Jumaat, 9 Oktober 2015

KEMBARA UZBEKISTAN ~ DAY 2




  
Hari kedua ni akak kat Bukhara dah. Musim yang akak pi ni mak ai musim panas yang amat sangat suhu nya mencecah sehingga ke 44 darjah celcius. Panaih woi....akak dan grup pun buat keputusan pagi keluar. Tengahari balik hotel dan lewat petang serta malam keluar semula nak mengelakkan panas yang berbahang. Tobat akak tak mau pi dah musim panas bila negara2 yang ada 4 musim tu...summer tobat tak mau pi. Tu dia gambaq kat atas tu hotel yang akak tdoq mlm tadi....... gambaq bawah tu gambaq dalam hotel mmg cantik hotel nya boleh la ada berukiran lagi....tak tau la berapa bintang nya. Jom layan gambaq jom......
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Pagi tu sarapan kat hotel jer....dah dalam package kan....Hotel pun menarik ukiran dan lukisan nya....

 



 
 
 
 
Jom nak cerita pasai Bukhara sikit. Bukhara adalah sebuah kota kuno di Uzbekistan, nama Bukhara ini berasal dari perkataan   "viraha" yang bererti "biara" dalam bahasa Sanskrit. Ini adalah satu satu nya kota di Asia Tengah di mana suasana sejarah nya yang unik tetap utuh. Bukhara terkenal dengan jolokan nama muzium kota lebih dari 140 monumen arkitek nya terkenal di dunia dan dibangunkan dalam abad yang berbeza. Di Bukhara ni juga tempat kelahiran Imam Bukhari. Nanti kita cerita ya kisah Imam Al-Bukhari ni.....
Salah satu tarikan pelancong untuk ke Uzbeskistan ialah untuk melawat Sauk iaitu bandar lama yang masih utuh ciri ciri tradisional nya seperti 100 tahun dahulu.
Di Bukhara, rumah-rumah masih dibina daripada rumput atau tanah dan keldai masih digunakan sebagai pengangkutan awam.


 


 



 

Pagi tu, sementara akak menunggu sahabat2 yang lain turun akak pi merayau rayau dulu di persekitaran kawasan luar hotel tu. Kebanyakan kawasan yang akak pi melawat tu Masjid tetapi dekat masjid2 tu depa ada buat persembahan macam tarian kebudayaan, kebetulan ada sambutan hari kebudayaan mereka. Pelik juga akak rasa bukan nya ceramah ka apa ka. OOOooo rupa2 nya kat Uzbek ni Islam Sekular rupa nya. Kebanyakan orang2 Islam di sini masih banyak yang perlu didedahkan kesian kan.
 
 
 
 
 
 
 

Bukhara juga terkenal dengan Bandar Ketamaddunan Islam. Rupa-rupanya masa akak pi ada festival. Nama festival tu Silk and Spices Festival Bukhara. Sebab tu la ada banyak pertunjukan kebudayaan Uzbek. Memang menarik juga layannnnn.....
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 


 
Melawat Ismael Samani Mausoleum. Ismael Samani ni merupakan seorang tokoh yang berkuasa dan berpengaruh semasa zaman Dinasti Samani. Depa kata bawa kamera nak masuk dalam tu kena bayar tapi akak tak kena bayar pun. Makam Ismael Samani ada dalam tu. Yang tertariknya di sini ialah binaan rekabentuk makam ini. Kawasan ini juga merupakan kawasan taman bunga untuk penduduk sekitar beriadah.
 
 
 
 
 
  
 
  
 

 

Di persekitaran taman ini juga terdapat gerai-gerai kecil yang menjual barangan cenderamata kebanyakannya buatan tangan. Ada juga souvenir yang dijual tapi harga agak mahal ok.
 
 
 
 
 
 






 
 
 
 

Sepanjang perjalanan ke Masjid Bolo Hauz kami melalui perkampungan Uzbek jualan daging segar, satay dan sayur-sayuran dijual ditepi-tepi jalan sahaja.
 
 

Selepas melawat Ismael Samani Mouseloum kami berjalan agak jauh juga untuk sampai di Masjid Bolo Hauz. Ni la rupa nya gambaq Masjid Bolo Hauz ni. Kat bawah ni. Memang cantik ukirannya. Sangat tertarik dengan tiang-tiang masjid yang unik. Akak difahamkan tiang2 ini dari pokok yang dibawa dari Siberia. Allahualam.....
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bergambar bersama tok imam masjid Bolo Hauz.
 

Masjid Bolo Hauz




Tok Imam Masjid Bolo Hauz
Kebanyakan orang-orang Uzbek ni suka bergigi emas. Jika seseorang bergigi emas melambangkan orang itu orang yang berada atau kaya lah. Patut lah akak tengok semua mereka bergigi emas. Mereka sanggup cabut gigi yang elok dan diganti dengan gigi emas. Hebatkan.
 
 
 
 

Citadel Ark
 

Banyak juga terdapat bazar-bazar yang menjual barangan kraftangan yang cantik2, t-shirt dan banyak lagi, Harga mmg boleh tawar menawar.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
Tengahari tu kami dibawa makan di restoran tempatan sambil belajar memasak nasi Bukhara. Kami juga dapat menyaksikan cara memasak nasi beriani secara tradisional.Mudah sahaja masak nasi Bukhara ini dan enak. Selepas makan tengahari kami balik ke hotel untuk berehat dan solat. Kerana cuaca yang sangat panas. Lewat petang baru kami keluar semula ke kilang buat permaidani. Jom layan gambaq.......
 
 
 
 
 
 

Ini lah Bukhara Silk Carpet yang diperbuat dengan tangan (hand made). Harga? Mak ai jangan Tanya la mahai nak mampuih.... mana buleh nak beli pun. Ingat nak beli sejadah muka je....tengok2 harga sampai RM500 - 600 lansung tak berani nak beli. Jamu mata ja la.....Tapi carpet nya memang kelas sangat2.....halus dan lembut. Jom layan gambaq.....


 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kemudian kami singgah minum teh herba yang osem. Memang sedap minum, percuma je ok. Teh Uzbek. Minum je beli tak pun....biasa la. Ada juga kawan2 akak yang beli.
 
 
 
 
 

Kat dalam bazar ni lah akak shopping sikit2 beli la baju Bukhara dan Uzbekistan buat kenangan dan ole-ole. Jadi la.....
 
 
 
 

Makan malam kami malam tu memang terbaik. Kami makan disebuah restoran tempatan yang siap ada joget2 dan nyanyian lagi sebagai hiburan. Terhibur juga.....Makan makanan Uzbek lagi....roti ngan sup.... Roti piring ni dipanggil Tandyr.
Nama tempat makan ni Nadir Devan untuk menyaksikan persembahan tarian tradisional masyarakat di sini sambil makan malam istimewa dan dapat menghayati pemandangan saat-saat matahari terbenam yang amat menakjubkan dari atas bangunan restoran.
 
 
Selepas makan malam kami dihantar ke satu tempat dan pulang berjalan kaki ke hotel ya...berjalan melalui jalan silk road tu...
menyusuri bazar berhampiran hotel penginapan sambil menjamu mata dan membeli-belah barangan kraftangan seperti beg tenunan daripada kulit unta, alas meja dan magnet peti sejuk. Bazar berkenaan seperti pasar malam yang dipenuhi penduduk tempatan dan pelancong seperti kami. Akhirnya kami tiba di hotel kami dan terus merehatkan badan dan minda yang dah letih sehari suntuk berjalan je koje nyer... Malam tu semua tidor nyenyak sampai pagi...Ok lah ye hingga sini cerita akak. Nanti akak sambung pula ya....sebab esok akak akan bertolak ke Samarkhan pula....ok bye.....tgu sambungan entry akak ok.....

to be continue......

Salam sayang,






  

















 




















Komen
1 Komen

1 ulasan:

Unknown berkata...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign