Assalamualaikum semua.....apa khabar bulan Ramadhan ni. Harap2 semua dapat menunaikan ibadah puasa la. In Shaa Allah. Ok di hari yang baik bulan yang baik ini akak ingin memohon maaf dulu pada semua pembaca yang budiman yang sudi membaca blog akak yang kerdil ni. Ok lah yer straight to the point....akak nak citer pasai kembara akak kat Uzbek ni.
Pada 29 Mei 2015 akak
pun tak sangka akak dapat menjejakkan kaki akak kat negara Uzbek ni.
Kisahnya macam ni ok. Pada satu hari kawan akak yang dok kat Melaka
tu....kawan yang kami pi Europe tu kak Missnah telah menalipon akak. Dia
mengajak akak pi Uzbek ni sbb tak cukup lagi seorang. Group kawan2 nya
termasuk dia 5 orang jadi tambah akak sorg jadi 6 orang lah. Ada la
partner satu bilik nak share. Akak mmg tak plan
lansung. Tetapi Allah dah tentukan untuk akak ke sana juga. Jadi nya
akak bersetuju la sbb kesian kat member akak tu. Akak pun jadi ikut
mereka pergi ke Uzbek dengan menggunakan travel ajen Apple Muslim
Travel.
Dari kanan kak Missnah, Kak Surihati, Kak Fadilla, Kak Salemah dan Kak Zuraida. Depa ni semua cikgu. |
Pagi tu sebelum bertolak ke airport akak minta tolong hubby akak antarkan ke airport. Akak bertolak awal pagi takut jem dan solat fardhu Subuh di R&R Dengkil. Selepas tu sarapan pagi dan seterusnya ke airport. Flight akak jam 11.00 pagi. Ok lah ye sbb akak pergi awal nak cari group akak cikgu2 tu lagi. Rupa2nya kak Su dan Kak Dilla dah ada di airport masa tu. Akak pun terus cari dia orang dan jumpa di KFC. Alhamdulillah dia orang semuanya friendly. Hmmmm suke....
Ni group kita orang |
Penerbangan ke Uzbekistan ni mengambil masa lebih kurang 7 jam setengah. Bertolak jam 11.30 pagi, jam 8.30 malam waktu Malaysia ( 5.30 petang waktu Uzbekistan) kami telah sampai di Tashkent ibu negeri Uzbekistan. Beza waktu di sini dengan Malaysia ialah 3 jam. Akhirnya kami touch down Uzbekistan dengan selamatnya. Alhamdulillah.......
Kami tak perlu amik beg kami kata Add Ahmad pemandu pelancung Apple Muslim Travel tu. Sebab kami nak terbang lagi ke Bukhara. Jadi kami pun melenggang keluar. Kami diarah oleh pemandu pelancung kami dari Apple Muslim iaitu Add Ahmad untuk keluar dari ruang menunggu di airpot tu kerana dalam airpot tidak boleh menunggu lama-lama. Ada tempat menunggu di luar airport macam tempat bas berhenti gitu. Nak amik gambar pun polis tentera dia marah. Tak best lansung tak dapat snap gambar. Rasa-rasa akan airport depa ni ala-ala tentera sikit dikawal rapi. Adoiiii.....
Kami menunggu pemandu pelancong Uzbek iaitu Sardor Al Sadique. Dia lewat datang sikit sbb jem katanya. Ada deligasi dari Korea melawat Uzbez rupanya. Patut la....Pemandu pelancong kami tak puas hati tentang beg2 kami tu. Jadi Add pergi tanya di kaunter dan orang kaunter berkata kena bawa beg sendiri untuk check in di airport domestic. Apa lagi kami semua pi amik beg balik dan terus naik bas untuk ke terminal domestic untuk penerbangan selanjutnya ke Bukhara. Selamat....Alhamdulillah... Ada group lain tertinggal beg mereka di Tashkent kene pi tuntut semula utk dibawa ke Bukhara. Kesian kan. Di domestic airport ni kami solat kat ruang legar yang kosong. Surau tiada? tapi Negara Islam? Terfikir dalam hati akak. Kordinat bagi kiblat adalah 14 untuk melihat arah kiblat dengan kompas.
Matawang di Uzbek ni guna Som. Akak tukar USD lepas tu baru tukar kepada Som. Hari tu akak tukar mmg dapat terlalu la banyak nya duit Som tu berkepok2. Mau bawa ngan guni . Mmg duit Uzbek ni duit besar je 1000Som. 1 ribu Som sama dengan RM1.50 lebih kurang la. Akak tukar USD100 dapat 200 ribu Som. Macam duit kat Indon ler ribu2 puluh2 ribu. Mula2 mmg keliru juga lepas tu ok dah bila nak shopping. Masuk tandas mmg kena bayar 1000Som. Mahai kan.
Flight akak ke
Bukhara malam tu lebih kurang jam 8 malam. Penerbangan ke Bukhara
mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah je. Rasa sekejap sangat naik
kapal terbang ke Bukhara ni....tak sempat nak tido pun tut tut dah
sampai di Bukhara.....
" Negeri Di
Sebalik Sungai".
Akak di bawa ke Hotel Heritage Devon Begi dan terus makan malam di hotel tersebut. Makan kat Uzbek ni byk mkn roti je. Kena lalu makan le kan jika tidak laparq.
Akak di bawa ke Hotel Heritage Devon Begi dan terus makan malam di hotel tersebut. Makan kat Uzbek ni byk mkn roti je. Kena lalu makan le kan jika tidak laparq.
Malam tu mmg penat tapi seronok sbb dapat tengok Negara orang. Selepas makan malam akak tdo......besok nak melawat tempat2 menarik kat Bukhara ni.....Ok bye....tgu sambungan entry akak untuk hari kedua di Uzbek.....tgu tau.....
to be continue......
Salam sayang,