Isnin, 4 Februari 2013

HOT SPRING SG KLAH

On the way balik ke KL pada 28 Januari 2013(Isnin) aku dan hubby singgah kat Hot Springs Sg. Klah yang terletak di Sungkai, Perak. Dari jalan besar masuk ke Felda Sg. Klah ni lebih kurang 9km je. Jalan masuk memang lengang macam tak de orang pun....sunyi je...sampailah kami jumpa kawasan perumahan felda/ perkampungan felda dan seterusnya jumpalah kawasan Hot Springs ni....cantik juga kawasannya.





Kami mencari parking kereta....memang senang dapat sbb tempat letak keretanya besar tapi jauh la sikit berjalan kaki utk pergi ke tempat mengambil tiket masuk. Aku kene RM12.00 hubby kene bayar RM7.00 warga emas. Tiket kanak-kanak RM10.00 dan tiket Orang Kelainan Upaya(OKU) RM5.00.


Ni lah tiket masuk nya....
Tram
Naik tram dari pintu masuk ke dalam.







Laluan ke kolam air panas.
Tempat merebus telur...mendidih airnya....


Patut la masa kami nak masuk tadi ada signboard telur dan makanan tidak dibenarkan dibawa masuk ke kawasan perkelahan ini....rupa rupanya telur dan nasi lemak ada dijual disini. Harga telur biasa yang dijual disini 6 biji RM5.00. Satu tray 30 biji RM20.00. Telur omega 10 biji RM10.00. Satu lagi jenis telur burung puyuh  (Quail Egg) 15 biji RM10.00. Aku tak beli pun sebab rasa mahal sangat lagi pun tak berapa suka makan teloq.

Telur yang dijual bersama nasi lemak.

Aku dan hubby pun merendam kaki dalam air panas selama 30 minit....rasa ringan badan selepas rendam kaki dalam air panas berbelerang itu. Kolam air panas di situ ada yang panas dan ada yang sederhana panas. Terdapat 3 buah kolam yang bermacam-macam suhu kehangatannya. Bila aku dah puas pusing-pusing dan posing posing kat Hot Springs ni aku dan hubby pun apa lagi....JOM BALIK....seronok juga pergi Hot Springs ni untuk jaga kesihatan badan. Rasa-rasanya aku nak pergi lagi sebab hari yang aku p tu tak bawa baju mandi pun. Teringin gak nak mandi air belerang ni....Ok hingga berjumpa di lain entri.....chow.....
Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign