Rabu, 10 Jun 2015

KARI IKAN REMPAH BLENDER



Assalamualaikum semua pembaca yang budiman. Hari ni mmg akak terlalu rindukan masakan orang2 yang akak sayang yang pernah membela akak dari kecik. Mereka ada yang telah meninggalkan kita semua. Ada juga yang masih hidup hingga sekarang. Akak mmg suka makan kari ikan. Tak kira lah ikan apa pun tak apa. Janji kari. Dulu masa akak kecik2 mmg tinggal dengan moyang. Bila moyang dah tak ada tinggal pula dengan datok. Dengan tok sedara dan mak sedara pun pernah tinggal juga.

Alkisah nya bila dok dengan depa ni semua masak kari guna rempah giling. Mamak malbari la katakan. Ada keturunan tu sikit. Akak mmg tak reti nak giling rempah. Bila tok suruh belajaq giling abis pedih tangan semua. Lansung tak mau giling dah. Serik. Bila masak guna rempah ni makan mmg lah sangat2 sedap ok. Tak percaya cuba lah masak tengok.

Resepi ni mmg turun temurun dari datok akak. Sukatannya:-

Bahan-bahannya:-

3 sudu besar rempah biji/ketumbar
1 sudu besar jintan putih
 1/2 sudu lada hitam
1 sudu kecil kunyit serbuk
Bawang merah 5 ulas
Bawang putih 3 ulas

Semua bahan2 di atas blender hingga halus ok. Campur dengan air asam jawa agak2 lah ya. Lepas tu tumis lah macam nak buat kari tu. Jangan lupa letak santan juga. Bila dah masak boleh di hidangkan. Tak payah pun guna rempah serbuk ok. 
Sila tuan/puan cuba ok.
Selamat Mencuba. Cara2 nya klik di sini ya
K bai.....

Salam sayang,





KARI KEPALA IKAN MERAH


Assalamualaikum semua...hais akak ni nak ajar korang buat kari kepala ikan merah yang sedap. Mungkin korang dah tahu dan lebih pandai dari akak kan... tak pe la akak buat ni utk jadi santapan anak2 menantu dan cucu2 akak di hari kemudian. Hmmm utk pengetahuan semua akak ni mmg org jati Penang mari daa...jadi akak mmg suka sgt mkn kari ni. Anak2 akak pun jadi terikut2 suka makan kari. Kalau kari kering yang telah dipanaskan semalam punya tu laaaagiii best. Adoi....bulan posa ni cakap pasai kari la pulak terlioq akak no....hah ni dia bahan2nya....

Bahan-bahannya:-

Seekor ikan merah ambil kepala ja
Kelapa suku biji dibuat 2@3 cawan santan
Rempah serbuk kari 3 sudu besar
Asam jawa segenggam dikepal
Sedikit bendi, terung, cili muda dan tomato
Bawang merah 5 ulas
Bawang putih 3 ulas
Sedikit halba campur
Setangkai daun kari
Secubit garam kasar
Sedikit minyak masak untuk menumis

Cara-cara membuatnya:-

Asam jawa dibancuh dgn air bagi jadi 1 cawan tapis ambil airnya dan dibancuh dengan serbuk kari. Tumis bawang merah, bawang putih, halba campur dan daun kari. Goreng hingga garing kemudian masukan rempah kari tadi dan kacau hingga sebati dan masak hingga naik bau lebih kurang 20minit lah. Kemudian masukan santan tadi masak lagi hingga didihan pertama. Masukan kepala ikan dan masak hingga mendidih. Masukan garam rasa la. Kemudian masukan sayur2an tadi. Siap dan angkat untuk dihidangkan dan dimakan dengan nasi panas dan kicap...wow best.


Akak nak bagi tahu ni zaman dulu2 tok dan mak akak depa buat kari ni guna rempah giling. Lagi sedap la. Depa giling rempah2 tu. Hai akak ni merasa la juga giling rempah masa muda2 zaman anak remaja dulu tu. Adoiyai...panas tangan sampai berjam2 nak pulih kembali mmg tobat la tak nak giling rempah lagi bila tok/mak suruh. Orang dulu2 ni depa tak makan rempah serbuk ni. Tak sedap kata depa la. Bagi akak sama ja rasa sedap nya. Buat masam2 sikit baru terangkat. Ok lah no...hga jumpa lagi dilain entry masak memasak ni. Selamat mencuba.

Salam sayang,

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign