Pagi Ahad kelmarin aku, hubby, adik ipaq dan isteri p melawat anak depa kat kem PLKN Gambang. Kami bertolak di awal pg lansung sarap di gerai nasi lemak kukus yg terkenal kat Bt. 16, Rawang ni....sedap sgt mkn kat situ...w/pun ramai org tp tempat duduk tetap ada. Selepas sarap kami pun bertolak ke lebuhraya Karak dan sterusnya memasuki Lebuhraya Pantai Timur . Kami terus ke Kuantan dahulu kerana hendak membeli KFC utk dibawa kpd anak buah ku di kem PLKN tersbt. Di negeri Pahang ni x byk pekan/bandar yg menjual KFC. Setelah buat carian dgn googles KFC hanya dijual di Giant, Jalan Tanah Putih, Kuantan je....tu yg kami terus p ke Kuantan hanya utk membeli KFC je.
|
My Hubby dlm Giant Kuantan kabur gambarnye tangkap sendiri...menggeletor le tu.... |
|
Peserta tertua di PLKN sdg menyapu pondok utk berteduh.... |
|
Nurhijrah dan Nur Hazirah Hazim. |
Hah ni lah birthday gurls tu.....Mama dan anaknya.....kami sambut birthday mereka dua org ni di Kem tsbt. Potong kek juga....Hazira dapat hadiah bear besar dari mama dan abahnya.
|
Tu dia....bear besaq nya....sama besaq ngan cik Yah..... |
|
Ramai org dtg tengok anak-anak mereka. |
|
Ikan Tilapia |
|
Ikan Patin. |
On the way balik dari Gambang kami singgah beli ikan Patin dan Tilapia di bandar ikan Patin iaitu Temerloh. Harga sekilo ikan Patin RM14.00 ringgit dan RM15.00 utk ikan Tilapia. Ikan-ikan ni memang fresh sebab masih hidup lagi. Ikan-ikan ni dibela di Sungai Pahang yg mengalir airnya. Tu....la...ikan ni tidak berbau rumput atau tanah. Memang sedap digoreng atau dibuat masak tempoyak dan asam pedas.
Di Temerloh kami singgah makan lewat tengahari kira-kira jam 4 petang di sebuah restoran tepi jalan aku pun tak ingat restoran apa namanya.....yg penting makan masak tempoyak ikan Patin yg dimasak panas-panas dan pedas.....harganya berpatutan satu set RM12.00, masak tempoyak ikan Patin, Nasi Putih, Ulam, Sambal belacan dan papedom....ok la tu....sedap sangat....kami ode 2set untuk 4 orang makan cuma minta nasi putih extra je.....hmmm puas makan....bebaloi sedapppp.....
|
Cantik permandangan pokok kelapa sawit ni..... |
Dalam perjalanan pulang ke KL kami semua tertido......sedar sedar dah sampai tol Gombak....perjalanan satu hari ni memanglah amat meletihkan tetapi puas kerana dapat menikmati masakan kegemaran oleh kami semua.....hingga berjumpa lagi di entry akan datang.....bye.....