Jumaat, 3 Jun 2016

SUP TULANG ZZ JOHOR BHARU



Assalamualaikum semua readers..... akak sibuk sangat2 sampai tak dan nak update blog akak ni hah. Banyak lagi entry yang tertangguh. Husss.... Sebelum terlupa akak nak cerita pasal restoran ni Sup Tulang ZZ. Ok bulan Mei 2016 hari tu akak ada kerja kat JB jadi sambil menyelam minum air la kami ni. Dah terlajak ke JB kami singgah makan kat sini. Wow first time tau akak makan kat sini. Ni pun sebab Pengarah akak Cikna Zulaina bagi tau kerana dia pernah makan bersama family dia semasa bertandang ke JB tu. Memang mavelous ok akak dah makan dah. Sedap sesungguhnya sedap.



 


Tempat ni memang tersorok sikit ok. Walaupun pakai waze masih tak betul juga jalannya. Pada hal dekat jer. Restoran ni terletak di belakang Hospital Sultanah Aminah..... kami ikut jalan Mariamah....ya yang itu akak ingat. Jumpa juga bangunan warisan Johor tu. Mungkin yang kami ikut ni jalan sebelah lain sebab bos akak cakap kena masuk terowong tapi kami tak jumpa terowong pun. Tak pa lakan janji sampai ok. Tapi kalau nak guna waze tulis je JKR Daerah Johor Baharu. Dia akan bawa sampai tempat dituju. Jom layan gambaq.......








Sampai2 je kami ode goreng pisang yang dicicah kuah cili api tu memang sedap sangat2. Susah nak jumpa kat Selangor goreng pisang macam tu tapi kat JB memang famous goreng pisang tu. Kami semua makan mee rebus tulang gear box. Uwaaaa.... mengancam sungguh dan sedap. Portion dia memang banyak gila. Harga berpatutan pulak. Akak tak tau la harga berapa sebab big bos akak yang bayar dia belanje ok. Ni kat bawah ni alamat restoran ni cari dalam tenet je...... 

 
 photo P1030922.jpg





Haaa akak tido di Puteri Pan Pacific Hotel, JB. Cantik hotel ni. Makan pun sedap. Dekat dengan tempat shopping kompleks dan dekat dengan pasar karat. Kami jalan kaki jer pi pasar karat tu. Macam2 ada jual di pasar karat tu biasa lah kan dah datang kena juga pergi jenjalan kat situ. Dapat juga beli perfume bukan ori punya murah ok. Jadiler....


Jalan2 pi pasar karat







Selama 3h 2m kat situ puas juga jalan2 kat shopping kompleks yang berhampiran. Last day sebelum balik ke KL bergambar dulu di sekitar kawasan hotel tersebut. Buat kenagan ok.







Ni puan Pengarah dan Timbalan Pengarah
 



Ok selamat tinggal JB. Kami berlima balik KL pagi tu nak singgah makan asam pedas kat Melaka ok. Asam pedas yang sedap dekat Bukit Katil jommmmm.....





Sebelum tu singgah dulu beli jajan kami ikut jalan lama. Jadi banyak jumpa gerai-gerai jualan tepi jalan yang menjual kerepek2 dan macam2 lagi ok. Tengok tu semua pakat borong. Boss borong mee sanggul bagi kat staff mudah2an rezeki bos murah ok....




  




Haaa tu dia dah sampai kedai Makan Hajah Rahmah di Bukit Katil Melaka ni. Asam pedas dia memang meletop ok. Sedap dan berpatutan. Akak memang pernah makan kat sini sewaktu datang ke Melaka tu yang akak tahu tu. Jika tuan puan nak pi Melaka jangan lupa singgah sini untuk makan asam pedas ni ok. Terjamin sedap. Semua masakannya sedap dan berbaloi. Selepas makan tengahari tu kami terus balik ke KL..... sungguh seronok ke JB dan Melaka sekali ni.... Hmmm bila lagi nak sampai tak tahu ler.....bye.....


 Salam sayang,



Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign