Al-kisahnya....aku dan hubby mmg tak plan pun nak pi Bukit Larut ni...kebetulan pula kami balik ke kampung di Bota pada 26 Januari 2013(Sabtu) untuk ziarah ibu mertua dan adik ipar yang kurang sihat. Waktu tu cuti hari Taipusam. Jadi aku pun ajak suami dan ibu serta adik ipar jalan2 ke Bukit Larut. Setelah siap adik ipar dan ibu aku tak jadi ikut. Hanya aku dan hubby saja yang pergi. Kami bertolak dah lewat juga lebihkurang jam 10.30 pagi sampai di kaki Bukit Larut lebih kurang jam 12.00 tengahari. Hati aku sungguh berbunga sebab parking senang dapat dan hati ni tersgt seronok sbb nak naik ke puncak Bukit Larut.
Aku pun berjalan pergi ke kaunter jualan tiket untuk membeli 2 tiket. Alangkah teperanjatnya aku apabila dua org budak muda datang dari Tanjung Malim berkata...kak...kak...tiket dah habis. Hah aku kata apa dah habis....? Jawab org yang menjaga kaunter tu...ye tiket dah habis 1 hari kami keluarkan 100 tiket untuk seratus orang shj. Kalau nak naik Bukit Larut ni kena dtg awal....seawal jam 7.30 pagi org dah beratur utk beli tiket....Aduh...frustnya aku dan hubby...tak dapat naik ke puncak lagi. Nak buat macamna hmmm pusing-pusing amik gambar je la....
Org yg sgt2 keciwa... |
Jeep yg bawa org naik ke puncak Bukit Larut. |
Depa kata harga tiket naik ke atas puncak tu RM6.00 pi balik. Naik jeep je...kerana jalan kat situ bengkang bengkok...terlalu tajam selekohnya. Ada yang berbentuk V...adoi. Pakcik driver jeep tu cerita kete tak dibenarkan naik kat atas sebab bahaya. Kata dia lagi terdapat 108 kelok yang berbiku semua. Selekoh U tak ade pun semua yang tajam-tajam...Dalam hati aku betui ka? Ntah tak tau lah aku pun tak pernah naik lagi....
Bila perut dah bernyanyi apa lagi aku pun singgah beli nasi di gerai kat gambar atas tu...MOM'S...prison....sedap jugak ikan bakar dan gulai tempoyak....harga pun berpatutan. Kami pun berkelahlah di Taman Tasik Taiping pada tengahari tu....sedap makan dgn angin yg sepoi2 bahsa...cuma satu je aku nak kobar kenapa lah PBT di sini tak mahu jaga kebersihan di sekitar tasik ni....sebenarnya kawasan taman tasik ni sgt cantik dan terpelihara. Jika di jaga lagi cantik....boleh tarik pelancong lagi...agaknya depa tak jaga sangat sebab masuk percuma kat sini....patut pun.
Bergambar berlatar belakangkan Bukit Larut. |
Selepas makan tengahari tu kami terus santai-santai sekejap dan terus ke surau berhampian dgn Zoo Taiping untuk menunaikan solat. Selesa surau nya. Seusai solat kami terus bergerak ke Kuala Sepetang kerana nak makan Mee Udang Mak Jah. Dah janji dengan adik ipar aku Cikgu Usop dan Cikgu Maznah serta anak buah aku Farra Hanna. Masa tu lebihkurang jam 3.30 petang....Aku dan hubby tak sempat pun nak masuk ke Zoo Taiping pada hari tersebut. Tak apalah lain kali ada umur....InsyaAllah boleh datang lagi ke Taiping ni.
Hah ni lah sebenarnya aku nak tengok pokok tulip kat atas puncak Bukit Larut tu....depa kata ada tulip dari negara Belanda di tanam di atas puncak bukit tu. Gambar ni aku copy dari blog org...nak buat macamna....aku tak pi pun kat atas tu.....kempunan...
Depa kata tulip kat atas tu ditanam dan dituai 4 bulan sekali ada 4 warna sahaja...dijual dgn harga RM15.00 sepasu.....leh hidup ka jika kita beli bawa turun kat bawah....tak cuba tak tahu....ntahlah....aku pun satu hari nak pi naik juga Bukit Larut ni nak tengok ada apa kat atas tu?...Cukuplah untuk entry kali ni....hingga jumpa lagi di lain entry....tgu....aku akan cerita hal Hot Spring Sg Klah pula.....ddaaaaaaaaa.
Depa kata tulip kat atas tu ditanam dan dituai 4 bulan sekali ada 4 warna sahaja...dijual dgn harga RM15.00 sepasu.....leh hidup ka jika kita beli bawa turun kat bawah....tak cuba tak tahu....ntahlah....aku pun satu hari nak pi naik juga Bukit Larut ni nak tengok ada apa kat atas tu?...Cukuplah untuk entry kali ni....hingga jumpa lagi di lain entry....tgu....aku akan cerita hal Hot Spring Sg Klah pula.....ddaaaaaaaaa.