Hari Kedua pagi-pagi buta lagi kami dah bangun...bersiap...ye le...bas dah sedia menunggu. Pemandu bas tu mmg sgt prihatin terhadap waktu....jam 7.00 pagi dah ready utk bawa keluarga kami ke Lion City ni...kali ni kami dibawa ikut Woodland Checkpoint pulak...ikut Woodland ni free tetapi tersgtlah ramai org sbb sok dah nak Krismas... Q panjang beb....bersabo je le....
|
Art Science Museum |
Kami diberi tahu gabus ditengah-tengah laut tu untuk acara semasa new year....mcm azam yang dibuat dan dicampakan ke dlm laut tu apabila malam new year lampu2 tu akan menyala di gabus tersebut dan kelihatan sungguh menarik dan cantik sekali dgn warna warni kehidupan.
|
Esplanade |
|
Bot yg tak sempat kami naik... |
|
Jambatan tertua di Singapore...Cavenagh Bridge |
Selepas melawat Merlion Park kami dibawa ke sebuah kedai Perfume di mana aku pun dah tak ingat lagi namanya....mahal juga harganya katanya ori...ntahlah tak tahulah ori atau pun falsu....aku tak beli pun....selepas tu kami dibawa untuk makan tengahari di sebuah Restoran Minang bernama Sabar Menanti berdekatan dengan Arab Street....makan tengahari kat situ memang puas hati harga pun berpatutan...boleh la...aku makan utk 2 orang dgn harga SD11.00. murahlah tu.....
Kami singgah solat di Masjid Sultan, Masjid tertua di Singapura. Selepas solat membeli belah di Bussaro Street, Arab Street....berhampiran dgn Masjid Sultan itu. Kemudian kami terus ke Mustaffa ala-ala Mydin gitu...masa terus mencemburui kami...kami tak sempat nak shopping lagi sebab harus pergi ke Sentosa Island lagi untuk mengejar show....Song Of The Sea pada jam 7.40malam.
|
Masa tak cukup untuk kami naik cable car ni.... |
|
Tempat show Song Of The Sea dari stesen monorail. |
Kami hanya sempat naik beach tram pusing-pusing Sentosa Island dan sempat bergambar di Siloso Beach.
|
Dhia Adra Natasya 7 bulan |
|
Amani Sofea 1 tahun 9 bulan |
Selepas pusing-pusing kami semua terus ke tapak show Song Of The Sea mencari tempat duduk yang selesa utk tgu show bermula.
Selepas show kami bergegas berkumpul utk ke parking bas yg sedia menunggu. Percutian kali ini sangat bermakna walaupun masa terlalu singkat dan terlalu penat rushing untuk 2hari. Entah la bila dapat berkumpul semula untuk family trip begini....semoga percutian kali ini dapat meninggalkan kenangan manis yang sukar untuk dilupakan.....sehingga berjumpa lagi dilain entry.....bye....bye...bye...