Sabtu, 12 September 2015

PAJERI PELAM TELOQ YANG UMMMMPPP



Assalamualaikum semua......haaa nak cerigtha mai sini pelam teloq ni memang terlalu masam. Orang Penang kata masam purittt. Satu hari kawan sepejabat akak iaitu Mummy Zamilah Mohd Noor bagi buah pelam ni. Mula-mula akak ingat nak buat jeruk. Tapi tak jadi. Yang jadi nya buat pajeri ni pulak.



Akak memang tak pernah buat pajeri pelam ni. Pajeri terung dan nanas ada la pernah buat. Tapi semalam memang terlajak rajin terus buat pajeri pelam ni. Ni akak nak kongsi resepi ngan korang. Nak tak? OOOooo nak ye....kejap na. 

Bahan-bahannya:-

Buah pelam teloq muda 20 biji 
Rempah kari daging 4 sudu besar
Kerisik 4 sudu besar
Santan pekat dari sebiji kelapa
Udang kering 3 sudu besar (Ditumbuk sikit)
Gula pasir 4 sudu besar
Sedikit garam
Halia 1 inci di mayang
Bawang kecil 5 ulas dihiris
Bawang putih 2 ulas dihiris
Kelengkap daging (buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang serta bunga cengkih).


Cara-cara membuatnya:-

1. Tumis bawang, halia dan kelengkap daging dalam sedikit minyak hingga garing.
2. Bancuh rempah kari daging campur kerisik dengan sedikit air kemudian masukan rempah daging tadi ke dalam periuk dan kacau hingga pecah minyak.
3. Kemudian masukan buah pelam tadi
4. Akhir sekali masukan pati santan dan garam secukup rasa
5. Bila mendidih angkat dan hidangkan.


Haaa...dah siap pun masak pajeri ni. Pajeri ni jika dimakan dengan nasi dan ikan masin ka, ikan pekasam ka uihhh terus terangkat punya. Tapi satu ja akak nak pesan bila korang buat pajeri ni rebus dulu buah pelam tu untuk buang masam dia. Jadi tak ada la masam sangat buah tu. Akak hari tu masa buat lupa nak rebus dulu buah tu. Apa-apa pun sedap juga ok.

Ok lah ye....itulah resepi pajeri buah pelam teloq yang akak buat. Harap-harap korang semua dapat cuba membuatnya hokeh....Semuga success.....Selamat mencuba.....Bye.....

Salam sayang,

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign