Isnin, 30 Disember 2013

AUTUMN IN TOKYO (DAY 6)


Assalamualaikum semua....huaaa lama akak tak hapdet blog ni. Hai akak baru balik bercuti 5h4m pi shopping2....tgu la entry akak nanti ok. Lepas tu dah domam pulak den ni. Faktor umur kan bila berjln jauh sikit mcm2 sakit datang. Haaa sekarang akak dah sihat dah baru ada mood nak mengarang ni. Jom...layan...

Ok lah bebalik citer Jepun hari tu kan yang tak abis2 lagi ni.....pagi hari ke 6 tu kami keluar awai sikit. Sbb yang no satu nak pi cari hotel Asakusa View Hotel sbb petang nanti kami dah nak pi ke airport dan kena amik shuttle bas kat hotel ni. Kami jalan cari hotel tu tanya org sana sini, kami tanya KOBAN juga rupanya dekat je dgn hotel kami duduk tu Agora Place Asakusa. Tapi kalau berjalan tak bawa beg tak lah jauh sgt. Bila dah heret beg nanti baru terasa jauh. Bila kami dah jumpa hotel tu terus booking tiket dan amik shuttle bas jam 6.10 petang. Flight kami malam nti jam 11.45mlm. Jadi kami amik keputusan nak amik teksi utk pi ke Asakusa View Hotel tu petang nanti. Baru lega satu bab dah settle utk ke airport. Baru ada rancangan pagi tu sbb masa panjang lagi......jom layan gambaq.....














Masa nak pi Asakusa View Hotel tu kami jumpa restoran ni PANAS. Tapi tak tau la halal ke tidak sbb masa tu pagi lagi restoran tu tutup lagi. Saje je amik gambo.....Indian Spice Restaurant.


Kami berjalan semula ke Tawaramachi Station untuk pi ke Imperial Palace. Dari Tawaramachi(Ginza Line) kami ke Nihombashi kemudian tukar ke Tozai Line untuk pi ke Otemachi. Tiket harga 160yen. Lebih kurang 16minit kami sampai di Otemachi. Berjalan kaki agak jauh juga untuk ke Imperial Palace ni. Sempat juga bergambag di Palace Hotel Tokyo hotel mewah tu. Semalam seribu lebih....kuang kuang kuang....rugi kalau tak posing dulu. Lintas jalan nampak Imperial Palace. Dekat sangat ngan hotel ni. Sesampai je alangkah keciwanya kami istana tu tutup pulak. Sebab kelmarin ada cuti kebudayaan sambung ke hari yang kami pi tu tutup...hmmm tak dak rezeki kami nak masuk istana tu....Frust. Kami sempat mengambil gambar di luar kawasan istana sahaja. Jadi lah rezeki kami setakat tu je....












Lepas tu kami berjalan cari subway ke Odaiba. Sambil2 berjalan kami jumpa ni dan terus bergambar sbb cantik sgt2. Kreatif org2 Jepun ni. Jom layan gambaq.....







Misi kami seterusnya....Odaiba...sebuah pulau buatan oleh org Jepun ni. Kami pun bergegas cari line subway mana yang nak pi Odaiba ni. Dalam maps Metro Tokyo subway ni tak de pun tunjuk jalan nak ke Odaiba ni. Kami tanya orang juga. Bila dah dapat info baru kami terus cari line mana yang nak ambil dan tgu je train sampai dan naik ke destinasi seterusnya Odaiba. Dari Otemachi kami kena amik  Chiyoda Line ke Hibiya pastu amik Yurakucho Line pi Shin-kiba...dari Shin-kiba kami amik Rinkai Line turun kat Tokyo Teleport. Tunggu free bay suttle bus. Hah boleh le pilih nak turun kat mana pun ikut suka lah kat Odaiba ni macam2 ada.























Macam2 ada di Odaiba ni. Madame Tussauds, tak masuk pun hanya bergambar kat luar je sbb kekangan masa.







Rainbow bridge....ada patung statue of liberty lagi. Tapi tak sempat nak bergambar sbb nak cepat.Odaiba ni luas sgt tak larat nak berjalan kalau org mcm kami la.....faktor umur kan.....jom layan gambaq.....




Kat Odaiba ni kami lama bergambar di Tokyo Trick Art Museum. Jom layan gambaq.......














Ferris Wheel

Sebenarnya kami mmg terkejar2 mengejar masa semasa di Odaiba ni. Tak cukup masa kalau kita nak pi hanya beberapa jam je. Sekurang2nya kalau nak ke Odaiba ni mestilah dari pagi hingga ke malam baru boleh semua tempat pergi. Kami ni hanya tangkap muat je. Mana yang sempat lah. Ini lah tempat2 yang kami sempat pi. Ada tempat tak masuk pun hanya bergambar je. Jadi lah kan.....Alhamdulillah





Bila dah cukup masa di Odaiba kami semua baru teringat belum shopping souvenir lagi. Kami bergegas cari train dan balik ke Asakusa Station(Ginza Line) utk ke Kaminarimon Gate~Nakamise Street~Sensoji Temple depa kata kat situ harga souvenir murah2. Apa lagi kami terjah dgn jalan yang laju giler nak kejar masa. Bila dah jumpa jakun jap sbb kiri kanan kedai jual souvenir punya la ramai org weh....sebab hari minggu kot. Murah apa mahal juga weh. FM RM12, Baju i love Tokyo RM30. Mahai la tu. Beli jugak lah satu dua utk buat kenangan kan.....Ada yang murah tapi kain kurang kualiti sikit. Jom layan gambaq....









Petang tu dah habis beli souvenir terus gi kedai Saray Kebab lagi beli bungkus nak bawa ke aiport nanti. Kami blm makan pun. Pak Berahims yg kami bawak dah habis. Lapaq bukan main la. Hah apa lagi tapau Saray Kebab sorg dua...nah hai...sambil2 jalan tu ternampak lancha ni. Sungguh unit sgt. Masih terdapt kat Tokyo ni. Cian org yg tarik lancha ni mesti penat kan....

Ok lah ye selepas beli kebab buat bekalan kami balik ke hotel Agora Place Asakusa untuk amik beg dan terus gi ke Asakusa View Hotel utk naik suttle bas kami. Hingga sini dulu coretan akak ye sok kita sambung lagi k. Tgu entry akak.....Sayonara Tokyo pulak.....bye...
to be continue.....
Salam sayang,





Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign