Ahad, 18 Oktober 2015

KEMBARA UZBEKISTAN ~ DAY 3



Pagi hari ke 3 kami semua dibawa ke pasar Bukhara sebelum bertolak ke Samarkhan untuk membeli kacang-kacang dan buah-buah kering. Akak rasa jika ada yang nak beli lebih baik beli kat Bukhara ni sebab murah sikit dari Samarkhan dan Tashken ok. Akak beli biji apricot mmg byk kat Uzbek ni. Biji apricot ni baik untuk kesihatan. Untuk elak cancer ok. Musim buah masa akak pi ni mmg byk buah apricot yang sgt sedap. Akak beli juga sikit untuk mkn2 kat hotel. Pasar Bukhara ni memang bersih sangat2.
 
 Dari Bukhara ke Samarkhan lebihkurang 250km. Memakan masa kurang lebih 2jam lebih perjalanan juga ok. Kami melalui jalan gurun yang berbukit-bukit, laluan sutera orang kata (silk road) serta bangunan-bangunan kota lama. 
 
Jom layan gambaq apa ada kat pasar Bukhara.....
 











 
Selepas ke pasar kami menziarahi makam Sheikh Muhamad Bahauddin Naqshbandi dulu. Beliau adalah seorg Wali Qutub dan seorg imam yang mashur. Beliau juga yang mendirikan Tariqat Naqsyabandiyah salah satu tariqat yang sgt terkenal dengan pengikutnya yang sangat ramai.
 




Rata rata tiang di Uzbek ni berukiran begini unik kan
 
 
Kami juga dibawa melawat sebatang kayu yang menjadi kepercayaan orang2 Uzbek ni sebagai keramat. Nauzubillah...mereka masih menyembah pokok kayu ini. Dari zaman datuk nenek moyang mereka lagi mereka sudah percaya dgn perkara2 tahyul ini. Mereka memasang niat. Kesian kan. Group kami juga memberi penerangan kepada mereka sambil kami melaungkan perkataan syirik syirik syirik....mereka tidak perduli lansung dan masih berdoa di pohon kayu ini. Ini lah masyarakat Uzbekistan. Jom layan gambaq......
 







  

 
Kami singgah di Gijduvan Village untuk makan tengahari dan solat. Kami juga dibawa melawat kilang membuat potery iaitu pasu yang amat popular di Uzbek ni sebelum meneruskan perjalanan ke Samarkhan.
 

  
Gambus comel
 







  


 
Lewat petang kami pun sampai ke Samarkhan. Kami terus dibawa untuk makan malam di sebuah restoran yang terkenal. Memang cantik restoran ni mesti makan pun sedap kan. Sedaplah sgt kan asyik makan roti piring tu jer....Alhamdulillah syukur.... jom layan gambaq restoran cantik ni......
 
  







 






 





 
Selepas dinner kami terus ke hotel untuk beradu.....hmmm penat untuk hari ke 3 ni....tapi seronok berjalan kan tgk budaya dan tempat orang. Ok lah ye hingga sini dulu nanti akak sambung lagi ye.....esok nak pi melawat Registan Square....akak pun tak tahu apa ada kat situ....tungguuuuuu...... ok bye.....zzzzz
 
to be continue.......

Salam sayang,
 
Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign