Isnin, 11 November 2013

HONEYMOON KE BALI(DAY 3)








Hari ketiga akak pergi Bedugul. Satu kawasan peranginan di tanah tinggi. Di Bedugul ni terletak sebuah kuil Ulun Danu yang lokasinya ditepi tasik yang dahulunya kawah gunung berapi. Tasik ini dinamakan Tasik Beratan. Permandangannya? Wah sungguh mengasyikkan sekali sgt cantik bumi Allah jadikan untuk kita merasai nikmat keindahan alam semula jadinya dan kita sebagai hambaNya patut rasa bersyukur dengan nikmat Allah ini. Cuaca pada masa tu sejuk dan udara yang nyaman sekali. Melihat keindahan danaunya yang luas membuatkan hati tenang sekali sambil menyedut udara yang bersih di Bedugul ni.











Semasa akak pergi tu ada upacara adat yang rata2 org2 Hindu sedang membuat acara sembahyang dengan penuh adat mereka. Terlalu ramai orang jadi agak susah juga akak nak bergambar di lokasi2 yang menarik di sekitar tempat ini. 

Pintu masuk ke Tanah Lot


Akhir sekali pada sebelah petang akak pergi ke Tanah Lot pula yang mana kuil nya terletak di tengah2 laut. Jika air pasang tak boleh turun kat kuil tersebut, semasa akak pi air surut dan boleh lah bergambar di bawah kuil itu. Subhanallah sgt cantik permandangan nya. Orang kata kalau datang ke Bali ni tak pergi Tanah Lot tak sah. Betui ka? Rasa akak idak le begitu....suka hati le nak pi pun boleh tak nak pi pun boleh. Jom layan gambaq...








Di sini akak bersantai makan jagung bakar dan air kelapa sebelum solat di salah satu shopping komplek yang menyediakan tempat untuk kita bersolat. Rata2 gerai souviner ditepi2 jalan murah2 juga harganya kena pandai tawar menawar.







Balik dari sini akak pi makan seafood lagi kat Jimbaran tu sbb sedap. Makan ketam yang kepit dengan playa....ha..ha...ha...puas makan sambil2 tgk sunset gitu....Lepas tu balik ke Kuta Square  yang dekat dgn hotel akak. Kami window shopping lagi sbb esok dah nak balik Msia dah. Mlm tu ada la beli buah tgn sikit utk kengkwn dan famili. Lepas penat jenjln balik hotel dan bum bum....zzzzzzzzzzzz. K babai....tgu esok entry last kisah di Bali ok.....

Salam sayang,




Komen
2 Komen

2 ulasan:

Azie berkata...

Ah salam Jam,
Rate Pak Isme tu utk brp jam sehari?

Jamaliah Ahmad berkata...

Azie budak yg bawa i tu nama dia Yuyun Bokhari muslim org pak isme juga. Baik budaknya. Dr pg hga mlm. Ikut kita la ckp dan bincang dgn dia.

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign