Rabu, 27 Februari 2013

MY RESEPI AT JAMM'S KITCHEN.....LAKSA PENANG.


Assalamualaikum semua....selamat berhujung minggu. Hari ini akak buat laksa sbb lama dah tak makan laksa buatan sendiri....laksa ni beli jer kat kedai dan rebus. Ok....kuahnya...akak nak kongsi resepi dgn korang la....kuah laksa ni mak akak yang ajar cara-cara membuatnya.....senang jer...cubalah kalau tak cuba kita tak tau nak buat...

Bahan-bahannya:-

Sebungkus laksa kering direndam dan direbus hingga lembut.
Telur ayam direbus

Bahan kuahnya:-

Sekilo ikan sadin atau pelaling atau kembong
Cili kisar satu senduk ikut suka nak pedas boh lebih cili
Asam keping RM1.00
Daun kesum RM1.00
Bunga Kantan 2 kuntum
Belacan 1 inci
Sedikit garam

Cara-cara membuatnya:-



Rebus ikan hingga keluar matanya. Asingkan isi ikan dengan tulang. Kemudian diblender dan di tapis isi ikan tersebut serta dimasukan ke dalam air rebusan ikan tadi. Tulang dan kepala ikan yang diasingkan tadi diblender juga dan ditapis dengan penapis halus dan dimasukan kedalam air rebusan tadi juga. Buat lah 2 atau 3 kali sehingga tulang putih seperti gambar di bawah. Selepas itu bolehlah dimasak atas api yang sederhana hingga mendidih. Masukan garam secukup rasa.Selepas itu bolehlah diangkat dan sedia dimakan 







Gambar ehsan dari google
Gambar ehsan dari google
Gambar ehsan dari google
Gambar ehsan dari google

Air rebusan ikan dicampur daun kesum, bunga kantan, cili blender dan asam keping
Kemudian masukan isi ikan yang telah diblender
Dimasak atas api yang sederhana



Daun Selom, timun, bawang dan cili dihiris.

Till we meet again....Selamat Mencuba.....
Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign