Sabtu, 2 Mac 2013

CUTI CUTI BERSAMA FAMILY 2011 ~ PANGKOR ISLAND.

Assalamualaikum dan salam sejahtera....semua pembaca budiman....ni akak nak citer cuti-cuti akak bersama family. Sebenaqnya citer ni dah lama...hmmm pada  25-26 Jun 2011 akak dan famili g berholiday di Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan. Nak tahu famili suami akak ni   orang Bota, Perak. Jadi kami tak berkesempatan lansung nak pi Pulau Pangkor sehinggalah ada cadangan untuk ke sana dan semua bersetuju untuk join sama. Apa lg adik-adik ada yang nak ikut, anak buah juga nak join. Akak dan famili bertolak diawal pagi dari KL ke Jeti Lumut. Adik-adik dan ibu mertua yang dok di Bota tgu kat Jeti Lumut. Lebihkurang 3jam sampai di Jeti Lumut terus amik tiket feri untuk ke Pulau Pangkor. Harga tiket RM10.00 seorang untuk duahala.

Picture










Kami dalam feri.




Feri Naik Selalu ni lah yang kami naik.



Selamat sampai di Pulau Pangkor semua happy.



Van yang kami sewa RM20.00 satu van.


Kami tinggal di Pangkor Bayview Beach Resort yang terletak di Teluk Nipah. Hmm selesa juga chalet ni....sebilik 2 orang. Kami amik bilik standard je RM160/night. Ok la tu selesa sangat. Breakfast dia tak bagi....kami makan pagi, tengahari dan malam kat gerai-gerai yang ada di kawasan tsbt je...byk kedai.



Picture


Picture
Swimming pool.





Coral Island
XTVT di sini byk mula-mula kami semua naik boat tour Island harga satu boat dah tak ingat adik ipo sponser.....yang paling best sekali mak mertua spoting abis walaupun umur dah 87tahun masih join lagi naik boat tu siap pakai life jacket lagi....cayalah mak. Ada juga diantara kami mostly anak-anak pergi snorkling kat Coral Island mmg happening habis....syok mandi laut. Tu pun ada yang kata tak puas mandi sbb sejam ja. Satu jam RM berapa akak pun tak igt dah...kene google le....



Batu berbentuk penyu.

Hahh ni batu yang merupai kepala buaya. Selalunya jika kita hopping island ni pemandu boat tu akan bawa kita kat sini. Sejarahnya akak tak tahu cari dalam google pun tak der. Hmm cuma batu yang terhakis air la kot. Bukan macam sumpahan Si Tenggang ke Malim Kundang ke.....layan jer la....





Peralatan snorkling untuk disewa.
Dinner di Pulau.
XTVT basikal pun ada. Kene sewa juga. x silap sejam RM10.00.

Mak mertua yang tabah....anak cucu melayan opah nya.
Akak mmg suka laut....

Semasa balik
The next day kami balik dan singgah di Bandar Lumut beli jajan sikit2.....ikan bilis, belacan dan hasil makanan laut.

Suami penat tgu kami shopping.


Mak mertua yang cool.
Semasa shoping hasil laut di Lumut tu ibu mertua serta yang lain2 duduk minum2 di gerai dekat jeti Lumut tu pekena ais kacang, char kue tiow dan kuih muih yang lazat2 serta enak sekali. Selepas membeli belah kami semua yang tinggal di KL ni akan terus balik ke KL sebab malam nanti kami akan sambut Fathers Day di Aroma Ikan Bakar di Jeram, Selangor menantu akak nak belanja makan. Apa lagi kami pun dari Lumut terus bergegas ke Jeram,Selangor sbb takut lewat sampai untuk dinner di sana. Nanti akak update cerita sambut Hari Bapa di Aroma Ikan Bakar pula....tungguuuuuu........bye.
Komen
2 Komen

2 ulasan:

Unknown berkata...

Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

Unknown berkata...

Tq Amsyahril sudi baca blog akak, akak akan ke bali pada 2-6 okt boleh bagi ground kat sana. Email akak jamaliah@mps.gov.my

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign