Assalamualaikum semua....hari ini akak nak update cara buat lepat liat dulu ok. Sebab nanti akak terlupa pula resepi dia. Lepat ni memang nostalgia sangat-sangat. Sebab masa kecik2 dulu mak akak dok buat kuih ni buat jualan. Memang dengan hasil jualan kuih ni saja mak boleh buat rumah batu.... ha ha ha.... hebatkan. Jadi mak akak ni dah berumur 73 tahun jadi nya akak minta resepi kat dia untuk diabadikan di sini. Bolehlah semua orang cuba buat ok. Mudah sahaja. Jom kita tengok resepi nya......jommm
Bahan-Bahannya simple jer.....
Tepung pulut 1 paket
Gula merah 1 cawan
Gula putih 1 cawan
Santan 1 paket (1.50)
Kelapa parut sebiji
Sedikit garam
Air suam agak2 jer
Sedikit daun pisang
Cara-cara Membuatnya:-
Masak gula merah dan gula putih serta santan di campur dengan secawan air hingga mendidih dan disejukan. Kemudian bancuh dengan tepung pulut tadi bersama sedikit garam. Jika adunan dah lembik dan boleh dicanai bolehlah dibalutkan. Letak inti kelapa kat dalam tepung tersebut. Kelapa parut tadi gaul dengan garam sedikit. Kemudian kukus lah lebih kurang 10 minit. Hmmm dah masak angkat dan tutup api. Boleh dihidangkan untuk dimakan. Siap.
Memang sedap lepat liat ni. Boleh dibuat untuk dibawa bekalan untuk pergi traveling. Tahan lebih kurang 3 hari tak basi. Akak dah cuba bawa pun. Cuba lah tuan2 dan puan2 semuga resepi yang akak share ni menjadi manfaat untuk semua. Sekian terima kasih.....bye....hingga jumpa lagi di resepi yang lain.
Salam sayang dari akak,