Selasa, 19 Februari 2013

CERAMAH PAGI JUMAAT 15 FEBRUARI 2013.

Photo: Ceramah agama oleh ustaz drs ahmad termizi abdul razak.



Akak ingin kongsi sedikit ceramah yang akak dengar pagi Jumaat yang lalu yang telah disampaikan oleh Al Fadil Ustaz Drs. Ahmad Termizi bin Abdul Razak untuk renungan semua rakan-rakan blog. Tajuk ceramah ni akak tak berapa pasti sangat la....lebih kurang mcm ni "Nilai-nilai Mulia Dalam Kehidupan". 

Kita hidup mesti ada ASK....
A=Attitude
S=Skill
K=Knowledge

Nilai Mulia Dalam Kehidupan:-
1. Nilai Keimanan
2. Nilai Ketaqwaan
3. Nilai Ketabahan
4. Nilai Kesabaran
5. Nilai Pengabdian
6. Nilai Keinsafan
7. Nilai Kemurnian

Apa yang kita cari dalam hidup kita?

1. Kemegahan ~ Biar pape asal bergaye...
2. Kemewahan ~ Jangan jadi hamba duit....
3. Kepuasan
4. Keselesaan

Barokah Amal

1. Niat Cari Redho Allah
2. Pekerjaan diakui oleh Islam
3. Tidak menganiaya orang lain
4. Bersungguh-sungguh dalam bekerja
5. Tidak meninggalkan tuntutan ibadah khususnya pada Allah.
"ORANG YANG BIJAK SENTIASA MAHU BERUBAH WALAUPUN IA TIDAK DIRANSANG".

Dekatkan jiwa dengan pencipta:-

1. Jaga suruhannya agar jiwa hidup
2. Baca kitabnya agar jiwa tenang
3. Muliakan akhlak dari terpelihara
4. Amal sunnah Nabi hidup ada panduan
5. Cinta kebaikan ia mendorong rahmat
6. Hindar kejahatan punca kebaikan

Redholah dan Bersyukurlah.

1. Syukur sebagai Muslim
2. Redho nikmat dan ketenangan
3. Kasih kepada rakan dan organisasi
4. Syukur dengan apa yang ada dan kerja kita
5. Hargai pemberian orang lain

Jauhilah:-

1. Budaya memburukan orang lain
2. Komplen
3. Budaya cari salah orang


Rahsia Terapi Hati Agar Hati Hidup:-
1. Qiyamulail
2. Baca Kalam Allah
3. Berzikir
4. Duduk dalam majlis ilmu
5. Berdoa
6. Bertaubat

Zikir

1. Subhanallah
2. Alhamdulillah
3.Wala Ila Haillallah
4. Allahuakbar
5. Wala Hau La Wala Quwatailla Billah...
6. La ila Haillallah
7. Allah...Allah...Allah
8. Asbi robbi jalallah ma fi qolbi qoirollah Nur Muhammad sallallah.....

3 Kategori Manusia

1. Orang yang berjaya ~Hari ini lebih baik daripada semalam
2. Orang yang terpedaya ~Hari ini sama seperti semalam
3. Orang yang celaka ~Hari ini lebih teruk dari semalam

Dimanakan kita? Dalam kategori manakan kita berada sekarang?
Renung-renungkan lah dan selamat beramal.....Sehingga berjumpa lagi dilain entry....ikhlas dari akak.
Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign