Khamis, 21 Februari 2013

AMALKAN AYAT INI....UNTUK LEMBUTKAN HATI...


Assalamualaikum semua...akak ni nak share dengan semua pembaca yang setia dengan blog akak ni satu ayat yang boleh dijadikan amalan kita setiap hari untuk melembutkan hati manusia.....
Sebenarnya akak pun tak tahu ayat ni mmg elok diamalkan sehinggalah mak akak bagi tahu baru akak tahu...kerana akak ada masalah untuk melembutkan hati....terutamanya anak-anak akak....jadi akak pun cuba menghafal ayat ni...setiap kali selepas solat Fardhu akak baca dan sebutkan nama anak kita tu...InsyaAllah akan lembut juga hati nya satu hari nanti...
Ayat Al-Quran surah Al Hasyr(Pengusiran) Juzuk 28. Ayat 21....
"Lau An Zal Na Ha Zal Qur A' Na A'la....."
Sambung baca sampai habis ayat ni InsyaAllah akan dilembutkan hati anak-anak kita oleh Allah swt.
Maknanya ialah:-
"Sekiranya Kami menurunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyu'(tunduk) serta hancur berkecai kerana takut kepada Allah. Perumpamaan-perumpamaan ini Kami kemukakan kepada umat manusia supaya mereka memikirkannya".
*
*
*
 
 Carilah ayat ini dalam Al-Quran dan amalkanlah mudah-mudahan kita semua mendapat petunjuk daripada Allah swt. Kita kena yakin dengan amalan kita baru lah akan berhasil.....Akak abadikan dalam blog ini untuk anak-anak cucu cicit piut akak pada masa hadapan agar depa boleh jadikan panduan dan amalan.
Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign