tak larat jalan dah sbb yg pi trip ni pun semua golongan yg dah pencen jd lutut pun dah sakit bila ckp nak balik ke hotel naik underground depa semua tak mau sbb terlalu byk kene naik tangga...kesian pulak jd kami semua setuju balik ke hotel naik bas. Akhirnya kami selamat sampai kat hotel. Awal juga kami sampai kerana berkejar masa utk jumpe DrRaz dan Hazwan yang hantar beg kami ke hotel malam tu. Kami juga poskan barang2 yg kami shopping siang tadi utk diaorg bawa balik ke Bedford. Selesai amik beg kami semua berehat untuk hari esoknya pulak. Esok kami akan pergi ke London Bridge, Tower of London, Big Ben, London Eyes, Buckingham Palace, Harrods dan Oxford Street. Tgu tau nti akak citer lagi....jika ade masa la....cibuk cikit nak PRU13 ni....hi..hi..hi........
To be continue........