Assalamualaikum semua....ni akak nak cerita kat N3 ni...pada hari Taipusam hari tu...iaitu pada 27 Januari 2013 bersamaan hari Ahad, tertunailah hajat dihati akak untuk pi makan Mee Udang ni...sebenarnya akak pun tak tahu sgt tentang mee udang ni...yang dok dengaq cerita org kata kat Kuala Sepetang tu ja....rupa-rupanya ada banyak mee udang kat Kuala Sepetang ni rupanya....tapi yang paling sedap Mee Udang Mak Jah kat Kg. Menteri tu...sebenaq nya akak tak rancang pun nak pi makan kat sana....kebetulan pada hari tu nak pi naik Bukit Larut...bila dah sampai-sampai kat kaki Bukit Larut tu tiket dah habis jadi tak de la merase naik Bukit Larut tu....kebetulan juga adik ipaq akak yang pi Kedah akan singgah juga kat Kuala Sepetang ni...jadi akak dan Hubby pun terus setuju nak pi makan kat situ...sebenaqnya jalan pun tak tau sangat main redah ikut sign board je...dari bandar Taiping pi terus ke Simpang dan masuk Jalan Kuala Sepetang lebih kurang 8km kami pun sampai kat restoran Mee Udang Mak Jah ni...hois ramainya orang weh...tak dak tempat duduk...terpaksa menunggu meja pula...
Bila dah dapat meja kami ode cucoq udang dan tokua cicah kuah kacang...wah best makan sedap sebab terkenang waktu kecik-kecik dulu mak selalu buat cucoq ni...sepinggan tak tau la pulak harganya sebab adik ipaq yang bayaq...hmmm makan free.
Kami ode jugak ais kacang....sempoi ada lycee 2 bijik...sementara tunggu mee udang special sampai kami dah makan cucoq udang dan ais kacang.
Ha...ni dia mee udang special yang kami ode dah sampai...nah haih udang- dia besaq-besaq sungguh....bukan udang laut, rasa-rasa udang bela kot....ada la lebihkurang 6 ekoq udang aku pun tak kira pun main pelahap ja.... petang tu kami puas makan...sedap sangat....mee dia halus-halus je...aku rasa depa buat sendiri mee ni...kuah pun tak da la pekat sangat...just nice...yang baguih nya berdekatan restoran Mee Udang Mak Jah ni ada surau jadi senang kita nak solat tu yang best......
Rupa-rupanya ada cawangan kedai Mee Udang Mak Jah ni ...........
MEE UDANG MAK JAH @ KUALA SEPETANG
MEE UDANG MAK JAH KUALA SEPETANG,
CAWANGAN WANGSA WALK, WANGSA MAJU, KUALA LUMPUR ------- NO TEL : 012-2931101,
03-41314430 ----- Waktu Perniagaan : Isnin hingga Ahad @ 11.00 pagi hingga
11.00 malam *****************************************************************************
********************KUALA SEPETANG, TAIPING PERAK Waktu Perniagaan : Isnin -
Ahad @ 11.00 am hingga 10.00 pm. Rabu - Tutup
Ni kedai kat Wangsa Walk tu... |
Depa kata kedai ni kat Wangsa Maju...alamatnya no. 22, Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Maju....hmm aku pun tak penah pi makan lagi kat sini...ntah bila nak pi makan tak tau la...nak rasa jugak sama dak macam kat Kuala Sepetang tu....nanti satu hari aku naj ajak Hubby pi makan kat situ pulak....Ok lah hingga berjumpa lagi di lain N3...tata...titi...titu...