Rabu, 13 April 2016

GTK TRIP TO MELBOURNE ~ GREAT OCEAN ROAD (DAY 3)





Assalamualaikum semua pembaca blog akak ni. Ok jom kita sambung entry akak untuk hari ke tiga di Melbourne ni. hari ni akak nak pi Great Ocean Road (GOR). Perjalanan dari Bandar Melbourne ke GOR ni memakan masa lebih kurang 2 jam. Hmmm lama no....jauh jugak tu.  Perjalanan pagi2 tu kami buat seawal pagi yang mungkin sbb banyak tempat nak singgah ok. Dalam perjalanan ke GOR tu kami lalui banyak Bandar kecil antaranya Geelong, Torquay, Lorne, Apollo Bay dan sehingga ke Port Cambell dll lagi. First kami singgah di Anglesea yang terletak 20mint dari Bandar Torquay untuk amik gambar dan boleh juga beriadah kat buaian yang disediakan dan juga boleh ke washroom ok. Permandangan kat sini memang cantik ok. Jom layan gambaq.....




 


 









 

 


 

 


 






Selepas singgah di Anglesea kami teruskan perjalanan lagi dan sampailah ke pintu gerbang masuk bermulanya GOR ni. Berhenti lagi amik gambaq ok....itu wajib. GOR ni memang jalan tepi laut jer yang panjang jalan nya lebihkurang 243 km. Permandangan alam di GOR ni mmg sunguh cantik dan indah. Selepas bergambar di pintu masuk GOR kami singgah lagi di Kenneth River pula untuk tengok burung-burung yang jinak2 dan koala2 yang malas tu. Jom layan gambaq yang penuh dengan keceriaan......
 








Replika ni ada cerita disebalik nya. Dua orang sahabat baik yang terlalu rajin bekerja dan sentiasa saling bantu membantu. Di sini juga kisah tentera Australia yang diabadikan melalui Memorial Arch. Boleh lah tanya abang google ok.

 





Perjalanan diteruskan lagi melalui persisiran pantai GOR ini dengan permandangan yang cukup menarik dan indah sangat. SubhanAllah cantik sungguh bumi ciptaan Mu ya Allah. Kami jumpa juga Bell Beach.... hanya amik gambar dari atas bas sahaja tak turun pun. Lautnya yang membiru kehijauan tenang je melihat laut peairan pantai GOR ni. Bersih tiada pencemaran lansung. Hmmm puas nya hati akak. Jom layan gambaq....









 

 
Destinasi seterusnya kami singgah di Kennett River. Sebuah taman habitat binatang ternakan seperti burung2, koala, dan lain-lain lagi. Sambil berjalan dah nampak dah koala yang pemalas tu duduk di atas pokok yang tinggi dikawasan tersebut. Memang seronok juga dapat melihat binatang2 ini. Kami sempat bagi makan burung2 nuri yang jinak di sini.
 











 








































 


Selepas tu kami teruskan lagi perjalanan lam juga baru sampai Appollo Bay. Pekan kecil yang boleh kita singgah untuk makan tengah hari. Di Appollo Bay ini lah akak rasa makan fish and chip di memang nombor satu terbaik. Memang sedap sangat2. Dah makan merata tempat yang kat sini pulak boleh jatuh cinta untuk makan nya. Restoran Iluka sebuah restoran halal yang ada sijil halal. Harga pun berpatutan tengok set nya ok, Ada yang AUD10 ada yang AUD12 tidak termasuk air ok. Portion dia memang besar ok boleh makan 2 @ 3 orang. Yang paling best ada wifi free kat restoran ni. Kami mengambil masa yang lama juga di sini. Untuk lunch dan solat jamak sekali ok. Jom layan gambaq......
 
 
 
 
 
 
 
 









Kat restoran ni juga ada disediakan computer macam cybercafé juga ok. Tengoklah cucu akak ni punya suka dok nak main computer ni.... hmmm budak2 sekarang memang otak computer jer. Selepas makan kami semua mencari tempat yang sesuai untuk mengerjakan solat jamak. Berdekatan dengan Appollo Bay ini juga terdapat kawasan lapang dan padang yang boleh kita gunakan untuk ruang solat. Macam gambaq di bawah ni.....jom layan.......






 
 

 
 
 
 
 

 

 

 
 
 
 

 
Cucu-cucu akak ni bukan main seronok lagi berlari-lari tanpa rasa penat dan letih. Dhia dan Zufar yang paling suka sekali puas kerana boleh berlari satu padang yang bersih di sini. Sementara menunggu kami semua solat. Seusai solat kami meneruskan perjalanan lagi ke Twelwe Apostle pulak. Sekiranya anda ingin melawat Melbourne ni jangan lupa okay pergi GOR ni. Memang menarik dan kita mesti spend masa kat sini lebih sehari suntuk di sini.











 

 






 
Seusai solat jamak kami bergerak lagi dari Apollo Bay ke Twelve Apostles yang memakan masa lebih kurang 1 jam setengah. Kami sampai kat sini pun dah lewat petang. Angin sejuk dah mula memukul mukul memang tersangatlah sejuk nya dan menggigil. Twelve Apostles ni terletak di Port Campbell National Park yang menjadi tarikan utama pelancong yang dating ke Melbourne ni. Sebenarnya bukan ada apa pun kat sini hanya tengok batu2 yang telah dihakis air dan angin. SubhanAllah memang cantik permandangan nya pada asalnya batu2 tu ada 12 biji tetapi dek hakisan air yang tinggal hanya 7 atau 8 batu sahaja yang mana saiznya semakin mengecil. Kat sini boleh juga jika kita nak naik helicopter tapi kena bayaq sendiri lah yer. Lebih kurang dalam AUD80. Mahai kan.... 



 



















 
 

 
















Kami dok kat sini sampai sunset tengok sunset pulak. Cantik sungguh. Hari semakin gelap dan berangin. Perjalanan kami pada hari ini hingga kat sini jer sebab hari dah makin gelab malam. Jadi kami tak de la pi melawat satu tempat lagi tu. Batu apa tah dah tak ingat akak.















 
 










Selepas tengok Twelve Apostles ni kami menaiki bas semula dan balik ke hotel untuk makan malam dan berehat. Ye la perjalanan sehari suntuk kat sini. Letih dah tentu jadi malam tu kami semua balik dan zzzzzzzz..... besok akak dan family akan melawat Tulip park pulak, Puffing Billy dan banyak lagi.... tunggu tak entry akak seterusnya ok...... bye.....
 
to be continue.......

Salam sayang dari akak,





 
Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign