Assalamualaikum semua, semasa akak berkursus ke Melaka pada Jun 2013 akak berpeluang untuk jalan2 pusing2 kota Melaka Bandaraya bersejarah ni. Negeri Melaka ni jika kita tgk mmg terkenal dgn sejarahnya. Sejarah pemerintahan Kesultanan Melaka yang gah pada satu masa dahulu. Bangunan2nya yang bersejarah dan byk lagi. Bandar Melaka merupakan ibu kota Negeri Melaka yang terletak di Melaka Tengah merupakan bandar terbesar di Negeri Melaka. Tak heranlah jika UNESCO telah mengistiharkan Bandaraya Melaka ini sebagai Tapak Warisan Dunia.
Tengahari tu sampai Melaka dah tengahari. Apa lagi cari makan la. Apa yang special kat Melaka ni? Haaaa asam pedas Melaka.....mesti sedap kan......Negeri Melaka juga terkenal dengan asam pedasnya. Akak sempat makan tengahari dengan lauk asam pedas ikan tenggiri. Mmg sungguh sedap sekali. Asam pedas Melaka ni dia letak halba....rasanya lain sikit daripada asam pedas Johor dan Negeri Sembilan. Tapi mmg uuummmpphhhhh lah. Hmmm sebenar nya akak mmg suka mkn asam pedas.....my favorite....Lepas makan tengahari singgah pula minum coconut shake kat Pantai Klebang. Memang puas makan hari tu....kalau nak tahu citer pasal Klebang Original Coconut Shake sila klik di sini .....jom layan gambaq.....
Bangunan yang bewarna merah tu di panggil Stadthuys dalam bahasa Belanda bermakna Dewan Perbandaran. Ia merupakan sebuah bangunan bersejarah yang terletak besebelahan dgn gereja Christ di Jalan Laksamana, Melaka. Bangunan ini pada masa dulu didiami oleh Gabenor Belanda dan Timbalan nya. Struktur bangunan ini melambangkan senibina rekabentuk Belanda yang halus yang telah dibina pada tahun 1650. Di bangunan ini terdapat Muzium Sejarah dan Etnografi, Galeri Laksamana Cheng Ho, Muzium Sastera, Muzium Pemerintahan Demokrasi dan Muzium Yang Dipertua Negeri Melaka.Di sini dipamirkan pakaian pengantin tradisional dan artifak dari zaman kegemilangan Melaka.
Lepas makan tengahari kami ronda2 dan pusing-pusing Bandar Melaka ni. Mmg ramai org dan pelancong2 luar yg dtg melawat Melaka yang bersejarah ni. Akak tertarik dengan dekorasi becanya yang indah dan menawan ada pasang lagu lagi.....yang tak tahannya lagu hindustan.....woish sedap telinga mendengarnya cukup terhibur.
Ihsan dari Wikipedia
Dataran Pahlawan di Bandar Hilir adalah tempat perhimpunan apa-apa acara keramaian yang diadakan oleh kerajaan Negeri Melaka. Di hadapan dataran ini terdapat Memorial Pengistiharan Kemerdekaan Malaysia. Di sini lah tempat paling bersejarah yang terjadi apabila rombongan Merdeka yang diketuai oleh Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang baru pulang dari kota London yang mana beliau telah mengumumkan tarikh kemerdekaan Malaysia pada 31hb. Ogos, 1957. Di bawah dataran ini terdapat sebuah pusat membeli belah iaitu Dataran Pahlawan Megamall, Carrefour dan panggung wayang Golden Screen Cinemas. Bertentangan dengan Dataran Pahlawan terdapat sebuah lagi pasaraya iaitu Mahkota Parade dan sebuah hotel di sebelah dataran iaitu Hotel Equatorial Melaka, Kota A Famosa dan Menara Taming Sari terletak berhampian dengan Dataran Pahlawan ini.
Muzium Samudera merupakan replika kapal Flor De La Mar yang dibina pada awal tahun 1990 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia pada masa itu iaitu Y.A.B. Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 13hb. Jun, 1994. Muzium ini terletak di Jalan Quayside berhampiran Sungai Melaka. Muzium ini dibina berdasarkan replika Kapal Portugis yang berukuran 34m tinggi, 36m panjang dan 8m lebar. Pameran di muzium ini memaparkan perkembangan perdagangan dari zaman kesultanan Melayu Melaka hingga ke zaman Kolonial Portugis Belanda, Inggeris dan era penaklukan Jepun di tanah Melayu. Turut dipamerkan ialah lukisan, peta lama, model kapal dan artifak berkaitan maritim dan perdagangan di Melaka.
Kat Negeri Melaka ni akak mmg tersangat tertarik dgn beca-beca yang dihias berbagai rupa. Sangat2 menarik disulami dengan lagu2 dendangan bermacam2 artis Malaysia dan luar negara. Sungguh kreatif si Penarik Beca di Negeri Melaka ni. Sesiapa yang ingin menaiki beca ini dikenakan bayaran yang berpatutan dan mereka akan membawa kita pusing-pusing kota Melaka. Memang best dan sangat2 terhibur. Selepas ronda2 Kota Melaka tu akak barulah mencari hotel yang akan akak menginap utk check in. Iaitu di Queenpark Hotel. Hotel ni ok dan selesa serta bersih walaupun bukan terletak ditengah2 bandar. Boleh ler....utk tdo satu hari sahaja.
Selepas berehat di hotel, sebelah petang akak kuar lagi merayap rayap ke kota A Famosa pula. Jom layan gambaq.....
Wan Azamimi my friend |
Porta De Santiago (Pintu Santiago) |
Kota A Famosa bahasa Portugis yang bermaksud 'Yang termashur'. Telah dibina oleh orang Portugis pada tahun 1511 sebaik saja Portugis dapat menawan Melaka. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan senibina Eropah yang tertua yang masih ada di Asia. A Famosa ini dibina atas arahan Alfonso De Albuquerque. Selepas penaklukan Portugis, Belanda pula menakluki Melaka dan kemudian oleh British dan akhirnya Belanda amik balik.
Penat gak la naik bukit kat Kota A Famosa tu...naik tangga turun tangga. Tapi tak pa kan riadah sikit sbb lama tak excersize pun. Lewat petang akak dah balik ke hotel untuk rehatkan diri. Selepas solat Magrib turun semula utk jalan-jalan cari makan. Kenyang mlm tu balik hotel dan zzzzz....sok stat seminar....ok lah selamat membaca. Semuga enjoy.....da...daaaaaa.
Salam sayang,