Isnin, 11 Mac 2013

MY DREAM TO LONDON

Syukur Alhamdulillah....tertunailah juga hasrat akak utk menjejakkan kaki ke London. Pada 15 Mac hingga 31 Mac 2013 ni akak akan berangkat ke London.....holiday....yeahhhh....


Persiapan?....nak citer kat korang akak ni dari bulan Januari dah mula buat persiapan...baca blog-blog cerita2 ke Europe tu dapatkan tips sikit-sikit....huh tiga bulan tak leh tdo lelap dan sangat-sangat teruja kerana dok tgu masa nak berangkat ke London tu....tiket dah booking lama....takut pun ada bila baca macam-macam cerita yg tak elok kat sana macam pick pocket dsbnya....sonok pun ada sbb tak sabaq-sabaq nak tgk negara org putih la kan....Mula-mula akak siapkan Thermal Long John ada lah beli 2 pasang....kakak bagi pinjam satu pasang jadi 3 pasang lah akak nak bawa ke sana.....baju panas pun kakak dan anak bagi pinjam....tak de le beli pun....sarung tangan juga depa bagi....depa kata masa akak p nti tak der la sejuk sgt....tapi akak get ready je sbb akak ni tak tahan sejuk.....takut semput....dah berumur ni kan kene bersedia la kan cuaca tak menentu....Duit pound pun dah akak tukar sikit-sikit....duit Euro dan Swiss Frank(CHF) belum lagi....akak pun tak tahu lagi itinerary bagi trip kita org ni nak ke mana?Tapi depa kata pi juga Europe...ntahlah Europe tu negara lain la kot....macam Perancis, Holland dll....Akak tukaq duit awal-awal sbb takut semasa cuti raya Cina depa kata duit pound dan Euro akan naik lagi....Masa akak tukaq duit 1 pound sama dgn RM4.70. Dekat London dan UK kene guna Pound....tapi negara lain guna Euro.

Duit Euro....1Euro=RM4.00

Duit Pound(GBP)....1pound=RM5.00
CHF 1 = RM3.30
Akak buat persiapan ni pun lintang pukang je...tangkap muat je ape yg ingat nak bawa letak dalam list...yang penting charger hp...bateri kamera bawa lah spare 2  @ 3 biji....bawa juga memory card...mana la tau kot-kot dah penuh amik gambar dah tak leh nak snap lagi kan rugi...p negara orang jauh-jauh tak leh amik gambaq pulak...hah lagi satu bawa adapter yg semua negara leh pakai tu....akak punya adik ipaq bagi pinjam....jadi la...

Sebenarnya akak ni mmg tak tau langsung pasai Europe ni....almaklum lah tak penah p melancong kat sana. Kawan-kawan kata bawa bekalan seperti nasi goreng Nasgera, Nasi lemak Nasgera pun ada, nasi ayam Nasgera ada juga dan nasi putih dan asam pedas Nasgera, maggi, snickers, cloud 9 ke dan milo 3in1 ke dll lg....jadi akak pun cadang nak bawa juga benda-benda snack food tu...mana la tau leh makan bila lapaq-lapaq...hmm jimat sikit duit kan.... Nasgera ni akak beli kat Mydin USJ dengan harga RM3.45 semangkuk macam dalam gambar di bawah ni.......akak dah cuba makan dah mmg sedap dan boleh le jika nak mkn kat negeri omputih tu....mesti berselera punya......Akak bawa juga serunding dan nasi impit.

Product Nasgera


Hah kasut yang sesuai? Mmg akak tak dak kasut pun....kena pi cari kat kedai la...cadangan akak nak beli boot...leh le melaram sikit p negara org putih la no...kena la smart dan lawa sikit tapi tak tau la boot tu sesuai atau tak. Lagi satu jangan lupa bawa lah sun glass leh la melaram kat sana. Mafla pun penting juga bawa sekali, akak pun bawa payung lipat dan baju ujan yg beli kat USS dulu tu...manalah tau takut hujan pulak kat negara orang tu....sediakan payung sebelum hujan.....kan?

Boot yg akak beli sedap dipakai selesa utk berjalan jauh...
Adapter ni yg paling penting sekali....


Owh sebenarnya akak akan berangkat ke Heathrow, London pada 15hb. Mac, 2013 jadi ada masa lebih kurang 4 hari nak round-round dan posing-posing kat London tu....akak masih belum dapat itinerary dari group akak lagi nak pi mana kat London tu....tunggu je la ok...nti akak update ok.....dengar depa kata nak dok kat Bedford.

Group akak ni buat persiapan dari awal lagi....pada 18 Januari 2013 kami dah buat booking dengan....
www.expatexplore.com/europe_taster/index.html
Kami ambil package di bawah ni....dari London kami akan pergi ke Dover, pas tu masuk ke Bruges di Belgium, Amsterdam di Holland, pas tu ke German...Rhine Valley, St Goar dan Black Forest, pas tu ke Jungfrau, Switzerland, kemudian gi Perancis...Paris dan akhir sekali balik ke London semula. Package ni selama 6 hari bermula dari 20hb. Mac hingga 26 Mac 2013. Package tu berharga 379Pound. Lebihkurang RM1895.00. Tunggu yek nanti akak update entry ni lagi....hish...hish tak sabar nak pegang salji.....seumur hidup tak penah tgk salji....mesti jakun kannnn....




Balik dari Europe Tour tu group akak dah booking tiket flight nak pi Sepanyol(Spain) pulak. InsyaAllah pada 27hb. Mac, 2013 kami akan naik kapalterbang dari airport Luton ke Madrid dengan harga tiket RM276.00. Sampai di Madrid kami akan amik tren laju (AVE) ke Cordoba lebih kurang 2jam sampailah ke Cordoba. Harga tiket 55EURO sama dengan RM220.00. Bertolak jam 3ptg hingga 5ptg. Di Cordoba akak akan tidor di Maestre Cordoba Hotel dengan bayaran RM84.00/pax. Akak masih tak tahu lagi itinerary nak buat apa kat sana kita tunggu.....ye nanti akak story kat entry yea....Depa kata nak masuk Alhamra tiket dah booking dengan agen sbb takut tiket sold out or queue panjang...tu yang mahal sikit. Harga biasa tiket ke Alhamra EURO13 je...tapi dengan agen kena bayar EURO14.30 sama dengan RM60.00 lebih kurang la no....

Ok 28hb. Mac, 2013 akak akan bertolak dari Cordoba ke Granada dengan menaiki bas ALSA pada jam seawal 8.00pagi hingga 11.00 pagi lebihkurang 3jam akan sampai ke Granada. Harga tiket bas ni 16EURO sama dengan RM64.00. Di Granada akak akan tidor di Hotel Granada dengan harga RM102.00/pax. Kat sini pun akak tak tahu lagi itinerary nak buat apa kat sana kita tunggu.....ye nanti akak story kat entry yea....sabaq...sabaq...no...

Hari berikutnya 29hb. Mac, 2013 akak akan menaiki bas ALSA lagi ke Malaga. Ambil masa lebih kurang 3 jam juga dari 7pagi hingga 9pagi. Harga tiket bas ni 16EURO sama dengan RM64.00. Di Malaga akak pun tak tahu lagi itinerary nak buat apa kat sana kita tunggu.....ye nanti akak story kat entry yea....sabaq...sabaq...no...

Akak akan balik dari Malaga menaiki kapalterbang ke Luton dengan harga tiket RM158.00. Last sekali 30hb. Mac, 2013 akak akan bertolak balik ke Malaysia dari Heathrow, London dijangka sampai ke Malaysia pada 31hb. Mac, 2013.

Oklah...kepada semua pembaca-pembaca yang suka membaca bolg akak ni akak janji akan ceritakan pengalaman akak semasa di Europe ni....InsyaAllah....Doakan akak selamat pergi dan kembali serta dipermudahkan oleh NYA....AMIN. BON VOYAGE.....



Komen
5 Komen

5 ulasan:

mdnasiridris berkata...

salam. camna debgab travelog ni, nak baca pengalaman anda.saya dah banyak adventure ke negara asing terutamanya timur tengah sewaktu belajar di Madinah, Arab Saudi dahulu tapi nak tulis travelog sangat berat rasanya.

alhamdulillah, bulan November 2011, saya menjelajah bumi andalusia. pada awalnya saya hanya nak ke andalusia sahaja kerana cita2 untuk melawat bekas2 peninggalan wilayah Islam ini telah tersemat sejak remaja lagi setelah membaca tamadun Islam di Andalusia, tetapi oleh kerana tiket pesawat mahal saya ke itali dahulu selama 6 hari, kemudian dari venice ke Ishbiliyyah ( seville kata orang sepanyol ) menaiki ryanair iaitu pesawat seperti air asia. setelah itu ke Qurtubah (Cordova), Jabal Toriq ( Gibraltar wilayah UK). Dari jabal toriq ke Gharnatah (granada), sempat juga ke Sirra Nevada untuk bermain salji dan seterusnya ke Madrid. Dari Madrid menaiki bas ke Paris selama 18 jam (4 kali berhenti). Hanya 2 malam shj di Paris dan tak sempat ke London kerana tiket penerbangan pulang sudah di tempah . Jumlah hari 18 hari dan belanja semua 5500RM seorang termasuk tiket 2400RM dengan Kuwait airways, routenya KL Kuwait Rome dan pulang Paris Kuwait KL.

Asalnya nak jelajah bersama seorang kawan tp last minit kawan tu ada hal dan saya ambil keputusan untuk jelajah secara solo kerana sewaktu remaja dulu saya pernah pergi bangkok, singapore dan lain2 negara secara solo tetapi isteri nak ikut sama. Oleh itu kami berdua menjelajah secara backpacking dalam usia saya separuh abad. Memang sukar nak berkomunikasi dengan masyarakat di negara2 yg kami lawati kerana mereka tak boleh berbahasa inggeris tetapi ALLAH Maha Penyayang kerana sepanjang kembara ketika mengalami kesukaran alhamdulillah kami bertemu dengan orang2 Arab dan saya boleh berbahasa Arab.

Banyak pengalaman yang kami perolihi sepanjang kembara ini. Hajat hati nak tulis travelog tetapi memerlukan masa.

Kami naik tram dari airport Rome ke Roma Termini. Memang susah nak cari hotel di Rome yang telah pun di tempah awal di booking com. Itu pun setelah tanya mat bangla yg kerja di cybercafe. Dia cari dalam google dan setelah itu kebetulan kawannya nak pergi hampir dengan hotel itu. alhamdulillah , akhirnya jumpa setelah 2 jam berpusing2 sebelum jumpa mat Bangla tadi. semoga ALLAH beri ganjaran kepadanya. Aamin. Hari ke 3 kami sewa hotel depan stesyen Roma Termini.

Ketika di venice jumpa dengan mat bangla yang pernah kerja di Malaysia. Saya tanya dia arah nak gi masjid. Katanya kena naik bas ke Islamic Centre ikut jalan darat. Hentian bas letaknya atas dari stesyen keretapi. Kami juga menjelajah ke Pisa, Firenza, Venezia dengan tren kerana setelah tanya orang tiada bas ke tempat2 tersebut. Kami juga nak pergi ke Milan dan seterusnya ke Switzland nak main salji tapi tak ada kesempatan takut tak sempat ke Andalusia yang merupakan tempat utama kembara kami.

Insha ALLAH, tahun ini atau tahun depan saya cadang nak backpacking ke negara yang lain pula seperti london, netherland, switzland, Portugal, Brussels, Hungary dan lain-lain.

Juga ingin melawat laluan sutera untuk melihat wilayah autonomi umat Islam China yang satu ketika dulu sebelum komunis China menaklukinya bernama Turkistan Timur. Saya pernah ke Beijing tahun 2004 dan tinggal di rumah sepupu saya yg mengajar Bahasa Melayu di Beijing Foreign Universiti. Sebaik tiba di Beijing saya terus talipon airlines untuk ke Xinjiang tetapi hrg flight 2400yuan dan bila saya tanya keretapi saya diberitahu perjalanan 48 jam. Olih kerana cuti terhad saya berazam utk pergi lain kali shj. Akhirnya saya ke Tianjin melawat perkampungan orang Islam di sana.

Namun begitu rasanya tahun ini tak dapat kembara jauh2 kerana saya dah umrah 2 kali. kali terakhir pd 23.5.2013 , umrah dan melawat istanbul. saya bawa jamaah seramai 24 orang. Pada 22 hingga 26.10.2013 saya dan 4 orang rakan akan backpacking ke seam reap- pnom penh dan ho chi minh. Rasanya tahun ni yang ada baki 5 bulan lagi cukuplah ke Indonesia, sabah, Serawak dan Brunei sahaja. Semoga ALLAH memudahkan dan memakbulkan hasrat saya ini

Unknown berkata...

InsyaAllah semuga perjalanan tuan hamba dipermudahkan. Saya amat tertarik dgn travelog tuan hamba. Terima kasih juga kerana sudi singgah di blog saya yang serba kekurangan ini. Minta panduan dan tunjukajar kepada saya dan terima kasih juga kerana sudi menjadi sahabat saya. Jgn lupa sertai tapak blog saya. Saya juga akan follow tuan hamba. TQVM.

Unknown berkata...

Nak tukar duit paun 50 dengan 20

Tanpa Nama berkata...

Tq tuan sudi singgah blog akak

Tanpa Nama berkata...

Tq lama dah saya x tulis blog. Komputer saya kena curi

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign