Assalamualaikum semua readers..... haaa akak nak crita masa akak pi Guilin dengan agen Malaysia Harmony ~ Cuti Cuti Ceria Muslim Tour. Tour leader akak bernama Fatihah Muhammad. Akak pi ni dengan group cikgu-cikgu dan pensyarah-pensyarah. Sahabat-sahabat akak ni ada yang pi Uzbek dengan akak dulu tu. Masa akak pi Guilin ni ntah musim apa pun tak tau lah rasa macam sejuk je sepanjang akak kat sana. Hujan pulak tu. Tarikh nya 03 hingga 08 Disember 2015. Hahhh memang winter pun kannn. Hmmm padan ngan muka sejuk gediiii.....
Kak Laili Rosida, Kak Ani, Me, Kak Dilla, Kak Syikin, Kak Zuraida, Kak Anza, Kak Zah. Kak Chik dan Sherry |
Flight hari tu 5.55 pagi. Perjalanan ke Guilin memakan masa lebih kurang 4jam. Jadinya sampai sana pukul 09.50 pagi la..... Alhamdulillah kami sempat amik air sembahyang dan solat dalam kapal terbang masa Subuh tu.
Setelah lebihkurang 4 jam atas flight sampai lah kami kat Guilin Liangjiang International Airport. Masa kami sampai tu awal lagi masih pagi ok. Jadi kami terus je akan dibawa untuk melawat tempat2 menarik di Guilin tu. Alhamdulillah urusan bagasi dan imigresen berjalan lancer. Masa turu kapal terbang tu pun rasa sejuk sudah terasa menusuk ke tulang. Memang masa kami pi ni winter ok. Tapi winter di Guilin tak ada salji ok. Kat Beijing adalah. Selesai urusan pengambilan beg kami keluar dari airport dan disambut oleh tour guide kami seorang wanita juga. Sebab grup kami ni kebanyakan wanita ok. Ada 2 orang je pasangan.
Kak Dilla, Kak Anja dan anaknya. |
Airport Guilin |
Bas telah tersedia menunggu kami. Dari airpot ke Guilin town memakan masa lebih kurang 45minit. Semasa perjalanan tersebut dapat menikmati permandangan yang cukup indah dan teruja tengok gunung ganang di sekeliling Guilin town tersebut. Cantik sungguh. Macam Bandar Ipoh pun ada...... Dek kerana masih terlalu awal kami pi melawat tempat ni dulu ok.
Mula-mula kami dibawa melawat tempat ni la.... Elephant Trunk Hill yang terletak di Li River. Masuk kat sini pun kena bayaq ok. Tapi dah masuk dalam package dah. Bentuk bukit yang satu ni berbentuk macam gajah ok. Bila ditenung lama-lama memang ler Nampak macam gajah jugak ok la.
Ni la group akak yang pi ni semua lebih kurang 17 orang termasuk tour leader dari Malaysian Harmony dan 18 orang dgn tour leader dari Guilin. Ramai pompuan kan......
Semua dok pakai baju kebangsaan Guilin ni. Kena bayar juga 100 RMB. Pakai jer ler melaram. Cantik juga kan....
Kak Suriahati dengan pakaiannya |
kak Ainun Maziah melaram juga |
Kak Azizah Hassim, Kak Zuraida, Kak Suriahati, Kak Ainun Maziah (Kak Chik) dan Kak Dilla yang dok melaram sangat2 ni. Tapi sangat seronok ok. Akak silap tak buka cermin mata tu. Nampak lain sikit kan bila pakai spek mata tu. Pelek sikit.... tak lawa.... ha ha ha...... Jom layan gambaq........
Kawasan riadah ni juga boleh dikatakan cantik dan tempat yang selalu travel agen bawa apabila kita bercuti ke Guilin. Kat dalam sungai-sungai tu ada juga replica gajah2 yang beriadah melambangkan gajah merupakan binatang yang agak menarik juga di Guilin ni. Begitu juga replica burung cormorant ni. Burung yang menjadi idola kepada semua nelayan di Guilin kerana burung ini menolong nelayan2 menangkap ikan. Hmmmm intresting......
Sepanjang perjalanan nak ke bas kami melalui lorong pejalan kaki buat pelancong dan penduduk tempatan beriadah. Di sini banyak orang-orang yang berjualan di kaki lima tempat berjalan kaki ni. Macam macam buah2an dijual dan juga kuih tempatan Guilin. Memang unik melihatnya. Kebanyakan orang perempuan yang menjual. Haaa orang pompuan kan rajin. Walaupun orang lelaki ketua keluarga tetapi yang rajin sudah semestinya kaun wanita beb. Jom layan gambaq.......
Tak larat akak nak angkat ok berat. |
Lepas melawat Elephant Trunk Hill tu kami baharu dibawa untuk lunch disebuah restoran makanan halal agak lewat juga makan pada hari mula mula ini. Makanan mula2 ni memang rasa sedap jer sebab lapar ok. Kami makan dengan lahabnya dan habis.Kelaparan kannn.... Nama restoran tu Endian Halal Restaurant tapi pemiliknya orang China Muslim. Gambaq makanan amik juga hari tu tapi tak jumpa search dalam camera.....
Mula mula dijamunya kacang kuda ni. |
Ni dekat restoran tu bersama kak Zah dan kak Dilla melaram naik moto yang uniknya sarung tangan kat moto tu.... |
Selepas makan kami check in ke Hotel Mingfeng International Guilin. Malam keluar lagi untuk makan malam dan round round Bandar Guilin serta melihat permadangan di waktu malam di Guilin ni. Memang sungguh cantik permandangan diwaktu malam dengan lampu2 yang berkerdipan serta bewarna warni. Tetapi alangkah sedihnya sebab waktu malam pada hari tersebut tersangatlah sejuknya. jadi nak bergambar pun tak talok. Akak sempat juga amik gambaq Twin Pagoda ini yang terletak ditengah2 tasik ni. Pagoda ini bernama Sun dan Moon. Banyak lagi tempat yang kami melawat pada malam itu tapi tak larat dah. Kemudian balik hotel dan tido zzzzzz. Esok kita sambung yer......letih.....
to be continue.........
Salam sayang dari akak,