Selasa, 31 Disember 2013

SAYONARA TOKYO.....




Assalamualaikum semua....salam ceria selalu....hmmm baru nak habis citer Autumn In Tokyo akak ni. Lega rasanya....Ok lah bebalik dari ptg yang kami pi shopping kat Nakamise Street tu lepas kami dah beli bekai Saray Kebab kami pun naik train ke hotel semula utk amik beg kami yang kami simpan kat Agora Place Asakusa Hotel tu. Sbb masa kuar di awal pagi tu kami dah check out. Kalau tak buat macam tu nanti kena bayar pulak. Sesampai je di hotel kami terus minta tolong reception hotel booking teksi utk kami pi ke Asakusa View Hotel. Sementara tu kami slow talk dgn org hotel tu nak tumpang guna satu bilik utk kami solat. Alhamdulillah baik nya org hotel ni terus bagi pada kami satu bilik. Janji jgn sepahkan bilik tu yg dah siap kemas cantik. Kami pun amik kesempatan yang ada buat la apa yang patut. Seusai solat terus turun amik luggage utk masuk ke dalam teksi dan terus bergerak ke Asakusa View Hotel. Sampai kat hotel tu dah gelap pun. Kami tgu suttle bas yang kami tempah. Tepat pada masa yang dijanjikan bas pun sampai alangkah terkejutnya kami bas yang sebesar besar tu hanya bawa kami 6 org je utk ke airpot. Hebat kan. Bila bas bergerak rupa-rupanya dia kutip kat hotel2 yang mana ada org nak ke airpot. Malam tu hanya ada 3 pasenger lagi yang dia kutip kat hotel di Tokyo ni. Ada yang pi Haneda Airpot ada yang pi Narita Airpot. Ni harga nya tengok lah sendiri ok....








Bila kami dah sampai kat airpot masih awal lagi. Yang utamanya kami pi nak tukar Suica card yang masih ada baki. Bila pi kat satu kaunter tu dia kata kaunter beroperasi hingga jam 6ptg je. Jadi tak boleh tukar utk dapatkan duit balik kecuali kena beli barang2 kat mana2 kedai di airpot ni. Hmm apa lagi di tgu kami shopping habis habisan lah beli souvenir lagi. Tinggai suica card tu je yang boleh digunakan bila2 nak pi Jepun lagi tapi kena topup lah.




Kami dah kelaparan terus buka bekai yang kami beli di Saray Kebab tu dan makan kat airpot. Buat alas perut nanti bila naik kapal terbang ada makan lagi kat atas kapal terbang nasi ayam dan nasi lemak pak naser. 





Bila sampai masa kami pun bound to KL. Dalam flight tu kami tdo je keletihan. Sedar2 jam 6.30pg waktu Malaysia dah sampai. Alhamdulillah save landing. Memang pengalaman akak yang paling menarik pi Tokyo pada musim Autumn ni. Cukup cukup puas hati. Rasa2 nak repeat lagi utk pi Osaka dan Kyoto pula. Tapi nak pi juga pada musim spring nak tengok cherry blosom. Perbelanjaan kasar kami semua lebih kurang RM3500 seorg termasuk tiket pi balik, hotel dan transpot serta souvenir. Boleh la kan pi sendiri je. Ok lah itu lah serba ringkas catatan pengembaraan akak dengan kawan kawan semasa kat Tokyo. Hingga berjumpa lagi di lain entry.....bye.......

Tamat.

 Salam sayang,



Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign