Ahad, 16 Mac 2014

TRAGEDI DI PARAPAT DAN BRASTAGI....DAY 3




Assalamualaikum semua.....kembali lagi bersua dalam entry akak kali ni. Sambungan di Parapat lagi. Pagi tu akak dan hubby mmg sudah bgn tersgtlah pagi nya. Siap2 kemas beg untuk dibawa ke transpot dah. Masih awai lagi. Kami pun apa lagi berposinglah sementara menunggu keluarga yang lain bersiap untuk pergi sarapan pagi di hotel tu. Pagi tu mmg sejuk angin sepoi sepoi bhasa menusuk hingga ke kalbu. Sungguh cantik permandangan danau toba ni. Tenang je mata memandangnya. Sungguh indah ciptaan Mu ya Allah. Akan ku jejaki keindahan Mu ke seluruh pelosok dunia ini. In Sya Allah. Amin.....jom layan gambaq.....





 



















Bersama adik ipar Cikgu Yusof dan isteri Cikgu Maznah.



Ni lah tempat kami sarapan pagi tu. Makanan mmg byk tapi tak tahu lah menepati selera atau tidak. Makan je le.....alas perut. Selepas makan kami pun bergambar kenangan di sekitar hotel dengan permandangan yang cukup menarik. Selepas bergambar kami bertolak kedestinasi seterusnya Brastagi. Dalam perjalanan kami akan singgah di Simarjarunjung untuk melihat air terjun Si Piso Piso di Tongging. Jom layan gambaq.......















On the way to Brastagi kami melalui jalan di tepi tasik toba. Rupa2nya jika hendak ke Brastagi ni mmg kena pusing tadik toba ni dlm masa lebih kurang 2 jam akan sampai ke Brastagi. Kami beruntung Pak supir akan berhenti di tempat2 yang menarik permandangannya untuk kami abadikan gambar sebagai kenangan. Ni lah rupenya.....jom layan gambaq.....






Keluarga kakak ku Hjh Jamilah dan Hj Roslan.






Terjumpa pula makcik yang memetik biji kopi untuk dibuat kopi. Apa lagi kami pun sama-sama kutip biji kopi tu dan makan biji kopi tersebut. Pahit yang amat sgt weh.....sesaje nak cube makan. Hmmm amik ko. Selepas itu kami meneruskan perjalanan lagi untuk ke Brastagi. Kali ni kami ikut jalan pintas yang sempit di celah2 bukit dan curam. Tiba2 van yang kami naiki itu telah disondol oleh bas yang berupa Tut-tut tu di satu selekoh yang tajam. Bas tu makan kona terlanggar van kami. Nauzubillah.....Alhamdulillah kami semua tak jadi apa2. Kedua dua Pak supir saling salah menyalahi dan minta ganti rugi. ahhirnya Pak supir kami dpt ganti rugi yang cuma sedikit shj. Nak menampung bayaran utk baiki kerosakan pun tak cukup. Kami akhirnya akur dan teruskan perjalanan lagi ke Brastagi. Jom layan gambaq.....








HORAS!!!!!

Horas....selamat datang....ke Simarjarunjung. Di sini terdapat sebuah restoran yang menghadap permandangan Danau Toba. Di sini juga kita boleh makan goreng pisang panas dan teh jahe....teh halia yang cukup enak (Bandrek). Kami tak mkn pun sbb kenyang lagi. Dulu semasa akak pergi kali pertama, kedua dan ketiga akak dah minum dan makan di sini. Kali ni yang ke empat ni akak sekadar singgah untuk bergambar dan melepaskan hajat shj.










Akak mmg peminat tegar bunga. Jika ada bunga kat situ lah akak akan bergambar kerana bunga ni sgt unik dan cantik. Tgk kat atas ni gambaq bunga apa tah le. Sapa tahu? Akak tak tahu dan tak pernah tgk pun bunga berduri mcm buah ni. Unik kan.....
Rumah Bolon? Akak tak pi pun mungkin masa lalu kat situ kami semua dah tdo. Lagi pun kami mengejar masa utk sampai di Brastagi waktu lunch tengahari. Jom layan gambaq.....

Berkas:RBolonSimalungun.jpg
Gambar ihsan dr wikipedia
Rumah Bolon ini adalah satu dari banyak rumah adat Simalungun di Pematang Purba yang dulunya digunakan sebagai kediaman Raja Purba beserta isteri-isterinya. Kini rumah Bolon ini dan komplek rumah adat di sekitarnya dikelola oleh Yayasan Museum Simalungun.







Kemudian akak singgah lagi di Air Terjun Sipiso Piso di Tongging. 

Air Terjun Sipiso Piso berada di sekitar tepi Danau Toba bahagian utara dengan ketinggian lebih kurang 800 meter dari permukaan laut dan dikelilingi oleh bukit yang hijau karena ditumbuhi hutan pain. Ketinggian air terjun ini berkisar 120 meter sehingga dinobatkan sebagai air terjun tertinggi di Indonesia.

Nama Sipiso-piso berasal dari piso yang artinya pisau. Derasnya air-air yang berjatuhan dari bukit berketinggian di atas seratus meter ini diumpamakan sebagai berbilah-bilah pisau yang tajam. Selain itu, jurang yang curam jika dilihat dari puncak bukit membuat orang setempat menyebutnya piso dari Tanah Karo.

Kita juga boleh menuruni anak tangga yang terdapat lebihkurang 500 anak tangga ke bawah air terjun tersebut. Jika kita nak turun ke bawah perlu ada stamina yang cukup kuat jika tidak kita tgk je dari atas. Sbb bila turun mmg mudah sedikit akan tetapi bila nak naik semula mak ai pasti cukup memenatkan.

Di sini juga terdapat toilet dan kedai2 jualan barang2 buatan sendiri seperti baju sejuk dan bermacam2 lagi. Cuma harganya agak mahal sedikit kena pandai tawar menawar lah.






Tengahari tu kami sampai di Brastagi agak lewat juga untuk makan tengahari. Kami makan tengahari di Rumah Makan Muslim UMMI. Kerana lapar mmg sedap makan di sini dengan sup nya yang panas2 dan ayam digoreng panas2. Akak rasa di Brastagi ni tak banyak rumah makan Muslim kerana akak tak nampak pun. Jadi di rumah makan Ummi ni penuh dgn org2 Muslim yang singgah mkn di sini.



Selepas makan kami ke musolla dahulu utk bersolat. Kami solat di Masjid Baittur Rahiim. Sungguh cantik senibina masjid ini. Airnya juga terlalu sejuk sekali. Ye la atas tanah tinggi kan. Di Brastagi ini juga terdapat kereta kuda sebagai kenderaan awam. Akak teringin sgt nak naik tapi tak sempat. Mungkin di lain kali akak datang lagi dan boleh naik kereta kuda ni. Best juga kan.





Seusai solat kami pergi shopping pula di gerai2 yang terdapat di Brastagi ni. Buah pisang kaki yang terkenal di sini. Semasa akak ke sini tu terdapat letusan gunung Sinabung yang mengobankan 14org pada hari akak kat Brastagi tu. Jadi debu dari gunung tersebut berterbangan hingga ke gerai2 di Brastagi ni. Rasa macam sukar untuk bernafas dan tak sesuai utk aktiviti riadah yang lain. Tapi ada gak tuan Hj ni naik kuda kat Brastagi ni.


Kami shopping apa yang patut kat Brastagi ni. Selepas itu teruskan perjalanan balik ke Medan utk bermalam di Medan pula. Perjalanan dari Brastagi ke Medan lebih kurang 1jam. Terasa lama sebab jalan yang berbiku biku menuruni bukit. Byk terdapat selekoh2 maut. Adoi kecut perut akak dibuatnya.





Sampai Medan kami terus pi makan malam di Restoran Ayam Bakar Wong Solo. Makan ayam penyet pula sebab dah jemu makan masakan Padang. Baru berselera sedikit. Puas makan. Selepas makan kami terus balik ke hotel utk beradu......zzzzz.
Esok dah nak balik. Flight kami petang jadi ada masa kami nak membeli belah lagi.....ok lah ye hga di sini je coretan akak ni. Hga jumpa lagi di last day in Medan. Bye......

to be continue......
Salam sayang,







Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign