Sabtu, 9 Mac 2013

UMRAH DAN ZIARAH 2009 -CATATAN PERJALANANKU.



Pada tahun 2009 di bulan Ramadhan akak dan suami berpeluang pergi mengerjakan umrah di tanah suci Mekah. Akak bersama 11 orang sahabat sepejabat telah dapat mengerjakan umrah kerana mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang(AKC) dan berkhidmat lebih 25 tahun di pejabat akak tu. Alhamdulillah rezeki lah tu.....
Sahabat-sahabat akak yang pergi bersama ialah:-
1. Puan Hjh Norizam bt Samsuri
2.Puan Hjh Jamaliah bt Ahmad(Akak lah)
3.En Roslan bin Harun
4. Tuan Hj. Md Nor Ajir
5. En. Mohd Isa bin Hashim
6. En Abdul Wahid bin Jubri
7. En. Hamzah bin Eden
8. En. Mohd Arshad bin Zulkifli
9. En Tamiri bin Mohd Sari
10. En Saari bin Sukir
11. Osman bin Husin
Turut serta dalam rombongan ini ialah suami akak Tuan Hj Mohamad Nashuki bin Kushairi dan suami Puan Hjh Norizam iaitu Tuan Hj Abd Hamid bin Saiyudi.


Tuan TYDP dan pengarah2 jabatan turut serta meraikan kami.




Pada pagi hari keberangkatan tu kami bertolak dari ofis. Terharu sungguh sahabat-sahabat yang ramai beratur dilobi bagi memberi penghormatan terakhir. Hish hish macam akak tak balik dah dan seolah-olah macam farewell untuk akak...hiii sedey bangat....Kami semua bertolak dengan menaiki bas ofis....yang pergi 13 orang jer tapi yang menghantarnya satu bas weh.....



Semasa di airport.
Kakak Sulong Akak Puan Hjh Jamilah Ahmad tak ketinggalan menghantar kami.
Kami semua pergi dengan agensi Umrah Irna Yakin Travel and Tours. Kami semua akan terus g ke Mekah jadi di airpot dah kena pakai ihram kerana akan miqat atas kapal terbang di Qarnul Manazil. Di Mekah hotel kami dekat je dgn Masjidil Haram lebih kurang 50meter je....kami masuk ikut pintu Al Malek Fadh. Dekat stesen bas merah tu....Skrg ni tak tau la samada hotel tu dah roboh atau ada lagi....kena pi tgk la no. Di Madinah kami tinggal di hotel Jawharat Al Fayros yang terletak lebih kurang 100 meter daripada Masjid Nabawi. Selesa sangat hotelnya. Semasa akak pergi tu teserempaklah dengan artis-artis Malaysia spt Rubiah Suparman dan Habsah Hassan yang tinggal bersama kami di Hotel yang sama. Gambar ada amik tapi tak jumpa nak upload.




Semasa di Mekah dan Madinah kami byk beribadah kerana bulan puasa dan panas yang terlalu tinggi. Kami juga sempat pergi ziarah spt Jabal Rahmah, Bukit Uhud, Jabal Tsur, Kilang membuat Kain Kabah tapi tutup tak boleh masuk, ladang unta dan masjid Quba dan byk lagi.


Bersama Hjh Norizam dan suami Hj Abd Hamid...akak dan hubby.

Mohd Arshad Zulkifli dan isteri Kak Saadiah
Berhampiran hotel kami tinggal di Mekah.
Sempat bergambar di hadapan kaabah.
Bersama kak Saadiah.

Gambar2 g umrah ni tak tahu lah akak simpan kat mana sbb dah lupa tu lah update blog lama sesgt....beziii....jika terjumpa nti akan diusahakan utk di upload dalam entry ni....ok lah akak pun dah penat nak menaip ni....hga jumpa lagi di lain entry....sekian Assalamualaikum.....
Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign