Rabu, 10 Jun 2015

KARI IKAN REMPAH BLENDER



Assalamualaikum semua pembaca yang budiman. Hari ni mmg akak terlalu rindukan masakan orang2 yang akak sayang yang pernah membela akak dari kecik. Mereka ada yang telah meninggalkan kita semua. Ada juga yang masih hidup hingga sekarang. Akak mmg suka makan kari ikan. Tak kira lah ikan apa pun tak apa. Janji kari. Dulu masa akak kecik2 mmg tinggal dengan moyang. Bila moyang dah tak ada tinggal pula dengan datok. Dengan tok sedara dan mak sedara pun pernah tinggal juga.

Alkisah nya bila dok dengan depa ni semua masak kari guna rempah giling. Mamak malbari la katakan. Ada keturunan tu sikit. Akak mmg tak reti nak giling rempah. Bila tok suruh belajaq giling abis pedih tangan semua. Lansung tak mau giling dah. Serik. Bila masak guna rempah ni makan mmg lah sangat2 sedap ok. Tak percaya cuba lah masak tengok.

Resepi ni mmg turun temurun dari datok akak. Sukatannya:-

Bahan-bahannya:-

3 sudu besar rempah biji/ketumbar
1 sudu besar jintan putih
 1/2 sudu lada hitam
1 sudu kecil kunyit serbuk
Bawang merah 5 ulas
Bawang putih 3 ulas

Semua bahan2 di atas blender hingga halus ok. Campur dengan air asam jawa agak2 lah ya. Lepas tu tumis lah macam nak buat kari tu. Jangan lupa letak santan juga. Bila dah masak boleh di hidangkan. Tak payah pun guna rempah serbuk ok. 
Sila tuan/puan cuba ok.
Selamat Mencuba. Cara2 nya klik di sini ya
K bai.....

Salam sayang,





Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign