Jumaat, 29 April 2016

GTK TRIP TO MELBOURNE ~ DAY 4



Assalamualaikum semua... haaa sambung lagi GTK Trip To Melbourne ni dah masuk hari ke 4 dah ni. Pagi ni mula2 kami nak pi naik Puffing Billy tu, keretapi berwap la. Memang seronok sgt2 teruja nak pi naik train tu. Tapi bila kami sampai pagi2 tu tiket dah habis pulak. Kena tunggu tiket jam 2.30 petang pulak dah. Hmmm apa lagi kami pi Dandenong Range dulu la. Jom akak cerita sikit tentang Dandenong Range ni. Ia merupakan satu banjaran pergunungan yang rendah terletak lokasinya lebih kurang 35Km daripada Bandar Melbourne. Dekat sini permukaannya berbukit bukau, berlembah yang curam dan dilitupi oleh hutan hujan beriklim sederhana tebal yang diliputi pokok-pokok Mountain Ash.


 
 

 Dandenong Ranges National Park ni seronok juga bagi makan burung2 yang jinak dan cantik sambil memberi makan kepada burung2 tersebut. Dekat sini boleh juga pi bilik air kepada sesiapa yang berhajat.






Bila sampai masa kami pun terus ke perkhidmatan keretapi berwap yang bersejarah....The Puffing Billy. Ini lah keretapi yang kami semua tunggu2 nak naik. Terlalu teruja sekali. Memang seronok ok. Kaki boleh berjuntai juntai keluar tingkap sambil menikmati keindahan kampong dengan alam semula jadi country side nya. Perjalanannya di antara Belgrave dan Gembrook. Akak dan family beli tiket AUD26 sahaja sehingga stesen Menzies Creek je. Jadi la kan naik keretapi wap ini selama 20 minit jer. Jom layan gambaq....
 
Untuk harga tiket dan jadual penuh keretapi bolehlah merujuk di www.puffingbilly.com.au








Ni tempat beli tiket Puffing Billy
 

 

 
 


 
 








 


 
 
 
 
 
 
Kami turun di stesen Menzies Creek. Bas dah tunggu untuk pergi ke destinasi seterusnya Tesselaar Tulip Park pulak. Ni yang best ni sebab nak pi tengok bunga2 pulak. Tiket masuk AUD22. Ini semua dah termasuk dalam package Tour Leader Hamzah tu. Jadi kami semua ready jer untuk masuk. Masa tu ada festival rupanya. Ya Tesselaar Tulip Festival 2014. Tiap2 tahun memang waktu festival nya bulan September ok. Mak ai punya ramai orang ok. Walaupun tempatnya tidaklah terlalu besar macam Keukenhof tu. Tapi memang ramai sangat. Penat juga berjalan kaki tengok bunga yang cantik2 tu. Jom layan gambaq ok......




 





































 






Bila dah penat meronda tulip park ni. Semua kelaparan dan mencari makan. Kami beli jagung jer. Sebab ada satu kedai halal yang jual kebab dan roti tutup pada hari tersebut. Cucu akak yang paling lapar makan setongkol jagung RM15 besar yang di makan tu....fuhhh mahai gila....Tapi kami semua berpuashati dengan pengembaraan hari ini. Balik dari tulip park kami terus pi shopping pula kat Queen Victoria Market lagi sabab tak puas lagi membeli dan malam pula pergi shopping di H&M Melbourne..... lewat malam balik hotel dan makan malam kat hotel. Nasi dah di hantar ke hotel..... lepas tu tdo lah.....zzzzzzz apa lagi.... Esok nak pi Mornington pula......tungguuuuu....
 
to be continue.......

Salam sayang,




 
Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign