Khamis, 28 Februari 2013

MY RESEPI AT JAMM'S KITCHEN RENDANG AYAM

Semua bahan-bahan ni diblender halus.
Assalamualaikum semua....hmmm ni nak story sikit pasai akak ni sebenaq nya tak pandai nak buat rendang ayam. Selalu try buat tapi tak jadi la sangat. Boleh le makan tapi tak de la sedap sangat. Kalu ada sapa-sapa yang pandai masak rendang ayam tolong lah bagi tau caranya. Ok lah kita layan dulu resepi akak ni:-

Bahan-Bahanya:
Seekor ayam daging
Sekilo Santan
Kerisek 2 senduk
Serai 20 pokok
Lengkuas 5 inci
Cili blender 2 senduk/Cili api 30 biji nak pedas tambah lagi
Bawang putih 5 ulas
Bawang Merah 5 labu
Daun kunyit 5 helai dipotong halus
Serai ketuk 2 batang
Daun limau purut 2 helai

Ayam dibersihkan dan di tos serta dimasukan dalam kuali.
Campur semua bahan-bahan yang dikisar tadi dan campur kerisek dan cili blender.
Masak atas api yang sederhana hingga kering.

Bila dah kering letakan daun kunyit yang telah dihiris tadi.
Masak hingga kering dan kacau.
Rendang ayam ni boleh dimakan dengan pulut kuning, ketupat, nasi impit dan nasik panas-panas dan macam-macam lagi. Ok lah jadi juga rendang akak ni baru belajaq la kan....kan...kan...hingga berjumpa lagi dilain entry....Enjoy....
Komen
2 Komen

2 ulasan:

Call me, Eyka berkata...

Sedap nyaaa nak try buat lab bila RAJIN nnti hikhij

Unknown berkata...

Makngah tahu iqa dh pandai msk skrg

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign