Selasa, 29 Oktober 2013

HONEYMOON KE BALI 2-5 OKTOBER 2013(DAY 2 PART 1)

Hari kedua kat Bali ni dah bangun awal2 pagi dan terus keluar gi jenjalan kat pantai Kuta. Tak la cantik mana pun pantai nya kotor lg ada sbb ada benda2 yang org2 Hindu Bali tu sembahyang ditinggal je kat pantai tu. Taik anjing belambak2...kebersihan kurang kat pantai ni. Ntah lah agaknya akak pi pantai yang port dia yang tak berapa elok kot.






Dah penat jalan balik ke hotel semula tgu Pak Yuyun dtg amik utk gi sarapan pagi. Pagi tu kami bersarapan di Warung Pojok Segitiga Emas. Makan pagi kat sini mmg sedap nasi berlauk mcm kat bawah ni. Harga pun berpatutan. Sarapan pagi 4orang baru IDR167,500.







Selepas sarapan kami dibawa ke kilang membuat batik. Hish mahai2 batik nya tak termampu beli. Rasa2nya batik kita kat Terengganu tu lagi menarik. Jalan2 jer cuci mata. Daerah ni adalah daerah Batu Bulan. Semua perusahaan kat daerah Batu Bulan ni membuat batik.


Pas tu dibawa pergi ke kedai painting. Org membuat lukisan tangan di daerah Lot Tunduh. Kedai nya mcm terpencil je dan tak de org yang nak dtg utk beli pun. Lukisannya mmg cantik2. Tapi mahai bukan main. Tak beli pun tgk jer le.....jom layan gambaq.


Selepas tgk painting dibawa melalui daerah Celuk tempat org membuat silver. Tapi kami tak singgah pun. Pastu ke daerah Mas Desa tempat perusahaan ukiran kayu tak singgah juga sbb nak pi Tegallalang ni kene lalu daerah2 tersebut. Akhirnya kami sampai di Tegallalang. Tempat sawah padi ditanam berteres di lereng bukit. Cantik sangat kat sini. Nyaman dan tenang sbb padi masa tu sedang menghijau. Ada juga tempat2 jualan tapi akak tak beli pun sbb tak minat sgt. Yang minat tu pacthwork dia tu tapi mahal dan kalau nak bawa balik pun tak muat beg. Jadi x beli ler....



Kat sini ada juga dijual lukisan yang harganya jauh lebih murah dari rumah kedai tadi tu. Ntah lah tak tahu nak menilai kualitinya. Tahap lukisan nya yang unik tu macam mana. Nampak mcm sama je. Dilukis atas kain kanves menggunakan cat minyak. Sungguh cantik lukisan2 tu. Sejuk jiwa memandang.....

Destinasi kami seterusnya ke Kintamani utk tgk gunung Batur. Gunung berapi yang masih aktif. Kami dibawa makan di Restoran Batur Sari sambil menikmati keindahan gunung Batur. Sgt2 cantik sekali permandangan di sini. Kami sempat juga bergambar berlatarbelakangkan gunung dan tasik Batur. Kat sini kami tak mkn nasi pun. Kami makan buah2an sahaja.Selepas makan buah2an terus solat di Musolla yang disediakan ditingkat bawah restoran ini.





Sepanjang jalan ada jual buah2an tempatan.

Kami kemudian dibawa ke tempat memproses kopi. Dapat minum kopi free gitu. Tapi kami tak beli kopi pun. Rasa2nya kopi kat Msia lagi best kot. Jom layan gambaq......
















Lepas tu kami pulang ke Kuta semula untuk makan tengahari yang agak lewat sbb dekat Batur Sari Kintamani tadi kami tak mau makan kerana kenyang lagi semasa sarapan pagi tadi. Jadi bila sampai kat Kuta kami pun dibawa ke Restoran Sederhana Bintaro Nasi Padang. Makanan mmg sedap masakan padang. Kami makan sampai puas. Lauk yg tak mahu dimakan jgn diusik nanti kene caj. Ok juga restoran ni harga berpatutan.



Selepas makan ni baru lah kami pergi shopping.....tgu ye entry bab shopping kat Bali ni sbb akak dah ngantuk nak tdo dulu....bye...good night....
Salam sayang,






Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign