Khamis, 12 Februari 2015

JELAJAH PRAGUE @ PRAHA, CHEZ REPUBLIC


Assalamualaikum semua readers. Sorry la ye akak terlalu sibuk nak update blog akak ni dah tak tertanggung lagi sibuknya dan ada 1001 macam story akak nak story kat hampa. Adoi.... tapi masa elek. Tak pa la kan buat pelan2 lama2 habih la juga kan.....
Ok mula akak jejak kaki pi Prague atau Praha, Republik Czech ni pada 19 April 2014 yang lalu. Bermalam 2 malam di Prague. Cukup la kan nak tgk The Golden City Of 100 Spires iaitu Kota yang mempunyai 100 buah menara. Intresting kan....
Republik Czech ni berjiran dengan Germany dan Austria yang terletak di Western Europe manakala Poland, Slovakia dan Rep Czech sendiri merupakan negara2 di Eastern Europe.


Republik Czech ialah sebuah negara tanpa pantai yang terletak di Eropah Tengah. Republik ini bersempadan dengan Poland di utara, Jerman di barat laut dan barat, Austria di selatan dan Slovakia di timur. Ibu negara republik ini ialah Prague. Republik Czech terbentuk daripada tiga kawasan iaitu Bohemia, Moravia, dan sebahagian Silesia. Ihsan wikipedia.

Sempadan nak masuk Rep Czech kena amik permit dulu.



Akak sampai hotel dah petang dalam jam 5.30 petang. Akak tinggal di hotel Juno ni gambaq kat bawah ni. Ok juga hotel ni cantik dan kemas bilik dia. Malam tu akak tak kuar pun sbb letih dalam perjalanan siang tadi. Tidur awal le.....zzzz. Sok pepagi baru nak jenjalan kat kota Prague. Yang bestnya hotel ni jalan nak pi stesen keretapi/tram dia tu sepenuhi dengan pokok2 bunga sakura sepanjang jalan hingga ke stesen tu. Alangkah seronoknya akak sbb tu lah bergambar dengan byknya hmmmm puas hati sgt2. Subhanallah sungguh cantik.....jom layan gambaq....






















 


Nin dia stesen yang terdekat dgn hotel akak. Akak naik tram dari sini. Kadang2 naik bas juga.


Penjelajahan di PRAGUE bermula. Akak juga melawat St Vitus Cathedral, tempat pertabalan Raja dan Permaisuri Republik Czech dan struktur penting sekitar abad ke 14. Bangunan ini dihias indah beserta pepatung gargoyles. Pengalaman indah ini diteruskan dengan memasuki Hradcany Castle, merupakan Istana purbakala terbesar dunia. Perjalanan diteruskan dengan Charles Bridge, yang diberitahu menggunakan campuran kuning telor sebagai bahan untuk menguatkan struktur bangunan. Selepas itu, akak akan terus ke Old Town Square, untuk menyaksikan sendiri jam Astronomical yang mana merupakan tarikan utama beserta dengan persembahan bagaimana tanggapan masyarakat zaman pertengahan terhadap alam semesta.

St Vitus Cathedral
 

 

Akak naik tram pi Istana Hradcany, Prague tu. Tram line 22 turun kat Malostranska. Tapi akak silap turun di stesen yang salah sepatutnya akak turun di satu stesen lagi. Jadinya akak bergambar la kat sini tempat yang silap turun tu dan tunggu tram lagi satu untuk pi ke istana tu. Bila dah sampai kat stesen yang betul kena jalan kaki sikit baru jumpa pintu masuk ke istana tu. Kena bayar tau. Akak dah tak igt berapa crown/kurona kena bayar.  Duit kat Prague guna kurona atau crown. 











Istana Prague merupakan sebuah istana yang pasti dikunjungi oleh pelancung apabila melancong ke Prague. Istana ini mempunyai keluasan yang amat besar sehingga memecah Guinness Book Of World Records. Istana ini juga pernah menjadi pusat pemerintahan raja-raja Bohemian, Kaisar Romawi dan juga Presiden Czecholavakia. Sebahagian istana didiami oleh Presiden Republic Czech dan sebahagian lagi dibuka untuk pengunjung. Istana ini terletak di atas bukit. Kawasan sekelilingnya disebut Castle District atau Hradcany di Lesser Town. Semasa akak dalam istana ni akak sempat melihat upacara pertukaran guard. Sungguh unik. Jom layan gambaq......












Kawasan istana tersangatlah luasnya akak tak mampu nak melawat semua mana yang sempat je le. Sambil tu gambar diambil untuk kenangan seumur hidup.








Sapa nak naik kete ni pusing2 dlm kawasan istana kena bayar tau.



































Jambatan yang paling terkenal di Prague ialah jambatan Chales ataupun Chales Bridge. Jambatan ini merentasi Sungai Vltava dan jambatan ini juga menghubungkan 2 daerah iaitu Lesser Town dan Old Town di Prague. Jambatan ini juga merupakan penghubung penting antara Istana Prague dan Old Town. Di jambatan ini mmg terdapat byk penjual souvenir, pemuzik jalanan dan peminta sedekah yang paling tegar menunduk berjam2 tanpa bergerak. Adoi mahu mati keras kalau kita buat mcm tu. Di atas jambatan ini lah akak dan kawan akak terpisah jenuh kami cari akhirnya berjumpa juga dgn kawan akak yang seorang ni. Jom layan gambaq.....







Salah sebuah jam astronomi yang paling terkenal ialah jam Dewan Bandar Lama di Prague, Republik Czech. Jam ini disiapkan sekitar tahun 1410. Empat buah patung automaton dihidupkan pada setiap genap jam, yang mana patung rangka mendentingkan waktu. Pada genap jam juga terdapat persembahan patung-patung Hawariun di ambang-ambang pintu di atas jam. Pada tahun 1870, jam ini menerima imbuhan paparan takwim. Ihsan wikipedia.


Menurut kepercayaan setempat, jika jam ini tidak dijaga dengan baik hingga ia tidak berjalan dengan betul, kota Prague berdepan dengan sengsara. Pada Perang Dunia II, jam ini nyaris dimusnahkan oleh tembakan senjata Nazi. Warga kota dihargai kerana berani menyelamatkan kebanyakan alat-alat jam itu supaya ia dipulihkan menjelang tahun 1948. Pada tahun 1979, jam ini dibersihkan dan diubahsuai sekali lagi. Ihsan wikipedia.







Selesai sudah satu hari penjelajahan akak dan kawan2 di Prague ni. Sangat2 bersyukur dapat melihat negara orang. Entry akak yang tersangkut2 ni kerana kesihatan yang tak mengizinkan dan juga masa yang amat mencemburuinya. Sampai akak dah lupa semuanya dek faktor umur akak ni. In Sya Allah akak akan karang lagi pengalaman akak selepas ni di Bratislava,Slovakia pula....tgu tau.....hingga jumpa lagi.....bye....

to be continue....SLOVAKIA....

Salam sayang,








Komen
1 Komen

1 ulasan:

kisahaimi.blogspot.com berkata...

alam akak, boleh sy mintak tentative akak ke sini dan berapa bajet yang diperlukann? rasa berminatt nak p sini dahh lama dahh

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign