Jumaat, 22 Januari 2016

KEMBARA UZBEKISTAN ~ DAY 4



Assalamualaikum semua pembaca yang budiman. Lama akak tak berblog ni. Tak habis2 lagi entry akak kat Uzbek ni....hai bila la nak siap tak tau la kan.....
Hari ke 4 akak kat Uzbek, ni la hotel yang akak tdoq malam tadi. Hotel Diyora, Samarkand. Cantik hotelnya. Mmg cantik dan bersih.








 

Pagi tu akak pi melawat Komplek Amir Temur iaitu kompleks sejarah yang menggabungkan pusat agama serta sosio ekonomi semasa pemerintahan Amir Temur semasa pemerintahan Timurid dahulu. Akak juga dibawa melawat makam Amir Temur serta beberapa pembesar Dinasti Timurid yang kelihatan dijaga rapi dan tersergam indah.
 
 
 



Sungguh uniq ukirannya. terpukau melihatnya. SubhanAllah.



Berdekatan dengan kompleks ini juga terdapat tempat shopping iaitu bazar yang menjual berbagai hasil daripada kapas serta buku kambing. Sutera juga popular di sini. Tapi mahal ok. Cantik mmg la cantik. Akak tak beli pun. Beli FM je.
 


Bekenan ukiran kat pintu tu.....uniq


Thorn among the roses....eh apa pulak akak ni kan pompuan. Kita tukaq la no....roses among the thorn...ha ha ha ape2 jer ler. Akak ni mmg pencinta bunga Ros pantang nampak bunga rose nak bergambaq la kan. Ini lah hasil nya ok. 


 
Ha ni nama apa akak pun dah lupa juga. Bila google2 tengok gambaq sama ja. Rasa2nya tempat ni namanya Registan Square kot. Kalau salah jgn marah akak ok. Boleh tegur dan komen mana yang tak betul tu. In Shaa Allah akak akan perbetulkan. Ok Resgistan Square ini sebuah dataran purba yang dibina oleh pemerintah Dinasti Timurid. Dalam ni ada beberapa buah bangunan yang merupakan Madrasah untuk ahli cendiakawan membuat kajian serta mempelajari ilmu ketuhanan serta ilmu Al-Quran. Terdapat 3 Madrasah di sini iaitu Madrasah Ulughbek, Madrasah Sher-dor dan Madrasah Tillakori dan juga sebuah komplek Shakhi-zindeh.
 
Kebanyakan bangunan mmg sama dan serupa sahaja. Akak pun tidak mengetahui apakah keistimewaan Registan Square ini. Namun begitu akak pasti ada cerita di sebaliknya yang pasti akan memukau kita semua bila kita melawat tempat ni. Makna Registan Square ni ialah sebuah kota dari pasir yang dirancang khas oleh Amir Temur.
 
 
Akak difahamkan Madrasah Sher Dor - antara yag agak luar biasa binaannya. Tidak pernah runtuh walaupu beberapa kali menerima  gegaran bumi sekitar Siberia hingga ke sini. Apa yang menjadikanya kukuh. Cuba anda perhatikan 2 menara kiri dan kanan nya. Condong ke arah bertentangan untuk koordinasi yang sesuai jika berlaku gempa bumi. Sumber dari blog sebelah.
 
Kelihatan runtuhan bangunan utama yang menyimpan pelbagai cerita silam. Maka pusat Timurid ini pernah menjadi nadi kehidupan rakyatnya ketika itu. Tatkala perpecahan berlaku setelah mangkatnya Amir Temur, besar perubahan dibawa oleh puak lain serata alamnya. Inilah peristiwa lampau simpanan asal bangunan ini.
 

 
Selepas melawat tempat-tempat tu kami dibawa makan tengahari disebuah restoran tempatan. Ntah nama apa pun tak tau la restoran ni. Boleh ler layan makanan nya. Not bad.




Selepas makan kami dibawa ke makam terbesar raja2 Dinasti Timurid dan makam pembesar2 Timurid. Makam ini cukup terkenal dengan rupa bentuk senibinanya yang agak menarik serta uniq dan cantik sangat2. Kubor pun cantik2 dan bersih rasa tak takut lansung. Jika kat Msia tu tengok kuboq pun takut kan....ni melepak atas kuboq lagi.....uwaaa caye lah.....

 





Naik tangga nak pi ke makam ni pun agak tinggi juga jika orang yang sakit lutut tu susah lah juga nak sampai ke atas. Alhamdulillah group akak ni semua stamina ok. Walaupun dah berusia tapi mantap lagi. Naik pelan2 sampai juga kat puncak.
 







Keindahan Makam yang di tonjolkan oleh pengukirnya sebagai tanda kasih sayang serta rasa hormat akan jasa serta kebesaran pemimpinnya. Di sini terdapat  beberapa kubah makam yang sungguh cantik dan indah serta pelbagai bentuk. Muengikut taraf serta kepentingan mereka suatu ketika dulu. Kesemua kubah dan makam berhias mozek berwarna biru muda yang melambangkan keindahan langit serta kedamaian.
 









Makam Qusam

Masih ada lagi masyarakat Uzbek yang membayar niat....depa letak duit atas tembok tu dan berdoa. Hmmm byk yang begitu orang2 Uzbek ni.








Tu semua kuboq ok. Bersih kan. Siap ada gambaq lagi. Untuk kenangan la pada anak cucu yang masih hidup.


 
Kami kemudiannya makan malam di salah sebuah restoran  di Samarkhand ini. Apa yang itimewanya juadah di sini -  Lantel soup - sup kekacang nya sungguh hebat serta sudah tentu berkhasiat terutama bagi kaum pria. Agen kata ok. Buah2an juga seperti apricot, cherry dan plum dihidangkan. Hmmm Lazat.
 







Malam tu tdo di Samarkhan lagi.....hmmm penat dah nanti akak sambung lagi cerita ok. Selamat malam....zzzzzzzzzz.

 
to be continue......

Salam sayang,




 
Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign