Rabu, 9 Mac 2016

GTK TRIP TO MELBOURNE ~THE NOBBIES (PART FOUR - DAY 2)





Assalamualaikum semua pembaca yang mengikuti blog akak ni. Ok akak nak sambung lagi citer akak explore Philip Island ni. Semua tempat yang ada di Philip Island ni berdekatan sahaja antara satu dengan yang lain. Sekejap je dah sampai. Mula-mula akak pi The Nobbies Centre yang terletak dihujung Philip Island. Kat sini macam-macam ada, ada cafe, ada information centre dan ada souvenir shop juga. Dekat Nobbies Centre ni kita boleh tengok Anjing Laut dan Ikan Paus. Tapi kena berjalan kaki lah yer di perkarangan pesisiran pantainya itu iaitu di broadwalk yang telah disediakan. Ada juga look out point. Tapi masa akak pi ni haram tak nampak pun anjing laut dan ikan paus tu. Tak tau lah yer mungkin bukan musim kot. Itulah orang kata rezeki jika ada rezeki adalah boleh nampak kan kan kan.... ok jom layan gambaq......






  

 
Di sini banyak terdapat ular kecil yang berbisa dicelah-celah rumput tu. Jadi berhati-hatilah untuk tidak pijak rumput takut terpijak ular-ular yang pemalu tu yang menyorok dicelah-celah rumput tu. Tengok signboard kat atas tu ada kan ular. Takutnya. Jadi kita berjalanlah di atas broadwalk sahaja. Permandangan nya terlalu awesome ok fuuh hebat sungguh ciptaan Mu Ya Allah. Cantik sangat....... laut yang biru sebiru-birunya angina sepoi2 bhasa yang cukup nyaman dan damai...... tak terasa hari telah petang.....
 
 
 
 
 
  
 
 
 
 

 




Philip Island ni memang lah wajib kita pi jika kita bercuti di Melbourne ni. Akak punya trip ni memang dah masuk package dah. Kami spend di Philip Island ni satu hari suntuk lah dari pagi hingga ke petang. Puas hati la juga Hamzah bawa kami kat sini. Lepas pi The Nobbies ni kami nak pi tengok Penguin pulak. Jom layan gambaq.....




 





 


 
 
 
 
 
 

Melihat Penguin Lucu dan Imut di Phillip Island, Melbourne

Pi tengok penguin ni memang terbaik lah sebab kawasan ini menyediakan pelbagai tarikan utama untuk pelancong. Ada jualan juga di sini. Tergoda lah juga dan terbeli penguin bear yang comel. Habis lah juga duit kat sini beli toys penguin. Tetapi yang paling best nya kita boleh tengok sendiri perarakan penguin yang terkedek kedek tu pulang ke sarang pada waktu matahari terbenam memang kagum sangat bila tengok penguin naik ke pesisir pantai. Tapi sayang tak boleh amik gambar penguin ni kerana penguin ni takut cahaya. Nanti dia tak akan naik ke darat pula. Jadi kami tengok dalam diam-diam dan senyap2 jer ler. Puas tengok penguin.
 


Bila kita tengok penguin ni memang lucu sangat2. Geli hati pun ada. Philip Island ni lah tempat persinggahan beratus ratus malahan beribu ribu ekor penguin yang singgah setiap hari. Masa kami pi tu memang ada rezeki tengok penguin pulang ke darat. Setengah pelancong tak dapat tengok pun jika bukan musim nya. Yang bestnya penguin ni pandai jer beratur serta berbaris panjang berjalan dalam barisan. Macam di ajar pulak. Penguin ni berjalan beriring iringan pulang setelah seharian berada di laut untuk mencari ikan. Lokasi Penguin Parade ni terletak di Pantai Summerland. Penguin kat sini size nya kecil kecil jer. Comei sangat. Tapi sayang tak boleh snap gambar.
 






Jauh juga kami berjalan nak pi ke tempat penguin ni. Cucu akak sampai dah tertido. Ye la seharian Dhia berjalan letih dan terus tertido. Jadi Dhia tak dapat lansung tengok penguin tu. Sebenarnya memang niat dihati nak tunjuk kepada cucu akak tu penguin yang terkedek kedek tu. Tapi tak ada rezeki dia untuk tengok kan. Tempat untuk menonton penguin ni terbahagi dalam beberapa peringkat dengan harga tiket yang berbeza beza. Jika duduk disebelah depan tiketnya tentu lebih mahal lagi dan dapat menyaksikan dengan lebih jelas dan dekat penguin tu melintas. Kami duduk dibangku panjang yang telah disediakan. Kemudian taklimat telah diberikan oleh petugas2. Kami semua menunggu kehadiran penguin sambil menikmati keindahan pantai dan kesejukan angina yang bertiup dengan kuat. Lama juga kami tunggu sehinggakan dah naik boring sebab hari semakin sejuk. Masih bersabar menunggu sehingga lah satu kumpulan pertama penguin naik ke darat itu pun cuma dua ekor sahaja. Suami isteri kot.  Kemudian naik lagi 2 ekor penguin. Selang 15 minit lagi baharulah naik sekumpulan penguin sebanyak 8 penguin. Makin seronok rasanya. Terkedek-kedek penguin tu berjalan menuju laluannya. Apa yang akak nampak  di sini semangat kerjasama penguin itu yang tidak akan meninggalkan kawannya sekiranya kawannya tersekat dek ombak yang menderu. Penguin yang lain akan tunggu jer. Kami tengok dari jauh sahaja. Dan kami terus bangun dan mengikuti laluan penguin tersebut ke sarangnya. Baharulah dapat melihat dengan lebih dekat. Hmmm puas hati.

 





Semasa kami hendak berjalan balik melalui jalan yang mula2 masuk tadi, kami dapat melihat penguin berjalan berkumpulan dengan lebih dekat lagi. Tinggi penguin tersebut hanyalah sekaki sahaja dan kecil jer. Apabila penguin tadi sampai ke tempat lubang atau rumah mereka tahu dan terus masuk ke lubang masing2. Keesokan pagi pula mereka akan keluar semula ke laut untuk mencari makanan dan lewat petang akan pulang ke sarang. Macamtu lah kitaran hidup penguin di Philip Island ni setiap hari. Dengar cerita mereka ke laut sehingga ke Pulau Tasmania nun. Jauhnya mereka berenang mencari ikan. Tak padan dengan kecik.
 



Selesai tengok penguin kami pun pulang ke hotel. Dah terlalu lewat petang tu. Malam dah kot. Tapi waktu masih muda lagi. Dalam jam 6.30 petang jer. Akak rasa spend time dekat Philip Island ni kena satu hari baru puas hati. Jika boleh tido lah kat Philip Island ni semalam baru lah seronok kan. Ok lah yer dah tak larat nak menaip dah ni. Jari jari dah keraih pun. Sampai hotel mlm tu solat dan kami keluar lagi ronda-ronda Bandar Melbourne pulak..... tunggu entry akak seterusnya ok.....bye.....
 
to be continue......

Salam sayang dari akak,




Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign