Rabu, 10 Jun 2015

GUANGZHOU (DAY 6 )







Assalamualaikum semua pembaca yang budiman. Sambung citer akak di Guangzhou ni. Hari ni kami semua bgn awal. Pagi2 lagi dah kuar pi Memorial Sun Yat Sen. Jom nak citer sikit pasai dia. Tanya abg google la kan.....

Sun Yat-sen (12 November 186612 Mac 1925) ialah seorang pemimpin politik dan revolusi China yang bergelar "bapa China moden". Sun memainkan peranan penting dalam penggulingan Dinasti Qing pada tahun 1911. Beliau merupakan Presidensementara yang pertama apabila Republic of China (ROC) ditubuhkan pada tahun 1912 dan kemudiannya menubuhkan parti Kuomintang (KMT) yang menjadikan beliau sebagai pemimpin parti yang sulung. Sun merupakan tokoh yang menyumbang kepada perpaduan di China selepas zaman beraja, serta kekal unik dalam kalangan ahli politik China abad ke-20 kerana dihormati di Tanah Besar China dan Taiwan yang kini bertelagah.

Meskipun dianggap sebagai salah seorang pemimpin terhebat di China moden, kehidupan politik Sun banyak diselubungi pergelutan yang berterusan dan buangan berkali-kali. Selepas kejayaan revolusi, beliau tiba-tiba hilang kuasa di Republik China yang baru ditubuhkan masa itu, lalu memimpin sebilangan kerajaan revolusi berturut-turut sebagai cabaran kepada hulubalang-hulubalang yang mengawal kebanyakan wilayah negara. Sun meninggal dunia sebelum sempat melihat partinya mencapai pengukuhan kuasa di seluruh negara. Parti beliau yang membentuk perikatan yang renggang dengan parti Komunis, berpecah menjadi dua puak yang berbalah selepas peninggalan beliau. Pusaka utama peninggalan Sun terletak pada perkembangan falsafah politik beliau yang dikenali sebagai Tiga Prinsip Rakyat (nasionalisme, demokrasi, dan kebajikan rakyat) yang masih mempengaruhi kerajaan China masa kini.




Ok macamana nak pi kan. Akak dari Zoo Station (Line 5 ~ Merah) naik tren turun kat Yangji tukar Line kat sini. Amik Line 1 warna Kuning. Lepas 4 station turun kat Gongyuanqian tukar line lagi amik Line Biru pulak iaitu Line 2. Lepas satu station sampailah kat station Sun Yat Sen Memorial Hall tu. 
Lagi satu jalan dari Zoo Station (Line 5 ~ Merah) pi Guangzhou Railway Station tukar line kat situ. Amik Line Biru ~ Line 2 lepas dua station sampailah Sun Yat Sen Memorial Hall. Senang kan. Jom layan gambaq.....








Ramai juru foto tak bertauliah amik gambaq....ha..ha...ha








Lepas melawat Memorial Hall Sun Yat Sen tu kami naik tren lagi nak pi Sanyuanli pula. Nak tunggu Fizree kat station tu dia nak bawa kami pi Baiyun Leather Market....nak beli hand bag.... Dari station Sun Yat Sen naik tren Line Biru ~ Line 2 terus turun kat Sanyuanli. Ni tengah melepak tunggu Fizree tak sampai2 lagi kat station Sanyuanli. Ok nak habaq sat Sanyuanli ni ramai org2 Cina Muslim makanan halal pun banyak. Jika akak datang lagi sekali akak akan duduk area Sanyuanli ok. 



Ni la Fizree


Bila Fizree sampai dia bawa kami jalan pi tgu bas pulak nak pi Baiyun Leather Market tu. Naik bas no berapa akak pun dah tak ingat sbb ikut dia. Dekat je naik bas turun je bas jalan lagi. Masa ni jumpa toilet semua singgah pi membuang dulu. Hmmm biasa la kan.....






Kami jalan lagi....sepanjang perjalanan ke Baiyun tu kami jumpa ramai orang2 yang menyapa kami dengan perkataan copy copy copy ingat kot depa juai kopi. Rupanya depa jual hand bag copy. Fizree bagi tau dia nak bawa kami pi satu tempat gelap yang juai hand bag 99% macam original. Kami semua ikut dia juga. Takut pun ada juga sbb baca dalam blog orang depa kata tempat ni bahaya sikit jika kena ambush habis kena tangkap tambah macam kami ni penjawat awam. Hai risau la pulak. Kami dibawa ke Tingkat paling atas sekali dalam shopping komplek tu rasa akak tingkat 3 ka 4 akak dah tak ingat, yang akak ingat akak naik lif dan bila sampai kat atas betul2 keluar pintu kedai gelap tu. Berjeriji besi punya la byk nya macam nak masuk dalam penjara je. Ni le rupa kedai tu. Amik gambo curi2 sbb tak boleh tangkap gambar. Tu tokei kedai tu yang akak tengah cakap tu. Suami akak biasa la org shopping dia tdo. Kat sini ada banyak bag2 tiruan yang berjenama. LV, Gucci, Guess, MK, Prada dan byk lagi. Akak rembat juga dua hand bag harga mmg sangat2 bebaloi ok. Kualiti nya pun sangat2 berkualiti macam ori je. Lepas bayar akak cepat2 turun kat lobi takut kena ambush. Akak tunggu kat lobi sambil tu boleh juga round2 tgk2 kedai kat bawah tu. Kawan2 yang lain dok memilih lagi. Jom layan gambaq......





Baiyun Leather Market ni ada empat tingkat shopping komplek dan ada beratus-ratus unit lot kedai. Di sini terkenal dengan berbagai jenis produk barangan kulit berjenama tak payah la akak nak sebut lagi sbb korang lagi arif kan. Terdapat  ramai pelawat terutama dari Asia Barat dan Afrika orang2 kulit itam ni datang membeli-belah di sini kerana kualiti bag kulit berjenamanya adalah terbaik dari segi pembuatannya. Harga adalah berlainan mengikut kualiti dan mestilah kena pandai tawar menawar dengan bijak. Jika kita beli  secara borong adalah digalakkan kerana harga adalah jauh lebih murah dari kita beli satu.



Saja je amik pos box kat China ni sbb anak dan adik ada keja Pej Pos kat Msia.



Lepas beli hand bag kami berjalan lagi naik tangga lintas jalan pi shopping lagi sebelah jalan bertentangan dengan Baiyun Leather Market tu. Akak pun tak tahu nama tempat tu main redah shopping je. Macam2 ada. Kat sini la kami semua beli beg tarik. Untuk budak2 pun ada comei2 je. Akak beli juga untuk cucu 2 orang beg tarik Frozen dan Mickey Mouse. Menyesal juga tak beli beg hello kitty. Murah je beg tu RM50 je lebih kurang. Kawasan sini mmg lebih murah dari tempat2 lain. Tapi kena pandai tawar menawar lah. 




Muka dah kelat sbb lapaq

Selepas puas shopping kat situ kami berjalan kaki lagi pi makan pula kat Abdullah Restoran ni. Semua penat dah dok gembiang barang lagi. Sepanjang jalan laluan ke restoran tu ada macam2 jualan. Buah cherry ni yang no satu. Manis dan sedap. 











Makan kat restoran ni mmg sedap. Portion dia jgn tanya la no mmg byk. Harga berpatutan. Tempat solat pun disediakan kami semua solat kat restoran ni. Tempat solat dia mmg campur pompuan dgn lelaki. Tapi biarla org lelaki solat dulu pas tu baru pompuan pi solat. Ganti2 le.

Dalam shopping kompleks ni pun ada restoran halal kat bawah tu.
Lepas makan kami pi lagi shopping kompleks yang tujuh tingkat tu. Rasa2 akak one-link plaza. Kami sebenarnya nak cari gedung jual cadar dan comperter dan patch work. Tapi kami tak jumpa pun. Jumpa 2 @ 3 kedai yang jual di tingkat 7. Tapi pilihan kurang menarik. Akak beli juga patch work 2. Boleh la tahan harganya 120CNY. Menyesal pula tak beli byk sbb mmg takkan jumpa dah kedai jual patch work ni.


Kami pi juga tempat shopping kain ela. Alangkah sedey nya kami hanya jumpa kain yang boleh buah baju hujan je. Kah kah kah..... kami cari kain cotton, sutera cina haram tak jumpa pun. Akak ada la pi jalan-jalan kot kedai belakang tu di belakang mmg ada jumpa juai kain cotton, lycra dsb nya. Tetapi peniaga2 tu mmg x faham nak cakap omputih suruh potong kain nak beli 4 meter pun x faham. Tulis pun tak faham. Lama2 akak tak jadi beli la no.....mmg x beli pun. Cakap macam ayam dan itek je....






Ok lah yer esok kami semua dah nak balik dah. Malam ni kena kemas barang la. Malam ni depa semua keluar lagi pi Beijing Lu tu nak beli barang lagi. Akak tak keluar dah sbb demam. Akak tdo je dan kemas barang siap2. Ok lah yer sok sambung lagi citer.....sorry readers entry akak ni terstop stop tak siap2 sbb masa terhad. Sibuk yang amat sgt. In Shaa Allah akak akan habiskan juga cerita HK Shenzhen dan Guangzhou ni. Tguuuuuu.....

to be continue......


Salam sayang,

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign